Sepanjang perjalanan pulang itu,Erika dan Rizal tidak mengucapkan sebarang perkataan.Suasana menjadi sangat senyap.Erika tahu bahawa Rizal sedang marah.
"Riz..Aku minta maaf tak bagitahu kau kalau orang yang aku jumpa tu Helmi..Aku bukan sengaja tak nak bagitahu kau..Aku cuma risau akan timbulkan masalah lagi."
Pinta Erika.Rizal memegang tangan Erika.
"Tak..Aku yang patut minta maaf dekat kau.Aku tak dengar cakap kau."
Balas Rizal.Erika tersenyum.
"Nak tahu tak..."
"Hmm?"
"Dulu..Waktu pertama kali kenal dengan kau..Aku akan teringat tentang dia setiap kali aku melihat kau."
Rizal melepaskan pegangan tangannya.
"Jadi kau suka kat aku sebab aku dan dia sama?"
Nada suara Rizal mula perlahan.Wajahnya berubah sedih.
"Tak..Biarkan aku habis cakap dulu."
Rizal diam membisu.
"Bila aku jumpa dia tadi..sepanjang perbualan kami di dalam cafe...Aku hanya fikir pasal kau."
Wajah Rizal mula berseri.
"Kenapa?Kitorang tak sama ke?"
Erika tergelak.
"Betul tak sama...Korang berdua sangat berbeza.Tapi,korang berdua mengatakan perkataan yang sama and..Behaved in the same way."
Erika memegang tangan Rizal.
"Kau..Sangat berbeza dengan dia.. Cara kau layan aku,dan rakan-rakan yang lain juga...personaliti kau,rupa and everything. Aku cintakan kau...Sebab kau adalah kau..Bukan siapa-siapa,bukan Helmi tapi hanya kau..Kalau kau adalah dia,aku akan jarakkan diri dari kau...Jadi,berhenti berasa risau tanpa ada alasan."
Erika mengucup tangan Rizal membuatkan Rizal sangat gembira.Jelas terpancar wajahnya yang berseri.
"Eka..Aku sangat cintakan kau.."
Rizal tersenyum mesra pada Erika.
"Eh,aku lupa acara malam ni lah.Riz..Cepat,nanti mama merajuk pula aku tak datang."
Dengan laju Rizal melajukan keretanya.
***
Malam itu,aku,ibu dan keluarga Rizal,berkumpul di rumah mereka merayakan hari jadi aku yang dibuat khas oleh Rizal untuk ku.Betapa bahagianya aku rasakan malam itu..Kerana Rizal,aku dapat menjalani kehidupan dengan bahagia bersama dengan orang-orang yang aku sayang.Bagi Helmi pula,biarpun dia ialah orang yang banyak menyakiti dalam hidupku dulu,dia juga adalah sahabat terbaik ku.Aku sangat berharap Helmi juga akan bertemu dengan orang yang sangat mencintainya sepenuh hati....
Share this novel