"Apa yang...hah..korang..hah..cuba nak buat dekat dia?"
kata Erika sambil tersemput-semput mengambil nafas kerana penat setelah berlari menaiki anak tangga dengan laju.
"Macam mana kau.."
Helmi memandang 3 orang rakannya dengan tajam.
"Tak,kitorang tak bagitahu dia."
kata salah satu dari 3 orang itu.
"Eka, macam mana kau boleh tahu kami kat sini?"
Soal Rizal.
"Kau ni bodoh ke apa hah?! Kenapa kau datang kat sini kalau tahu bahaya?!"
Marah Erika pada Rizal.
"Eka.."
Potong Helmi. Erika memandang Helmi dengan wajah yang sangat marah.
"Berapa lama lagi kau nak buat benda ni Helmi? Kau tak puas lagi ke pukul dia dulu?"
Marah Erika pada Helmi.
"Tak.. Aku tak puas. Baguslah kau ada kat sini. Buka mata kau tu besar-besar dan tengok sejauh mana aku boleh buat untuk kau."
Kata Helmi sambil ketawa sinis. Helmi memandang 3 orang tersebut untuk memulakan tindakan jahatnya. Rizal dipukul di depan mata Erika.Rizal menahan kesakitan.
"Berhenti!"
Erika cuba mendekati Rizal untuk menghentikan keroyokan tersebut namun Helmi memeluk Erika dari belakang membuatkan Erika tidak dapat bergerak.
"Kau tak perlu nak risau. Aku bukannya betul-betul nak bunuh dia. Aku hanya nak takutkan dia je Eka.. Aku nak kita kembali bersama semula macam dulu. Tapi disebabkan dia, dia yang rosakkan hubungan kita."
Bisik Helmi di telinga Erika.
"Apa?!"
Teriak Erika sambil memandang wajah Helmi.
"Biarkan dia terbaring kat katil selama sebulan manalah tahu dia dah tak ganggu hubungan kita lagi dah."
Membulat mata Erika mendengar kata-kata Helmi.
"Gila.. Kau memang dah gila Helmi. Orang yang betul-betul rosakkan hubungan kita itu adalah kau bukan Rizal!"
Helmi memandang Rizal.
"Tendang dia kuat-kuat. Jangan bagi dia bangun."
Arah Helmi kepada 3 orang rakannya itu. 3 orang tersebut mengangguk lalu menguatkan lagi tendangan mereka membuatkan Rizal terbaring menahan kesakitan. Erika meronta-ronta ingin lepaskan diri dari pelukan Helmi. Dia menyiku perut Helmi membuatkan pelukan tersebut terlerai lalu berlari untuk menghentikan keroyokan tersebut.
"Aku kata berhentilah!!"
Helmi dengan pantas menarik Erika daripada mendekati Rizal.
"Jangan masuk campur Eka!"
Teriak Helmi namun disebabkan Helmi menarik terlalu kuat, Helmi tidak sengaja melempar Erika sehingga jatuh ke tangga.
Bukk!! Bunyi kuat itu membuatkan semua di situ terdiam dan tergamam. Erika terbaring tidak sedarkan diri. Cecair merah mula keluar dari belakang kepala Erika.
"Eka!!!"
Teriak Rizal melihat Erika jatuh. Rizal menguatkan dirinya untuk bangun dan bergegas menuju ke arah Erika. Helmi pada ketika itu sudah terkaku melihat keadaan Erika yang sudah terbaring tidak sedarkan diri. Jantung Helmi mula berdetak laju. Matanya membulat. Tangannya mula bergetar.
"Eka.."
Panggil Helmi lalu menuruni anak tangga mendekati tubuh Erika. Langkah Helmi mula perlahan. Tidak berdaya mendekati Erika. Rasa menyesal mula terasa di hatinya. Rizal yang sedang memeluk Erika itu mengangkatnya lalu bergegas membawa pergi. Helmi terduduk menyesal. Manakala 3 orang rakan Helmi itu saling memandang ketakutan dan tidak tahu mahu membuat apa.
Share this novel