BAB 7

Romance Completed 8554

Makan tengah hari mereka sekeluarga agak meriah. Ada sahaja cerita yang keluar dari mulut Naufal. Kalau dah lama tak balik, begitulah banyak cerita yang nak dikongsikan.
Naufal tak berubah. Masih Naufal yang banyak cakap. Hanya dengan Nadia sahaja mereka kurang berbual. Tak tahulah di mana silapnya.Mungkin masih teringat kejadian hari itu sebelum Naufal menduduki peperiksaan SPM.

“Jadi ke Naufal nak bawak Maria ke bandar?” Encik Adam menyoal anak terunanya.

Naufal mengangguk. “Jadi abah. Maria ni ha, teringin sangat nak berjalan tengok Ipoh waktu malam,” balas Naufal.

“Erm, Nadia ikut sekalilah ya? Takkan Naufal pergi dengan Maria berdua je,” cadang Puan Zaiton.

Naufal sudah ketawa mendengar kata-kata Puan Zaiton. Maria pula tertunduk malu. Merah mukanya. Nadia hanya memerhatikan mereka bertiga. Rasa cemburu terbit di hatinya.

“Tak payahlah Dia ikut. Lagipun Dia kan baru je sampai semalam. Biarlah penat dia hilang dulu,” tolak Naufal lalu memandang Maria.

NAdia memandang Naufal tak berkelip. Wajahnya sedikit berubah. Tak suka aku ikut cakap ajelah! Tak payah nak bagi alasan macam tu. Aku belajar dekat Tanjung Malim je pun.
Kalau balik rumah bukannya jauh sangat. Tak sampai sejam lebih dah sampai.Nak penat apanya? Kemudian Nadia menunduk. Tanpa disedarinya, Puan Zaiton menyedari perubahan riak wajah Nadia.

Ptang itu, Naufal membawa Maria saja berjalan-jalan di pekan Ipoh. Nadia hanya memandang dari jauh memendam rasa geram terhadap naufal.

Hinggalah Maria dan Naufal pulang tadi, masih belum reda marahnya. Dia banyak berdiam. Makan malam tadi pun tak ikut serta.

Nadia masih lagi terkebil-kebil di atas katil. Maria sudah tidur agaknya. Tiba-tiba perutnya terasa lapar. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke tingkat bawah. Baru separuh tangga dituruninya, dia terdengar suara Puan Zaiton dan Encik Adam. Sesekali suara Naufal kedengaran. Macam berbual sesuatu yang serius. Nadia berhenti melangkah. Dipasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.

“Mak harap sangat Dia jadi sebahagian daripada keluarga kita. Mak betul-betul sayangkan dia. Mak harap Naufal fikirlah masak-masak,” perlahan suara Puan Zaiton kedengaran. Namun tiada balasan daripada Naufal.

Nadia merapatkan badan ke dinding. Mereka bercakap pasal aku? Hatinya mula rasa tak sedap.

“Kalau Naufal setuju nanti abah suruh mak cakap dengan dia.”

Nadia kembali melangkah ke bilik. Tak sanggup hendak berlama-lama di situ. Jangan cakap abah dengan mak nak satukan dia dengan Naufal? Gulp! Pandangannya dialihkan ke arah Maria yang sedang lena.

“Itu yang saya risaukan... Adik-beradik angkat tak sama dengan adik-beradik kandung. Nadia faham kan apa yang saya cuba sampaikan?”

Nadia menelan air liur. Macam mana kalau memang betul mak dengan abah nak satukan dia dengan Naufal ? Bolehkah dia terima? Bagaimana pula dengan Naufal? Apa jadi dengan Maria pula?

Nadia merebahkan badan disebelah Maria. Matanya dipejam rapat. Tak dapat membayangkan kemungkinan yang mendatang. Dia risau. Dia takut. Dan sekarang dia hanya mempu berdoa kepada Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience