BAB 1

Romance Completed 8554

"Assalamualaikum. Mak..." salam diberikan. Jam dah hampir dua setengah petang dan itulah antara waktu Nadia Farhana akan pulang dari sekolah.

"Waalaikumsalam."

Nadia menanggalkan kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Beg sekolahnya di letakkan di tepi meja. Kemudian dia menyalami tangan maknya, Puan Zaiton yang sudah berdiri di hadapannya.

“Abang kamu mana Nadia?” soal Puan Zaiton apabila kelibat anak lelakinya tak kelihatan. Nadia tersenyum. Mesti emaknya lupa.

“Abang ada kelas mak. Kan dia dah cakap pada mak pagi tadi.” Nadia menjungkit kening sambil mulut menyungging senyum.

“Habis? Nadia balik seorang je la ni? Beraninya... Kenapa tak tunggu abang saja? Bahaya tahu jalan seorang! Macam-macam boleh jadi. Nauzubillah.”

Nadia menggelengkan kepala perlahan. “Bukannya jauh sangat, mak. Lagipun kelas abang habis pukul 3. Tak laratlah Dia nak tunggu kat sekolah sorang-sorang. Nadia nak buat apa pun buntu jadinya. Tu yang balik je terus.”

Puan Zaiton menggeleng melihat telatah anak daranya seorang itu. Sifat keibuannya membuatkannya sentiasa ingin melindungi. Meskipun Nadia bukanlah darah dagingnya.Nadia yang sedang berjalan ke dapur di pandang.

Walaupun jarak sekolah dengan rumah taklah jauh mana, dia tetap risau. Sekarang ni bukannya boleh percaya sangat. Berita-berita mengenai rogol dan bunuh di dada akhbar cukup merisaukannya. Sekurang-kurangnya, jika Nadia ditemani Naufal, perasaan risaunya berkurang sedikit.

“Mama masak apa? Dia dah lapar ni,” jerit Nadia dari arah dapur. Tudung saji yang menutup sajian tengah hari di angkat. Melihatkan beberapa jenis makanan kegemarannya, dia tersenyum sendiri. Laju tangannya mencapai pinggan yang terletak di sudut dan nasi disenduk ke dalam pinggan.

“Kalau ye pun dah lapar, pergilah salin baju tu dulu. Baju sekolah tu dahlah putih. Buatnya tertumpah kuah ke, apa ke, mama juga yang jenuh nak membasuh,” bebel Puan Zaiton. “Abah pun balik tengah hari ni. Tunggulah dia. Nanti boleh makan sekali,” tambahnya lagi sambil menjegil biji mata.

Nadia hanya tersengih. Sudah lali dengan bebelan mamanya. Mana taknya, hampir setiap hari dia mendengar ayat yang sama berulang-ulang. Tapi itulah, masih juga dia buat perkara yang dibebelkan mamanya. Bagaikan tak serik pula.

Laju Nadia berlari ke biliknya. Sebaik sahaja menyalin kepada pakaian yang lebih selesa, Nadia bergegas turun. Lagi-lagi bila terdengar bunyi kereta abahnya tadi. Nak makan sama-sama.

“Abang mana, Nadia?” Encik Adam menyoal Nadia apabila tidak nampak kelibat anak lelaki tunggalnya di meja makan.

“Abang ada kelas, abah. Sampai pukul 3. Mungkin kejap lagi baliklah bang tu,” balas Nadia sopan. Kuah kari dicedok ke dalam pinggan. Encik Adam mengangguk tanda faham.

“Biasalah tu Nadia, SPM lagi 4 bulan. Nadia jangan leka pulak. Tahun depan giliran Nadia pula. Patutnya tahun ni dah start fikir dan rancang. Set sasaran berapa banyak A. Kalau semua dapat A lagi bagus,” nasihat Encik Adam.Nadia hanya tersengih. Entah macam manalah keadaan dia nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience