Bab 3

Short Story Completed 2601

Waktu berjalan dengan cepat, malam pun tiba.

"Aku balik dulu lah Eka. Suami aku dah sampai."

Kata kak Shima kepadaku.

"Okay kak, hati-hati balik."

Kak Shima melambai padaku sebelum keluar dari cafe. Aku melemparkan senyuman padanya. Tidak lama ketiadaan kak Shima, lonceng pintu berbunyi menandakan pelanggan masuk.

"Maaf kami dah tutup."

Aku melihat ke arah pintu masuk. Aku tergamam tidak menyangka. Seorang lelaki berdiri di hadapanku.

"Hai.."

Ucapnya sambil tersenyum.

"Kau.."

"Kau apa khabar?"

Aku terdiam tidak bersuara kerana tidak menyangka orang yang aku dah lama lupakan berdiri di hadapanku. Orang itu menghulurkan sejambak bunga ros padaku.

"Ini untuk apa?"

Soalku sambil menatap sejambak bunga ros itu.

"Errr.. Dah 5 tahun kita tak bertemu. So, aku rasa tak elok kalau aku tak bawa apa-apa untuk jumpa dengan kau.Lagipun hari ini hari jadi kau kan."

Aku mengambil sejambak bunga ros itu dari tangannya lalu mempelawanya duduk.

"Kau buat apa kat sini. Aku dengar kau pindah kat Poland."

"Aku balik Malaysia sekejap je untuk uruskan sesuatu. Aku tak tahu bila lagi aku dapat jumpa dengan kau... dan.. Aku..."

Dia menggigit bibir lalu menghela nafas seakan-akan ingin menangis.

"Aku rindu kau sangat-sangat..Erika.."

***

Rizal melihat semula gambarnya hasil daripada photoshoot tadi untuk ditunjukkan kepada Erika.Rizal mula menghidupkan enjin keretanya lalu menghubungi Erika.Panggilannya disambut.

"Eka, dah siap kemas? Aku akan sampai kat sana dalam 40 minit dari sekarang."

"Jangan! Jangan datang. Just go home."

Rizal pelik dengan kata-kata Erika.

"Kenapa? Ada sesuatu terjadi ke?"

"Tak, takde apa-apa. Aku.. cuma nak jumpa dengan seseorang kejap."

"Siapa?"

"Nanti aku bagitahu. Tak perlu ambil aku malam ni. Aku balik sendiri je. Bye.."

"Tapi mama kan nak..."

Belum sempat Rizal menghabiskan kata-katanya, Erika sudah mematikan panggilan. Rizal berasa tidak sedap hati dengan tingkah Erika itu. Dia mula memandu pergi ke cafe tempat Erika bekerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience