PROLOG

Romance Completed 8554

Nadia Farhana bermain dengan namanya di atas buku sekolah dengan jari telunjuknya. Nadia Farhana binti Abdullah. Nama itu ditenung lama kemudian dia memejamkan mata. Membayangkan kenangan lama ketika dia masih kecil. Masih teringat bagaimana diambil oleh abah dan maknya daripada rumah pengasuh. Walaupun apa yang diingatinya agak samar-samar tapi dia masih boleh membayangkan keadaan itu.

Ketika di darjah 5 dia bertanya kepada mak tentang asal usulnya. Tentang mengapa dia lain dari ahli keluarga yang lain iaitu abangnya. Mak cerita, ibu dengan ayahnya meninggalkannya di rumah pengasuh kerana mahu ke pekan pada satu hari... Kerana tidak mahu menyusahkan anak mereka berpanasan di luar, jadi ibu dan ayahnya mengambil keputusan untuk meninggalkannya seketika dan bercadang mengambilnya semula selepas selesai urusan di pekan. Dalam perjalanan pergi mereka kemalangan akibat bergeser dengan bas. Pelik. Macam manalah ibu dengan ayah tergerak nak meninggalkannya di rumah pengasuh? Agaknya memang ajalnya belum sampai. Jika tidak, mungkin dia juga sudah tiada di dunia ini.

Tambah mak, kedua-dua ibu dan ayahnya merupakan anak yatim sejak kecil. Mereka berkenalan pun ketika menghuni rumah anak yatim yang sama cerita abah. Begitulah takdir mempertemu dan menyatukan mereka hinggalah kembali semula ke penciptaNya.

Nadia tersenyum kerana bersyukur. Sekurang-kurangnya dia masih punya keluarga angkat yang sangat-sangat menyayanginya. Dia tidak kekurangan kasih sayang kerana dijaga bagaikan anak sendiri sejak hari pertama dia dibawa masuk ke dalam keluarga berkenaan.

Nadia melangkah keluar dari bilik. Tak dapat tidur. Esok pula hari cuti. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa di ruang tamu. Niatnya mahu menonton televisyen sehingga matanya rasa mengantuk dan dia akan kembali semula ke dalam bilik untuk tidur. Remote control televisyen dicapai. Sebaik sahaja televisyen hidup, dia mencari-cari rancangan yang dapat menghilangkan rasa bosannya.

Belum pun lima minit Nadia duduk, dia terdengar bunyi tapak kaki sedang menuruni tangga. Matanya dialihkan ke arah tangga. Wajah Naufal muncul di sebalik dinding.
Nadia tersenyum...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience