Bab 13

Short Story Completed 2601

"MOHD NOR HELMI!! Mana budak tak guna tu?"

Suara teriakan itu membuatkan suasana di rumah itu menjadi senyap.

"Ini dah berapa kali budak ni buat masalah?"

Katanya sambil melonggarkan tali lehernya lalu menuju ke bilik Helmi.

"Dasar anak tak guna! Beraninya dia buat masalah selepas keluar dari penjara.Tak serik-serik lagi!"

"Ayah.."

Seorang pemuda berdiri di hadapan pintu bilik Helmi.Dia ialah abang Helmi,Haikal.

"Mana budak tu?Kau kata dia baik-baik dan tak membuat masalah lagi! Macam mana kau ajar budak tu?!Sekarang apa yang terjadi?"

Ayah Helmi marah besar.Dia masuk ke dalam bilik Helmi. Helmi hanya duduk menunduk di tilamnya. Ayah Helmi menarik kolar baju Helmi.

"Anak tak guna!! Beraninya kau malukan aku lagi!"

Marah ayahnya.Helmi memandang dengan pandangan benci pada ayahnya.

"Jangan pandang aku dengan pandangan tak guna kau tu...!!"

"Ini semua salah ayah."

Marah Helmi.

"Apa?!"

"Sikap aku selama ini semua disebabkan ayah.Ini semua salah ayah..."

Menggerut dahi ayahnya mendengar kata-kata Helmi.

"Helmi! Apa yang kau cuba nak merepek ni?! Hentikan apa yang kau cuba nak cakap!"

Tegas Haikal,cuba untuk menghentikan daripada Helmi dipukul oleh ayah mereka.

"Pokok tidak akan berbuah kalau bukan dari akarnya ayah."

"Anak tak guna!!"

Ayah Helmi sudah mengangkat tangannya cuba untuk memukul Helmi.Baru sahaja ayahnya ingin menampar Helmi,Haikal sudah memegang tangan ayahnya.

"Jangan nak halang aku Haikal. Jangan manjakan budak ni."

"Bawa bersabar ayah..Helmi bukan budak lagi,dia dah besar.Saya akan bercakap dengan dia. Ayah patut kembali ke pejabat.Saya tahu ayah sibuk."

Pujuk Haikal.

"Aku percayakan kau dulu jaga budak ni dan sekarang apa yang dah jadi sekarang?!"

"Aku pergi.."

Potong Helmi yang dari tadi senyap itu.Ayahnya dan Haikal memandang Helmi.

"Aku tahu ayah nak buang aku. Jadi..Aku pergi sekolah kat luar negara..."

"Helmi.."

Panggil Haikal.

"Dia cakap...Dia takut dengan aku.Dia susah nak terima aku berada dekat dengan dia."

Helmi tertunduk.

"Dia nak aku pergi jadi itu yang aku akan buat supaya dia dapat maafkan aku..."

Air matanya tidak dapat ditahan lagi.Helmi menutup mukanya.

*SEMINGGU KEMUDIAN*

Ibu Erika menolak kerusi roda yang diduduki oleh Erika hingga ke lobby utama.

"Ibu akan pergi panggil teksi,Eka tunggu sebentar sini."

"Tolong izinkan saya hantar puan dan anak puan sampai tiba di rumah."

Ibu Erika menoleh.

"Tuan muda Helmi hantar saya ke sini. Dia tugaskan saya untuk hantar puan dan anak puan balik rumah setelah anak puan keluar dari hospital."

Terang lelaki berjas hitam itu.

"Oh..Takpe..Kami boleh balik naik teksi..."

Erika memegang tangan ibunya.

"Ibu,takpe..kita naik dia balik.."

Minta Erika.

"Baiklah.."

Jawab ibu Erika.

"Saya akan letak barang-barang puan di belakang."

Erika dipapah ibunya masuk ke dalam kereta dengan berhati-hati.

"Alamatnya di.."

"Takpe puan,saya dah tahu alamat puan di mana."

Potong pemandu tersebut.

Vrrrr,bunyi telefon Erika berdering menandakan mesej masuk.Dia melihat telefonnya dan itu ialah mesej dari Helmi.

'Jaga diri dan aku minta maaf.'

'dan juga,aku akan sekolah kat luar negara.Aku akan pergi hari ini.'

'Aku menunggu sebab nak tengok kau keluar dari hospital.'

'Bila kau dah sedia nak maafkan aku,hubungi aku.Aku tak akan ganti nombor telefon.'

Erika menoleh ke belakang.Helmi sedang berdiri memandang Erika pergi.Tidak lama sosok tubuh Helmi mula jauh dari pandangannya. Erika mula sedih melihat riak wajah Helmi itu. Erika menangis dan merasa sangat kehilangan walaupun ini adalah keputusan yang terbaik dipilih Erika.

'Selamat tinggal.'

Balas Erika ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience