Bab 9

Short Story Completed 2601

"Kau tahu tak apa yang jadi dekat dia dulu? Makcik tak tahu apa yang terjadi antara kau berdua dan kenapa korang bergaduh dulu.Tapi Eka sangat-sangat seperti orang yang berputus asa dalam kehidupan.Walaupun sekarang dia bertemu dengan kau semula,Erika cakap dia tak apa-apa sebab tak nak makcik risau.Dulu,waktu kau pukul Erika,makcik anggap hanya kemalangan tidak disengajakan.Tapi sekarang,kemalangan tak disengajakan juga ke?"

Helmi memandang ibu Erika.

"Tak,makcik...Sebenarnya saya..."

"Jadi apa yang makcik nak cakap...Makcik nak kau jauhkan diri kau dari anak makcik.."

Helmi tersentak.Dia memegang tangan ibu Erika.Air matanya mula bertakung.

"Makcik..Saya minta maaf..Saya betul-betul minta maaf makcik..Saya memang tak sengaja makcik..."

Ibu Erika menarik tangannya dengan lembut lalu menuju ke dalam bilik kecemasan.Helmi terduduk.Kata-kata ibu Erika membuatkan hatinya sangat terguris dan perih.Helmi menahan air matanya daripada terjatuh.Guru kelas yang dari tadi di dalam bilik kecemasan itu keluar lalu mendekati Helmi.

"Memandangkana dia jatuh dari tangga,nasib baik tak mengancam nyawa Erika.Ha...Kau sedar tak apa yang kau dah buat?Libatkan lagi beberapa pelajar.Korang bertuah cikgu tak laporkan perkara ni pada polis walaupun ini perkara serius.Cikgu pun dah tak tahu nak cakap apa dekat keluarga korang berdua."

Helmi hanya diam membisu.

"Rizal kau boleh balik."

Suruh guru kelas mereka.Rizal yang dari tadi menunggu itu memandang gurunya.

"Cikgu macam mana saya nak balik kalau Erika cedera disebabkan saya.Saya akan balik selepas Erika selesai dibedah."

Guru kelasnya mengeluh.

"Dengar cakap cikgu.Korang perlu ke sekolah esok pagi.Duduk menunggu di sini tak akan selesaikan masalah.Kau juga Helmi.Cikgu dah hubungi keluarga kau,jadi kau boleh balik.Cikgu akan bercakap dengan abang kau tentang hal ini."

Helmi dan Rizal masih diam membisu.

"Ibu..."

Erika mula sedar.Suara Erika membuatkan Helmi dan Rizal berdiri mendekati pintu bilik kecemasan.Erika cuba bangun namun kecederaan yang dialaminya menyebabkan dia menyerang kesakitan.Helmi dan Rizal hanya dapat memandang dari luar bilik kerana tidak diperbolehkan masuk.

"Jangan gerakkan dulu badan adik ye.Tangan dan kaki adik cedera teruk.Keputusan x-ray menunjukkan keretakan tulang sangat serius."

Kata doktor yang merawat Erika.

"Eka..Ini ibu,Eka boleh dengar suara ibukan."

Erika mengangguk perlahan.

"Untuk prosedurnya, akan dimasukkan plat logam dan pin.Kami akan pantau keadaan anak puan malam ini dan kalau bengkak pada kaki dan lengan dah turunesok pagi,kami akan memulakan pembedahan segera.Anak puan mungkin akan mengalami kesakitan pada lengan dan kaki sepanjang malam ini,jadi puan boleh minta jururawat untukubat tahan sakit.Kami akan pindahkan anak puan ke wad sekarang."

Teraang doktor panjang lebar.

"Baiklah doktor.Terima kasih banyak-banyak."

Ucap ibu Erika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience