BAB 5

Romance Completed 8562

Nadia memandang gambar keluarganya yang dilekatkan di board. Wajah-wajah gembira mereka sekeluarga. Mak dengan abah duduk manakala dia dan Naufal berdiri dibelakang mama dan papa.

Naufal... dia rindukan abangnya yang seorang tu. Masih teringat kenangan lima tahun lepas dia tertidur di atas pangkuan abangnya. Rasanya dia tak adalah sampai berbaring di atas pangkuan abangnya. Tak pulak abangnya kejut dia suruh tidur dibilik. Malah,Naufal turut sama tertidur dalam keadaan duduk. Berdebar rasa hatinya sewaktu tersedar mereka berdua dalam keadaan begitu.

Paginya mereka dikejutkan oleh Puan Zaiton. Muka mak pun semacam sahaja sewaktu itu. Tak dapat ditafsir riak wajahnya. Nadia dan Naufal hanya berlagak seperti biasa. Bukannya dia buat perkara yang bukan-bukan. Dan semenjak peristiwa itu, hubungannya dengan Naufal mula menjauh sedikit demi sedikit. Dia sendiri tak tahu kenapa.

“Jom makan?” Ainun menepuk bahunya dari arah belakang.

Nadia menoleh. “Dah siap? Jom.” Dan mereka melangkah keluar daripada bilik. Waktu sudah jam 12.30 tengah hari. Masa untuk mereka makan tengah hari. Tadi sudah Ainun ajak untuk makan bersama di kafeteria saja.

“Kenapa diam je ni? Selalunya kau yang banyak cakap,” tegur Ainun apabila melihatkan Nadia yang mendiamkan diri sejak pagi tadi. Sudah berjalan hingga ke kafeteria pun Nadia masih monyok seorang.

Nadia menandang wajah Ainun di sebelah. “Tak ada apalah,” jawabnya ringkas. Kemudian pandangannya dihalakan ke hadapan. Buatnya terlanggar orang kang, buat hal je.

Ainun masih memandang Nadia. Tak percaya dengan kata-katanya. Selalunya Nadia jadi macam ni kalau dia memikirkan satu benda je. Tentang keluarganya. Dia dah tahu semuanya. Tentang mak dan abahnya, tentang keluarganya. Tentang rindu Nadiapada abangnya..

Mereka berdua berjalan menuju ke arah meja kosong dengan tangan kanan menegang sepinggan nasi campu dan tangan kiri memegang segelas air. Ainun masih lagi ralit memerhatikan Nadia yang masih mendiamkan diri.

“Kau rindu abang kau ke?” soalnya tiba-tiba. Rasa hatinya yang ingin tahu tak dapat dikawal. Nadia tersedak mendengarkan soalan yang keluar daripada mulut Ainun. Terkejut. Macam tahu-tahu je apa yang sedang difikirkannya. Well, memang Ainun kawan rapatnya. Sebenarnya sudah banyak hal yang diceritakan pada gadis itu. Nadia menjadikan Ainun sebagai tempat dia mencurahkan isi hati sejak naufal mula menjauhinya.

“Erm...” Ainun tersenyum sumbing, Dah agak dah!

“Susahkan jadi anak angkat?” ujar Nadia tiba-tiba. Wajahnya sedikit sedih. “Keluarga angkat tetap tak sama dengan keluarga sendiri,” tambahnya lagi. Pandangan dialihkan daripada pinggan berisi nasi berlauk ikan goreng ke arah Ainun di hadapannya.

“Kalaulah ibu dengan ayah aku masih hidup, kalaulah aku mati je dengan diorang dalam kemalangan tu, kalaulah Naufal tu betul-betul abang kandung aku, kalaulah...”

“Nadia, stop!” tingkah Ainun. “Kau lupa ke apa yang aku cakap dulu?” tegas suara Ainun menyapa gegendang telinganya.

Nadia menunduk. Tak tahu kenapa hari ini dia terlalu rindukan abangnya. Dan dia seolah-olah menyesali takdir yang ditentukan Allah untuknya. Jika semua ini tak terjadi mungkin dia dalam suituasi yang berbeza fikirnya. Mungkin lebih baik keadaannya. Arhhh! Dia sudah keterlaluan dalam memikirkan apa yag patut berlaku terhadap kehidupannya.

Ainun pernah mengingatkannya dahulu, ada hadith yang menyatakan, sekiranya kita ditimpakan musibah, tidak tak sepatutnya berkata, "kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini," tetapi katalah : "Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan", kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.

Berkawan dengan Ainun banyak merubah dirinya. Alhamdulillah berubah kepada kebaikan. MAk pun pernah mengingatkannya supaya pandai untuk memilih kawan. Syukurlah Ainun banyak mengingatkannya kepada pelbagai perkara. Dan paling dia tak boleh lupa sewaktu Ainun menasihatinya untuk menutup aurat sebenar-benarnya.

Walaupun perkara itu bukan perkara yang mudah, dia cuba untuk berubah atas sokongan Ainun. Masih dia ingat perbualannya dengan mama.

“Nadia ini anak angkatkan mak?”

Soalannya membuatkan riak wajah Puan Zaiton berubah. Perlahan sahaja Puan Zaiton mengangguk mengiyakan. Anak ini terasa dipinggirkan ke? Dia dan suaminya tak pernah menganggap Nadia seperti anak angkat.

“Kiranya aurat Nadia dengan abah dengan abang Naufal macam aurat Dia dengan lelaki bukan muhrimlah kan?” Puan Zaiton terkelu mendengarkan kata-kata yang keluar daripada bibir anak comel itu.

“Iya,” balasnya perlahan.

“Maknanya wajib bagi Nadia untuk menutup aurat depan abah dan abang Naufal, kan?”

Dan semenjak itu dia mula memakai tudung dan baju lengan panjang di dalam rumah. Abah tidak menegur, bahkan dapat dilihat betapa gembiranya abah melihatkan perubahannya.

“Hey! Nasi tu kalau ditenung bukannya boleh habis,” tegur Ainun membuatkan NAdia tersenyum memandangnya. Ainun membalas. Dah boleh senyum, oklah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience