Bab 10

Short Story Completed 2601

Waktu pertama kali mengenali Erika ketika masih bersekolah rendah...Dia mengingatkanku tentang runtuhan ais batu.Bila batu itu menghembabku,akan terasa sangat sakit.Begitu juga dengan Erika.Bila aku cuba permainkan dia,dia juga akan melakukan perbuatan yang sama.Orang di sekelilingku takut dan ingin menghindariku..Tapi Erika,dia berbeza dari orang lain.Itulah mengapa aku menjadi sangat tertarik dengannya.

"Aku dengar kau pernah juara badminton dulu...Nak tak main dengan aku lepas sekolah nanti?"

Itu ialah kata-kata ku untuk cuba bersikap peramah dekat seseorang.Erika kelihatan berfikir seketika...Tapi tidak lama itu dia mengangguk dan berkata'

"Okay."

Sebenarnya kami tidak banyak bermain bersama setelah itu.Sejak awal,Erika tidak pernah memperlihatkan kalau dia tertarik dengan aku dan perbuatan nakal yang ku lakukan sebelum ini.Dia hanyalah pelajar perempuan yang duduk sebangku denganku di sekolah.Aku juga pernah cuba untuk mengganggunya ketika kelas sedang berlangsung seperti seorang anak kecil yang menginginkan perhatian dan setiap kali aku mengganggunya,dengan ringkas dia berkata,

"Jangan."

Aku tergelak.Aku menyukai reaksinya memandangku ketika itu.Selain itu,ada seketika aku datang ke sekolah dengan keadaan muka berlebam seperti habis dipukul oleh seseorang.Semua orang di dalam kelas memandangku dan saling berbisik membuatku berasa sangat menjengkelkan dan ingin aku pukul satu persatu,namun...

"Kenapa kau selalu tak hadirkan diri ke sekolah?Aku bosan sebab aku selalu seorang diri tanpa rakan sebangku.Hadirkan diri kau ke sekkolah selalu."

Pada ketika itu,aku berasa senang tanpa alasan.Aku tidak pernah berasa senang dengan seseorang selama ini...Tapi waktu itu,aku nak dia pujuk aku.

"Erika,muka aku lebam dan kau tak nak tahu kenapa?"

"Tak..Bukan macam tu...Aku terfikir kalau kau tak nak bagitahu aku pasal muka kau.Aku ambil berat pasal kau...Tapi kalau aku tanya atau pujuk kau ke,kau akan rasa tersinggung nanti."

Dia mesti cakap tanpa memikirkan lebih panjang..Tapi yang lawaknya,setiap kata yang diucapkan oleh Erika membuatkanku berasa senang.

"Tanya aku.."

"Apa?"

"Kalau kau risaukan aku...Aku rasa itu membuatkan aku senang."

Erika berfikir sejenak lalu mula bersuara.

"Apa yang dah berlaku?Kenapa muka kau lebam?"

"Ayah aku pukul."

"Kenapa?"

"Sebab aku selalu buat masalah dan tak pernah balik rumah."

"Kenapa kau tak balik rumah,jadi kau tinggal kat mana?"

"Sebab aku memang tak nak balik dan aku tinggal kat hotel."

"Kalau macam tu.. Kau nak tak datang kat rumah aku..."

Masa tu,aku tak kesah kalau dia sebenarnya berasa simpati atau tidak.Tapi tu tak jadi masalah bagiku semenjak aku juga ingin rapat dengannya.. Jadi Erika..Ialah sahabat pertamaku. Hubunganku terhadap rakan-rakan lain hanyalah sebatas rakan sekelas.Tapi Erika,dia berbeza.Sebab itu aku bersungguh-sungguh menjadikan hubungan aku dan dia tidak pernah terlerai. Tapi,ada seketika itu,usahaku tidak berjalan seperti apa yang aku nak.BUkan aku sahaja yang mengenal betapa baiknya Erika.Kemana dia pergi,orang akan sentiasa menyukai Erika.

Dan setiap masa,aku merasakan aku ditinggalkan seorang diri lagi.Dan setiap kali merasakan perasaan tersebut aku akan melakukan banyak perlakuan nakal hanya untuk mengambil perhatian Erika. Aku tahu aku bersikap kekanak-kanakan,itu kerana aku hanya ingin Erika mengambil berat tentangku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience