Bab 4

Short Story Completed 2601

Suasana Cafe sunyi sepi. Aku dan orang di hadapanku hanya duduk diam tanpa suara. Keadaan menjadi sangat janggal.

"Kau nak air ke? Aku buatkan."

Kataku cuba mengubah suasana sepi itu. Baru sahaja aku ingin berdiri,dia sudah bersuara.

"Eka.. Maaf tiba-tiba datang tak bagitahu kau. Aku cuma takut kau tak nak jumpa aku. Aku minta maaf."

"Tak..Tak perlu minta maaf."

Ucapku ringkas.Keadaan kembali sepi. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Bila jumpa dengan dia semula, aku tak tahu nak marah, nak sedih ataupun gembira. Apa yang aku rasa sekarang takde apa-apa. Aku rasa dia betul-betul dah menjadi orang asing bagiku.

"Aku jumpa kau ni sebab aku... Aku rindu kau dan aku nak tahu khabar kau je..."

Ucapnya teragak-agak.

"Aku baik-baik je.. Aku masuk kolej. Just a community college though dan aku suka dengan kerja aku sekarang."

Aku tersenyum tawar. Sejujurnya, bukan aku tak nak tahu keadaan dia sekarang. Tapi tanpa aku sedari,ingatan dan memori tentang dia perlahan-lahan hilang dan pudar.

"Baguslah kalau macam tu."

Dia tersenyum.

"Macam mana keadaan..kaki..kau?"

Dia yang dari tadi menunduk itu mula menatapku.

"Macam yang kau nampak, sekarang dah okey. Benda tu dah 5 tahun berlalu. Aku boleh jalan dengan baik mahupun berlari. Itu sebab aku dapat bekerja kat sini."

"Baguslah."

Katanya ringkas. Keadaan menjadi sunyi dan janggal semula.Aku tak tahu nak tanya apa

"Hel..."

Kata-kata ku terhenti. Pada saat itu namanya juga berasa asing untukku. Dulu namanya sudah lama melekat di bibir ku pada 5 tahun lalu. Tapi sekarang aku rasa seperti menyebut nama orang asing.

"Kau apa khabar?"

Soalku.

"Good..No..umm, aku tak tahu kalau aku baik ataupun tidak. Aku belajar perniagaan ayah aku dan tolong abang aku."

"Oh."

Hanya itu yang keluar dari mulutku. Personalitinya seperti dah banyak berubah. Dia yang sekarang dah banyak tenangkan emosinya daripada Helmi yang aku kenal dulu.

Dulu dia merupakan kawan aku dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Tapi kerana satu kejadian, hubungan aku dan dia mula hancur.

"Tak sesuai dengan aku kan?"

Dia ketawa kecil. Dia meletakkan tangannya di atas meja membuatku terpana pada cincin di jari manisnya.

"Aku dah bertunang."

Dia mengangkat tangan kirinya.

"This is actually the reason i came to Malaysia.. It just happened.."

Dia tersenyum.

"Aku..."

Kata-katanya terhenti. Dia menggigit bibir seperti tidak mahu meneruskan kata-kata.

"Aku sangat berharap kau bahagia sekarang."

Aku memandang Helmi.

"Aku serius."

Katanya lagi lalu tersenyum tawar.

"Eka..Aku...No,nevermind."

Dia mula berdiri.

"Aku minta diri dulu lah. Hari pun dah lewat. Kau pun nak balik juga kan. Aku hantar kau balik nak? Aku tumpangkan."

Aku melihat jam di dinding sudah menunjukkan hampir jam 12 malam.

"Eh takpe, aku boleh balik sendiri.Dekat je."

Tolakku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience