BAB 10

Romance Completed 8554

Nadia mengangkat wajahnya. Diberanikan dirinya untuk memandang tepat ke mata Naufal. “Abang pulak macam mana? Takkan setuju bulat-bulat je cadangan makdengan abah? Kalau kita tak kahwin pun, keluarga abang tetap keluarga Dia jugak.”

“Itu maknanya Nadia menolak?” soal Naufal kembali.

“Dia nak tahu dengar kata abang dulu.” Naufal mengukir senyum. “Kalau abang setuju Nadia setuju?”

Nadia menelan air liur. Kahwin dengan abang? Biar benar. “Ikut keadaan.”

Naufal tertawa kecil. Matanya jatuh ke atas kek yang masih belum disentuhnya. Kemudian dia menjelig ke arah pinggan Nadia. Kosong.

“Kalau mak dan abah suruh kahwin masa abang habis sekolah pun abang setuju,” ujarnya. Nadia terpegun mendengarkan kata-kata itu.

“Abang sayang Nadia, sejak kita tidur sama-sama depan televisyen,” ringan mulutnya bercerita. “Lepas tu mama dengan papa tegur. Jangan buat macam tu sebab Nadia hanya adik angkat abang,” tambahnya.

Nadia melemparkan pandangan ke arah kek-kek yang tersusun di atas kabinet kaca.

“Mungkin diorang perasan agaknya abang dah mula layan Dia lain sikit. Takut-takut lain pulak jadinya. Sebelum apa-apa itu yang diorang dah basuh cukup-cukup abang.”

Nadia hanya mematikan diri. Telinga tekun mendengar cerita Naufal. Tak disangka Naufal menyimpan perasaan terhadapnya sejak mereka bersekolah. Di mana saat itu dia ikhlas menyayangi Naufal sebagai abang.

“Susah jugak sebenarnya nak jauhkan diri daripada Dia. Nasib baik lepas SPM abang dapat masuk kolej. Iyalah, darah muda. Apa pun boleh terjadi. Dahlah kita serumah,” ujar Naufal dengan senyuman nakal.

Nadia tertunduk malu. Segan tatkala mata Naufal memandangnya dengan senyuman nakal. Hampeh!

“Kita kahwin nak? Family abang jadi family Nadia , abang boleh jadi ‘abang’ Nadiaterus?” usik Naufal.

Bertambah merah wajah Nadia. “Habiskanlah makanan tu dulu. Sampai pukul berapa nak duduk sini? Dah pukul 6.00 dah ni?”

Naufal mengeluh hampa. Perlahan-lahan kek di piring di makannya. Tak sampai 10 minit kek dan minumannya habis. Kemudian Naufal bangun. Kunci kereta dicapai. “Jom.” Bingkas Nadia bangkit dan mengejar langkah Naufal yang laju meninggalkannya.

Di dalam kereta masing-masing mendiamkan diri. Naufal sibuk melayan perasaannya manakala Nadia berkira-kira bagaimana mahu memulakan perbualan. Kereta laju membelah jalan sewaktu matanya terpandangkan kedai emas, bibirnya mengukir senyum.

“Bang?” NAdia memanggil Naufal perlahan. Naufal tidak menyahut. Aish.. Sabar ajelah dengan abang aku seorang ni.

“Abang!” panggilnya sedikit kuat.

“Hm?”

“Bila nak cari cincin?” soalan yang keluar daripada mulut Nadia membuatkan Naufal seperti mahu melompat suka.

“Kalau lambat-lambat nanti ada orang kebas macam mana?” tambah Nadia. Sengaja mahu menguji sejauh mana kesungguhan Naufal. Naufal tersenyum girang.

“Insya Allah abang yakin tak ada orang nak kebas. Sebab kalau orang tu tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.”
Nadia mencebik. “Yakin ke?”

Naufal ketawa senang. “Ok. Esok jugak abang cari cincin untuk Dia. Nak yang macam mana? Tapi janganlah yang mahal sangat, abang belum kerja lagi.”

Nadia ketawa perlahan. Entah kenapa dia menerima cadangan mak dan abah. Mungkin kerana dia yakin Naufal akan menjaganya seperti mana Naufal menjaganya sewaktu mereka kecil. Dia tersenyum senang.

Naufal menjeling Nadia yang masih tak lekang dengan senyuman. Sangkanya dahulu perasaannya masa sekolah dulu hanya main-main. Tak sangak perasaan itu semakin lama semakin mekar meskipun dia menjauhkan diri daripada Nadia. Lepas ni terpaksalah dia menyewa rumah lain.

Takkan mahu tinggal serumah dengan Nadia selagi belum sah menjadi isterinya? Naufal mengucap syukur di dalam hati. Semoga rumahtangga yang bakal dibinanya bersama Nadia nanti dirahmati Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience