Bab 5

Short Story Completed 2601

Rizal tiba di hadapan cafe namun cafe sudah bertutup. Dia memandang sekeliling lalu ternampak Erika bersama dengan seorang lelaki di perhentian bas tidak jauh dari cafe tersebut.

"Aku minta maaf lagi sekali tak bagitahu kau awal-awal."

Helmi tersenyum.

"Takpe.. Tak perlu minta maaf. Tentang bunga tu aku akan letak kat cafe nanti."

"Baiklah,, kalau macam tu aku gerak dulu..Bye Eka."

Aku mengangguk. Baru sahaja Helmi ingin beredar, kolar bajunya tiba-tiba dicengkam kasar.

"Kau buat apa kat sini hah?!"

Rizal tiba-tiba muncul menerkam kolar baju Helmi membuatkan aku terkejut.

"Rizal!" Lepaskan tangan kau. Kan aku dah cakap jangan datang. Kenapa kau datang."

Aku cuba menarik tangan Rizal daripada kolar Helmi namun tidak berjaya.

"Aku tanya, kau buat apa kat sini?!"

Rizal tidak menghiraukan kata-kata ku dan matanya hanya tertuju pada Helmi. Helmi masih tenang.

"Kau ni tak berhati perut langsung! Lepas apa yang kau dah buat dekat Eka, kau masih berani tunjukkan muka kau dekat dia?!"

"Rizal stop!! Aku tak apa-apa. Lepaskan tangan kau dari kolar Helmi. I'm okay Rizal."

"There's nothing okay about this. Aku tahu semua perbuatan kau dekat Eka dan alasan kenapa Eka takut dengan kau..Tak guna!!"

Peristiwa 5 tahun lalu mula terimbau di benak fikiran ku.

"Erika."

Panggil Rizal. Erika yang sedang menyapu itu menoleh.

"Hari ni giliran kau bertugas bersihkan kelas kan? Aku nak balik cepat ni. Maaf tak dapat balik sama-sama dengan kau hari ni. Aku ada urusan."

"Oh..Ye ke..."

"Ye..Bye Eka, jumpa esok."

Ucap Rizal lantas bergegas keluar dari kelas.

"Bye.."

Balas Erika.

***

Rizal tiba di hadapan bangunan sekolah yang sudah lama terbengkalai itu lalu masuk menaiki anak tangga. Sesampainya di atas, Helmi dan 3 orang rakannya berada di dalam sebuah kelas sedang merokok.

"Hei,tengok siapa yang datang."

"wah, berani juga dia datang sini."

"Hoi Rizal. Aku ingatkan kau dah tak berani tunjukkan muka kau lepas kena keroyok dengan kitorang hari tu."

Kata 3 orang rakan Helmi itu.

"Kau bertiga pun ada kat sini juga rupanya."

Ucap Rizal.

"Kenapa?Kau tak sangka ke kitorang kat sini juga?"

Rizal tidak menjawab.

"Aku dah risau kau tak berani datang jumpa aku lepas dipukul hari tu."

Kata Helmi.

"Terima kasih sebab datang Rizal."

Ucapnya lagi.

"Jadi... Kau nak pukul aku lagi?"

Soal Rizal memandang Helmi.

"Aku pelik lah dengan kau ni Rizal. Apa yg buat kau yakin sangat nak berhadapan dengan aku? Kau dapat kalahkan aku ke?"

Helmi tersenyum sinis.

"Tak masuk akal untuk aku takut dengan orang macam kau. Oh, ke..kau nak bunuh aku hari ni? Aku dengar kau ada rekod jenayah sebelum pindah sini."

Sindir Rizal kepada Helmi. Wajah Helmi berubah serius.

"Aku tengah kawal emosi aku ni.Baik kau tutup mulut kau sebelum aku bunuh kau betul-betul."

Rizal tersenyum sinis.

"Jadi ni cara kau nak singkirkan orang di sekitar Erika. Dia pernah bagitahu aku yang kau takkan pernah berubah.."

Helmi menatap Rizal dengan pandangan tajam.

"Kalau kau nak pukul aku.Pukullah.Aku dah sedia ni."

"Kenapa?Kau nak perangkap aku ke? Kau nak aku dibuang sekolah macam tu?"

Helmi ketawa kecil.

"Maaf kecewakan kau tapi tu takkan terjadi."

"Betul. Sebab kami yang akan pukul kau bagi pihak dia."

Sampuk salah satu rakan Helmi yang berada di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience