Bab 6

Short Story Completed 2601

Sesudah selesai membersihkan kelas. Erika berjalan keluar dari sekolah seorang diri kerana tidak mempunyai seorang pun rakan selain Rizal dan Helmi.

"Erika!!"

Seseorang memanggil namanya. Dia menoleh ke belakang. Seorang pelajar lelaki mendekati Erika. Dia ialah salah satu rakan Helmi.

"Apa yang kau nak?"

Kata Erika dengan kasar. Dia sangat tidak menyukai rakan-rakan Helmi disebabkan sikap mereka yang sangat nakal.

"Tolong jangan bagitahu Helmi kalau aku bagitahu kau tentang..Tak,bukan.. Macam ni,kalau ada sesuatu yang berlaku nanti, kau bagitahu sekolah kalau aku takde apa-apa pun kaitan pun tentang apa yang berlaku okey."

Erika membuat muka pelik.

"Tak payah nak berbasah basi. Cakap, apa yang kau nak cakap sebenarnya."

Kata Erika sambil memeluk tubuh.

"Sebenarnya..Helmi ada mesej aku semalam yang dia akan patahkan beberapa tulang Rizal hari ini. Dia akan pukul Rizal sampai dia terlantar kat hospital. Aku bagitahu dia yang aku tak nak ikut. Tapi kawan-kawan aku yang lain ikut cakap Helmi sebab dia tawarkan duit kat diorang."

Erika terkejut dan berasa risau mendengar penjelasan dari rakan Helmi itu.

"Diorang ada kat mana sekarang?"

"Bangunan yang dah lama terbengkalai kat belakang sekolah."

Erika terus berlari menuju ke bangunan tersebut dengan laju.

***

Kedua-dua lengan Rizal dipegang dan didorong hingga di dinding membuatkan dia tidak dapat bergerak.

"Lepaslah tak guna!"

Rizal cuba menarik lengannya daripada dipegang.

"Diam lah! Kau sendiri yang cakap dah sedia dipukul kan."

"Tapi bukan dari korang bertiga,tak guna!"

Marah Rizal.

"Kau tak perlu nak risau.Aku tak akan bunuh kau. Aku cuma nak kau terbaring kat hospital untuk beberapa minggu."

Kata Helmi sambil membakar rokoknya.

"Aku kata lepas!!"

Rizal meronta-ronta ingin melepaskan lengannya daripada dipegang.

"Hei Helmi,kau ingat Erika akan suka ke kalau dia tahu pasal ni."

Marah Rizal.

"Tentu dia akan marah.Jadi kenapa?ada masalah?.. Kau dengar sini baik-baik. Semenjak aku selalu berada kat sisi Erika, aku dah banyak nampak lelaki tak guna macam kau ni berada dekat dengan Erika.Walau apa pun yang aku buat kat diorang,dia selalu maafkan aku. Akhirnya,dia selalu terima aku balik. Kau tahu kenapa? Sebab dia perlukan aku juga."

Terang Helmi panjang lebar.

"Kau jangan nak yakin sangat lah Helmi. Erika tak akan terima kau balik. Dia cakap kat aku yang dia takut dengan kau lepas apa yang kau dah buat dekat dia dulu.Kau tak pernah faham perasaan dia dan kau tak pernah nak jaga hati dia!"

Helmi melemparkan batang rokoknya ke lantai.

"Korang nak tunggu apa lagi?!Kalau nak buat apa yg aku suruh tu buat lah betul-betul!"

Kata Helmi pada ketiga-tiga rakan nya itu.

"Lepas!!"

Rizal menarik-narik lengannya ingin melepaskan diri daripada di pegang.

"Apa yang korang cuba nak buat ni!!"

Semua yang berada di situ tersentak dan terkejut mendengar teriakan dari arah tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience