Masa sangat cepat berlalu. Zaman sekolah menengah ku bukanlah seperti cahaya matahari ataupun pelangi. Aku tak mempunyai banyak kenangan yang indah waktu itu.
Setelah 'Dia' pergi, aku menjadi sangat berbeza dari apa yang aku bayangkan. Aku sedar bahawa aku dah banyak buang masa waktu itu. Dari diri aku yang tak suka bergaul dengan orang yang aku tak rapat,aku membuat keputusan untuk mengubah sikapku.
Sekarang aku bekerja di sebuah cafe bagi menampung yuran pembelajaran di sebuah kolej. Orang-orang yang selalu berada di sisiku juga masih tetap bersamaku iaitu ibuku dan juga...
"Eka.."
Seorang lelaki berbadan sado menghulurkan sejambak bunga kepadaku.
"Happy Birthday.."
Ucapnya. Dia ialah Rizal,orang yang selalu berada di samping ku di saat aku kesulitan dan juga seseorang yang sangat istimewa bagiku.
"Birthday aku besoklah Riz.."
Aku mengambil sejambak bunga dari tangannya.
"Aku saja je wish awal-awal. Aku nak jadi yang pertama ucapkan hari jadi dekat kau."
Kata Rizal tersengih. Aku melemparkan senyuman lebar pada Rizal.
"Terima kasih."
Ucapku lalu memeluknya. Hubungan kami bermula pada 5 tahun lepas setelah menerima keputusan SPM di sekolah.
"Eka! Jadi Girlfriend aku!"
Rizal melutut tepat di hadapanku sambil menghulurkan sekotak coklat berbentuk hati. Aku yang tak tahu nak buat apa itu hanya berdiri dengan wajah yang sudah merah padan.
Keadaan pada ketika itu sudah tidak terkawal. Guru- guru dan juga para pelajar mula menyorak untuk Rizal.
"Terima!Terima!Terima!.."
Aku yang juga menyukainya terus menerimanya menjadi teman lelaki aku. Sejak itu hubungan kami menjadi sangat erat dan istimewa walaupun kadang bergaduh.
Kini, Rizal sekarang bekerja di sebuah agensi syarikat gym milik kakaknya sebagai seorang model. Mahupun sibuk, Rizal tidak pernah lupa untuk mengosongkan jadualnya agar dapat meluangkan masa dengan ku.
Aku tergelak mengingati kenangan itu.
"kenapa kau tiba-tiba gelak ni. Ada yang lucu ke?
"Takde.. Saja je nak gelak."
"Bagitahulah. Ke bunga yang aku bagi ni tak cantik?"
Aku menggelengkan kepala.
"Taklah.Bunga ni cantik cuma aku teringat peristiwa 5 tahun lalu cara kau luahkan perasaan kau dekat aku dulu."
Telinga Rizal sudah berubah merah. Aku ketawa.
"Ehem, ehem.. Waktu tu aku sangat nak kau jadi milik aku tu sebab aku buat macam tu."
Terang Rizal sambil menggosok-gosok kan tengkuknya yang tidak berasa gatal itu.
"Kalau ye pun jangan lah depan guru-guru. Malu aku masa tu tau."
"Ala..Guru-guru pun sokong aku juga masa tu..kalau aku tak buat macam tu,kau tentu tak terima aku kan."
"Tak lah.. Aku terima kau juga sebab aku pun dah lama sukakan kau masa tu."
Rizal menatapku.
"Maksud kau, kau pun dah lama sukakan aku? Masa bila? Kenapa aku tak sedar?"
Soal Rizal bertubi-tubi. Aku hanya tersenyum.
"Aku buat kerja dulu lah..Tu,masih banyak pelanggan nak ambil pesanan."
"Tunggu lah Eka.. Bagitahu aku dulu."
Aku bergegas masuk ke kaunter untuk mengambil pesanan pelanggan. Rizal tersenyum-senyum sendiri tidak menyangka bahawa 5 tahun lalu dia tidak bertepuk sebelah tangan.
Share this novel