BAB 9

Romance Completed 8554

Kereta dipandukan perlahan. Dia tahu dimana dia akan tuju. Sekeping Kong Heng! Mungkin lebih sesuai daripada pergi ke kedai mamak. Kaki dihayun menghala ke situ. Dua potong kek dan 2 ice lemon tea diminta untuk mereka berdua.

“Dia apa khabar sekarang?”

Nadia tersenyum mendengarkan soalan Naufal. Macam dah tak ada soalan lain dah. “Sihat.”

“Dah ada special ke sekarang?” lurus Naufal bertanya. Tak mahu belok-belok lagi dah. Dia mahukan jawapan Nadia sekarang. Kata-kata mak dan abah malam tadi menghantui tidur malamnya.

Nadia tidak menjawab. Kek di atas meja di potong sedikit dengan sudu sebelum disuap ke mulut.

“Dia tak jawab soalan abang lagi,” tegur Naufal apabila melihatkan Nadia leka dengan kek dan minumannya.

Nadia memandang Naufal. “Soalan apa?”

“Dia dah ada special ke? Mana tahu empat, lima tahun kat Universiti, kot kot dah jumpa Mr. Right.”
Sabar Naufal mengulangi soalannya.

Nadia menunduk. Segan mendengar soalan Naufal. Tak ada angin tak ada ribut kenapa tiba-tiba bertanya soalan peribadinya. Sebab malam tadi ke? Nadia resah sendiri. Akhirnya dia menggeleng. Sudu di tangan diletakkan di atas piring yang sudah kosong. Gelas berisi air yang sudah tinggal separuh di habiskan.

Naufal tersenyum sebaik sahaja melihat Nadia menggelengkan kepala. Syukur! Nadiamasih belum ada siapa-siapa. “Malam tadi abang berbual dengan mak dan abah. Diorang...”

“Dia ada terdengar,” pintas Nadia. Naufal tergamam. Nadia dengar? Maknanya tak perlulah dia pening nak menyusun kata nak terangkan pada Nadia. Naufal menarik nafas lega.

“So, apa kata Nadia?” berdebar dadanya menunggu jawapan daripada mulut gadis itu.

Nadia menggeleng. “Tak perlulah bang. Janganlah nak seksa diri abang dengan cadangan abah dan mak,” tolaknya. “Lagipun abang dah janji dengan Maria kan?”

Naufal memandang NAdia pelik. “Kenapa tiba-tiba masuk cerita Maria ni?”

Nadia menghela nafas perlahan. “Dia cakap semalam abang dah janji nak kahwin dengan dia lepas belajar?”

Naufal ketawa mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Nadia . “Dia, Maria tu kan sepupu kita. Anak Pak Ngah. Dah lupa ke? Dan kenapa out of no where dia cakap abang janji nak kahwin dia lepas belajar?” soal Naufal.

Nadia terdiam. Eh? Yang Maria kata semalam? Yang Naufal cakap sekarang? Anak Pak Ngah? Dia cuba mengingat. “Maria anak Pak Ngah?”
Naufal mengangguk. Apa yang Maria ceritakan ni sebenarnya? “Tak kisahlah Maria cakap apa. Dia bergurau je tu. Dia datang rumah pun sebab nak jumpa mak dengan abah. Sajalah agaknya nak mengusik Nadia. Tak ingat ke masa kecik-kecik dia suka menyakat Dia?”

Nadia mengangguk tanda faham. Sebenarnya dia sudah agak-agak lupa dengan kenangan zaman kanak-kanak, kena pula bukannya setiap tahun dapat jumpa keluarga Pak Ngah sebab selalu pindah kerana kerjayanya sebagai askar. Hatinya sedikit lega mendengarkan penjelasan Naufal. Maria bukan siapa-siapa dia hanya sepupu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience