"Aku dah dapat bernafas semula.Tapi setiap kali aku nampak kau.."
Ingatan-ingatan lepas membuatkan air mata Erika jatuh membasahi pipi.
"Aku akan teringat perbuatan kau dekat aku dulu...Dan aku ingin mati."
Helmi tersentak mendengar kata-kata Erika dan membuatkan air mata yang ditahannya tadi mula mengalir.Helmi mengusap air matanya.
"Aku..Aku sangat cemas.Sebab kau terus memandang dia..Pandangan yang kau selalu tunjukkan padaku dulu...Aku sangka kau cintakan dia..Sebab tu lah aku buat semua ni..."
Helmi menutup wajahnya.Dia menangis...Air mata Helmi tidak berhenti mengalir.
"Dia siapa dalam hidup kau?Ini sangat tak adil...Kalau aku bukan kawan kau dari dulu...Aku pun ada peluang macam dia ke?"
Erika memandang Helmi dengan wajah sedihnya.
"Kau selalu cakap...semua ni adalah salah aku.Tapi kalau dari dulu kau berhenti...Kalau kau tak lakukan apa yang kau dah buat..Sekurang-kurangkan semua ini tak akan berlaku.Tapi untuk sekarang,aku akan menganggap ini hanya pergaduhan kecil dan walau takde satu pun orang di sekeliling aku..Seperti orang bodoh,aku tetap tak akan pilih kau lagi.Jadi ini...Semua salah kau Helmi."
Berjujuran air mata Helmi tanpa henti.
"Aku cintakan kau...Aku buat semua ini sebab aku sangat sukakan kau.Aku..Aku akan berubah Eka..Aku akan jadi yang terbaik di mata kau Eka...Kalau kau nak,aku akan berhenti sekolah...Aku akan tunggu sampai kau bersedia nak maafkan aku..."
Helmi menggenggam tangan Erika.Dia sangat menyesali perbuatannya selama ini.Erika dapat merasakan tangan Helmi bergetar melalui genggaman Helmi.
"Eka...Tanpa kau..Aku tak boleh...Tolong Eka..Jangan tinggalkan aku."
Erika menarik tangannya perlahan lalu memandang luar tingkap.
"Kau nak tahu tak?Baru-baru ini aku ada terfikir nak jadi pemain badminton yang terkenal...Aku sekarang kena berhenti bermain.Setelah semuanya selesai,aku berfikir nak bermula bermain semula.lawak kan...tapi sekarang sangat mustahil untuk aku main lagi."
Erika memandang kakinya yang dibaluti oleh simen.
"Aku tahu setiap kali aku mengatakan sesuatu pada kau, kau akan selalu buat untuk aku dan sekarang pun aku tahu kau pun akan buat.Jadi aku nak kau buat satu benda terakhir untuk aku..."
"Helmi..."
Panggilnya lembut.Erika menoleh ke tingkap,tidak sanggup untuk bertatapan dengan Helmi.
"Lebih baik kita tumpukan haluan kita masing-masing..."
Mendengar kata-kata Erika membuatkan air matanya semakin deras mengalir.Perasaan hatinya pada ketika itu tidak dapat diungkapkan lagi.Sangat sakit dirasakan oleh Helmi.
Rizal yang telah mendengar semuanya dari mula itu menghentikan niatnya untuk masuk.Dia berdiri di luar bilik kerana tidak mahu merosakkan suasana.
Share this novel