BAB 13

Romance Completed 8554

“Ei, berangan ye..” Naufal merangkul pinggang isterinya yang sedang melayan perasaan di balkoni bilik mereka.

“Dah habis gomol dengan Daniel?” Nadia mengalihkan pandangan pada suaminya di sebelah.

Naufal tersengih. Atia ketawa perlahan. Suaminya itu akan bermain sepuas-puasnya dengan Daniel sebelum anak lelaki mereka itu masuk tidur. Waktu seperti itulah yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk bersama anak-anak setelah sibuk bekerja di siang hari.

“Sayang, esok cuti kan? Jamal ajak lunch kat rumah dia..”

“Hurmm.. Ainun ada call Tia petang tadi..” Tutur Nadia lembut. Kepalanya didongakkan sedikit, merenung wajah suaminya. Naufal menjungkitkan keningnya.

“Itulah.. Dulu masa kecik tak mau minum susu.. Kan dah jadi pendek.. Nak tengok abang pun payah..” Naufal ketawa lepas. Tangannya menangkap jemari Nadia yang mencubit pinggangnya.

“Macamlah rendah sangat. Dah kira okaylah ni tahap leher abang.. Tinggi apa..” Rungut Nadia geram.

“Mana sampai leher.. Sipi-sipi..” Meleret tawa Naufal. Pipi Nadia dicuit perlahan. Makin erat rangkulannya saat itu. Nadia tersenyum. Kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya. “Makin sayang abang dekat Dia tau..”

“Mestilah makin sayang.. Takkan makin benci..” Laju Nadia membalas.

Naufal ketawa lagi. “Pandai tau dia menjawab sekarang. Dulu macam orang bisu..” Naufal mengenyit matanya pada Nadia yang sudah memandang tepat padanya. Dia ketawa kecil melihatkan Nadia yang memuncung sebelum kembali melentokkan kepala di bahunya.

Bahagia dapat bersama dengan insan kesayangnnya ini. Susah payahnya memikat sekeping hati berdindingkan besi berani milik isterinya itu akhirnya berhasil. Naufal tersenyum lebar sambil menepuk perlahan bahu Nadia seakan mendodoi isterinya, tanpa menyangka dan sama sekali dia tak ketahui bahawa sekeping hati itu memang miliknya selama ini. Pinjaman Allah kepada dia yang setia menanti selama ini.

Naufal tersenyum senang. Sungguh dia tertarik pada isterinya dan kerana itulah dia sanggup melepaskan segalanya demi untuk mengenali gadis itu. Sifat segala peribadi gadis itu yang ternyata begitu berbeza dengan dirinya membuatkan naluri lelakinya yang selama ini dikunci dari mana-mana perempuan terusik. Bila ditanya Nadia, jawapannya hanya satu, abang angkat kesayangan! Kala itu isterinya pasti memuncung, geram mendengarkan jawapan yang seakan kurang meyakinkan. Gelak tawa nakalnya membuatkan Nadia tidak lagi mahu bertanya sejarah rahsia putiknya kasih yang tak berbelah bagi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience