BAB 6

Romance Completed 8554

Jumaat itu Nadia sudah bersiap mahu pulang ke rumah dari universitinya. Teruja sekejap kerana perayaan Aidiladha yang menjelang. Walaupun hanya sekejap cutinya di hujung minggu tetapi ia cukup untuk melepaskan rindu pada mak dan abah. Namun abangnya, Naufal mungkin tidak dapat balik.

Hujung minggu itu Nadia pulang ke rumah. Kena pula Isnin cuti sambung cuti. Sebaik sahaja sampai, kereta Perodua MyVi milik Naufal dah terletak elok di tempat parking.

Abang balik! Nadia tersenyum sendiri. Lama tak jumpa abang. Semenjak Naufal belajar di pantai timur, susah benar nak jumpa. Sudahlah hubungan mereka semakin hari semakin renggang. Kadang tu whatsapp pun tak ada untuk bertanya khabar.

Salam diberi. Dan yang mengejutkannya, salamnya dijawab seorang perempuan yang dia tak pernah jumpa. Manis orangnya. Kurus tinggi. Lembut je air mukanya.

“Ni mesti Nadia kan?” tegur gadis manis itu. Nadia mengangguk. Siapa pulak ni? Kawan abang Naufal?

“Dah agak dah. Naufal selalu cerita pasal awak,” jelas gadis itu dengan senyuman manis. Nadia terpinga-pinga. Naufal selalu cerita? Hmmm sahlah kawan abang ni.

“Lupa pulak, saya Maria. Kawan sekelas Naufal ,” Maria menghulurkan tangan. Salam bersambut.

“Baru sampai?” tegur Naufal sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dapur. Puan Zaiton sibuk menyediakan makanan tengah hari dengan dibantu Maria.
Nadia mengangguk sebagai jawapan. Dia terkedu melihat kelibat abangnya yang sudah lama tak ditemuinya itu.

“Bila abang balik?” Pelik, mak tak pulak cakap abang ada kat rumah.

“Malam tadi sampai. Saja, hari ni tak ada kelas, baliklah sekejap. Dah lama tak balik rumah,” balas Naufal.

Kemudian dia melangkah ke ruang tamu. Mahu duduk bersama dengan Encik Adam,Nadia sedikit terpinga-pinga melihat Naufal sudah keluar dari dapur. Baru nak berbual dah pergi. Sampai hati!

-------------

Malam itu, Maria menumpang tidur di bilik Nadia. Boleh tahan peramah juga si Maria ni. Macam-macam cerita yang keluar. Dan yang paling tak disangka, selamba sahaja Maria menceritakan kisah Naufal yang suka mengusiknya sehinggalah satu hari Naufal melamarnya.

Nadia terkedu. “Melamar?”

Maria mengangguk. Kemudian dia ketawa perlahan. “Dia ajak kahwin lepas habis belajar. Dia tak macam lelaki lain. Kalau lelaki lain. Dia terus ajak kahwin. Tu yang Maria tertarik tu,” jelas Maria.

Nadia mengangguk tanda faham. Jelaslah sekarang hubungan Maria dengan Naufal.

“Nadia memang rapat dengan Naufal ke?” soal Maria cuba mengorek rahsia. Nadia tertawa. Masa kecil iyalah. Dah besar ni, abang Naufal sudah menjauhkan diri.

“Biasa macam tu jelah Maria. Tak adalah rapat sangat. Lagipun saya ni anak angkat je,” ujarnya merendah diri.

“Itu yang saya risaukan.” Diam. “Adik beradik angkat tak sama dengan adik beradik kandung. Nadia faham kan apa yang saya cuba sampaikan?”
Nadia sedikit tersentak dengan kata-kata Maria.

“Saya risau kalau-kalau awak ada simpan hati pada naufal atau dia yang ada perasaan pada awak. Tambah pulak awak bukan adik-beradik susuan. Kalau Susuan dah lain cerita.”

Nadia mengangguk faham. Ah! Masakan Naufal menyayanginya lebih daripada seorang adik.

“Jangan risau. Kami tak ada apa-apa.” Dan dia juga yakin perasaannya pada Naufal selama ini adalah perasaan sayang seorang adik terhadap abangnya.

Maria terdiam. Dia memancang tepat ke mata Nadia. Cuba mencari kejujuran dan keikhlasan di situ. Setelah yakin, dia tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience