Bab 8

Short Story Completed 2601

Ibu Erika berlari dengan laju mendekati guru kelas yang telah membantu Rizal membawa Erika ke hospital.

"Cikgu,macam mana keadaan Erika?"

Soal ibu Erika sambil tercungap-cungap mengambil nafas.

"Doktor sedang memeriksa keadaan Erika sekarang dan Erika masih belum sedarkan diri."

Ibu Erika mula risau.

"Doktor ada bagitahu yang puan perlu mendatangani surat persetujuan pembedahan dan untuk seterusnya doktor akan terangkan pada puan nanti."

Kata guru kelas tersebut. Tidak lama itu jururawat keluar dari bilik kecemasan.

"Keluarga Erika?"

Panggil jururawat tersebut.Ibu Erika mendekati jururawat tersebut.

"Saya ibu kepada Erika."

"Doktor membolehkan puan masuk."

Ibu Erika pun masuk ke dalam bilik ditemani oleh guru kelas. Ibu Erika dan guru kelas tersebut melihat Erika terbaring belum sedarkan diri.

"Doktor macam mana keadaan anak saya?"

"Kami dah periksa keadaan anak puan dan keputusan mengatakan tiada sebarang gangguan otak. Sekarang anak puan masih belum sedarkan diri disebabkan daripada terkena SHOCK. Lengan dan kaki anak puan perlu kami bedah disebabkan keretakan tulang dan ini tak mengancam nyawanya jadi puan tak perlu risau. Setelah puan mendatangani dokumen ini, kami akan memulakan pembedahan esok."

Terang doktor panjang lebar sambil menghulurkan sebuah dokumen. Ibu Erika menghembus nafas lega lalu mendatangani dokumen tersebut.

"Dan satu lagi,berkenaan dengan keretakan tulang pada lengan dan kaki anak puan adalah sangat serius. Terutama di bahagian kaki kanan. saya difahamkan anak puan adalah atlet bermain badminton kan. Setelah pembedahan ini selesai,tolong elakkan anak puan daripada melakukan aktiviti yang berisiko pada kaki anak puan seperti bermain badminton."

Helmi yang mendengar kata-kata doktor itu terdiam menunduk. Dia mula merasa sangat menyesal dan bersalah atas perbuatannya itu. Dia tahu betapa Erika sangat menyukai bermain badminton dan orang yang menghancurkan keminatannya itu ialah dia. IBu erika keluar dari bilik tersebut lalu mendekati Helmi. Helmi mendongak.

"Ini pun satu kemalangan tak disengajakan ke?"

Soal ibu Erika.Helmi tersentak.

"Saya...Saya minta maaf mak cik..."

Helmi menunduk meminta maaf.

"Helmi,setahun yang lalu..Perbuatan yang kau buat pada Eka...Tak,setahun yang lalu setelah apa yang terjadi dekat kau...Eka sangat pertahankan kau.Jadi mak cik percaya dekat kau."

Helmi memandang wajah ibu Erika. Wajah kesal dan kecewa diraut muka ibu Erika.

"Eka selalu cakap yang kau bukan jenis orang yang akan bunuh orang dan katanya lagi waktu tu tentu ada terjadi salah faham.Walaupun waktu itu Eka dirawat di hospital atas kecederaan yang kau buat dekat dia.Kau dan dia selalu bersama dan dia juga selalu dapat masalah bila berkawan dengan kau.Tapi Eka selalu berada di pihak kau.Jadi apa yang mak cik nak cakap,walaupun kau selalu membawa masalah dekat dia,Eka kata dia tak apa-apa sebab dia anggap semua itu hanyalah perbuatan sesama sahabat.Tetapi setelah itu,mak cik pun pelik kerana Eka tak ingin jumpa dengan kau lagi. Setelah kejadian yang menimpa kau dan Eka,dia cakap dia reda atas semua yang telah berlaku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience