"Pembedahan berjalan dengan lancar.Memandangkan betapa serius keadaan dengan tong fibula dan tulang tibia yang hancur,kami tidak mempunya keputusan untuk membedahnya.Frakturnya adalah sangat teruk,jadi mungkin mengambil sedikit masa sebelum anak puan dapat berjalan lagi.Sentiasa letakkan kaki anak puan di atas pada tahap jantung dan sentiasa berada di atas katil.Anak puan perlu tumpukan sepenuh pemulihan agar pemulihannya sembuh dengan cepat."
Terang doktor tersebut.
"Baiklah.Terima kasih doktor."
Ucap ibu Erika lalu doktor pun keluar dari bilik wad diikuti beberapa jururawat. Erika memandang ibunya.
"Ibu..Dia masih ada kat luar kan?..Bagitahu dia untuk masuk."
Minta Erika pada ibunya. Tidak lama itu Helmi masuk ke dalam bilik wad.Dia mendekati katil Erika.Erika memandangnya.Helmi mulai berlutut.Erika tidak memberikan sebarang reaksi pada Helmi.
"Maafkan aku...Aku minta maaf atas semua perbuatan yang aku buat...Maaf sebab buat kau terluka...Aku betul-betul takde niat...Aku tak bermaksud nak tolak kau kat tangga.Aku tak tahu kalau ni akan terjadi..Maafkan aku Eka..."
Ucap Helmi tertunduk.Erika memandang Helmi lama.
"Helmi..."
Panggil Erika ringkas.Helmi mengangkat kepalanya memandang Erika.
"Eka.."
Erika menghembus nafasnya perlahan.
"Helmi..Aku..Aku rasa aku tak dapat nak maafkan kau lagi."
Kata Erika lalu menoleh memandang luar tingkap.Berubah wajah Helmi mendengar kata-kata Erika.
"Kau tak nak balik hubungan kita yang macam dulu ke Eka... Aku tahu kau pun nak kembali disaat-saat hanya ada kita berdua..."
"Aku tak nak kembali sebagai mana hubungan kita dulu.Sepatutnya,ketika itu aku melihat sekeliling dan memberi tumpuan kepada perkara lain.Tapi dulu,kau adalah orang yang sangat penting bagi aku membuatkan aku tak dapat tinggalkan kau...Tapi selepas apa yang terjadi dekat kita dulu...Aku sedar yang aku takde siapa-siapa lagi di sekeliling aku.."
Erika menundukkan kepalanya mengingati ingatan yang pahit baginya.
"Selepas...Apa yang kau buat kat aku...Aku betul-betul tak okay..Kau ialah sahabat aku...Orang yang sangat aku percaya..Tapi,aku tak sangka dengan apa yang kau buat dekat aku dulu.Aku berhenti sekolah...dan sangat takut nak jumpa orang...Jadi aku kurungkan diri kat rumah selama setahun."
Helmi diam membisu.Air matanya mula bertakung.
"Kita banyak kongsikan kenangan baik bersama...Dan itu membuatkan aku susah nak terima atas apa yang terjadi...Biarpun banyak orang mengata pasal kau,aku percaya yang kau adalah lelaki baik bagi aku."
"Aku...Aku minta maaf,Eka..."
"Kau ada bagitahu aku yang kau tak menyesal atas apa yang kau buat.."
"Tak,tak...!"
Helmi mendekatkan dirinya ke katil Erika lalu memegang tangan Erika.
"Aku menyesal...! Aku memang menyesal...! Masa tu aku tak sedar.Aku mabuk...Dan aku tak ingat apa yang aku lakukan."
"Aku nak percayakan kau.Macam yang kau cakap.Aku nak percaya itu hanyalah kesilapan atas pengaruh alkohol...Tapi itu bukanlah sebuah kesilapan...Aku tahu kau ingat...Kau cuba nak perkosa aku,macam mana aku meronta-ronta ingin lepaskan diri,suruh kau berhenti.Kau ingat semua tu."
Helmi terdiam.
"Itu sebab kenapa aku tak boleh nak jumpa dengan kau.Helmi...Aku...Takut dengan kau.Walaupun hanya melihat kau pun sangat susah untuk aku.Aku tak berniat nak kembali ke sekolah..Tapi ibu aku sampai menangis nak aku kembali ke sekolah,sekurang-kurangnya dapatkan sijil SPM.Sebab tu aku sekolah balik...Tapi kalau aku tahu kau akan cari aku..Aku tak akan kembali sekolah.Walaupun begitu,aku bekerja sambilan,jumpa orang-orang,pergi ke sekolah..dan aku semakin lama semakin membaik."
Share this novel