BAB 12

Romance Completed 8554

“Assalamualaikum sayang...”

Nadia mendongakkan kepalanya. Sebuah senyuman terukir di bibirnya melihatkan Naufal di muka pintu. Mikayla dalam dukungan Naufal tersengih menampakkan barisan gigi susunya yang baru tumbuh. Daniel pula berlari masuk, memeluk mamanya itu yang sedang bersimpuh di hadapan meja kopi.

“Mama...” Panggil Daniel manja. Tersenyum-senyum dia memandang Nadia. Pantas kepala anak kecil itu diusap lembut, penuh kasih sayang.

“Abang dari mana ni?” Tanya Nadia lembut pada Naufal yang sedang berjalan menghampirinya.

“Tengok mama tu, kalau dah tanda kertas student, buat tak tahu je kat kita kan Daniel.. Kita pergi mana pun dia tak tahu..”

Daniel terangguk-angguk persis anak muda yang bijak. Dia bergerak merapati papanya pula. Si kecil Mikayla ketawa riang seakan memahami butir bicara papanya. Pantas Naufal mencuit pipi puterinya itu seraya berkata, Hurmm.. Tengok, princess papa ni pun setuju jugak!” Mikayla diagahnya perlahan.

Nadia ketawa lepas. Dia bingkas berdiri dan melabuhkan punggungnya di atas sofa lembut, di sebelah Naufal yang sedang memangku Mikayla.

“Alah.. Papa Daniel ni, kalau dah bukak kertas projek dia tu, mama kat sebelah pun dia tak pandang...” Nadia menjeling manja suaminya di sebelah sambil mengacah Mikayla yang baru berusia setahun setengah. Daniel ketawa melihat mama dan papanya, biarpun dia kurang memahami tutur bicara dan gurauan manja mereka.

“Abang dari mana sebenarnya? Kenapa baby mama cute sangat hari ni... Mana dapat ni? Siap lilit-lilit pulak tu.. Nasib baik sayang mama ni tak tercekik tau..” Tutur Nadia laju tanpa memberi ruang kepada suaminya untuk mencelah. Perlahan-lahan dia membetulkan skarf kecil yang terletak elok di atas kepala Mikayla. Skarf yang berbunga kecil itu kelihatan sangat comel dan sesuai untuk si kecil Mikayla. Naufal tersenyum sambil mengerdipkan matanya pada isterinya.

“Rugi Nadia tak ikut tadi tau. Abang pergi jumpa bakal menantu kita.. Itu yang princess papa ni kena tutup aurat kan..” Naufal ketawa lepas, seronok melihat mikayla yang semakin aktif. “Ahaa.. No sayang, jangan main cermin mata papa..” Naufal menarik tangan Mikayla yang menunjukkan minat pada kaca matanya.

Naufal tersengih memandang Khaki Cargo Pants yang dipakainya waktu itu. Niatnya yang sebenar hanya hendak membawa Daniel dan Mikayla berjalan-jalan di sekitar taman sahaja. Sebab itulah dia hanya menyarungkan seluar paras betis itu sahaja tadi. Permintaan Daniel untuk berjumpa toys membuatkan dia melencongkan arah perjalanan mereka. Sempat dia singgah di Butik sebelah dan membeli skarf empat segi kecil rona biru muda berbunga tabur warna pink yang kelihatan comel kerana tertarik dengan kelembutan skarf itu. Laju sahaja dia meminta penjaga kaunter di butik untuk memakaikan skarf kecil itu pada puterinya, Mikayla.

“Daniel jumpa baby tadi, ma.. Cute macam mama..” Suara Daniel yang serak-serak basah macam papanya itu tiba-tiba kedengaran, membuatkan Naufal mengalihkan tumpuannya pada Daniel yang sedang rancak bercerita dengan Nadia.

“Eh, kenapa macam mama pulak?” Tanya Nadia pelik.

“Macam mamalah.. Sebab, papa kata mama cute macam baby! So,cute macam mama la..” Petah si kecil yang berusiatiga tahun itu menjawab. Naufal tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Ibu jari kirinya menunjukkan tanda bagus pada Daniel yang mengenyitkan mata pada mamanya itu. Bulat mata Nadia berkalih pandang pada suaminya.

“Apa yang abang ajar Daniel ni bang..”

Naufal Terburai tawa keduanya.
Naufal menarik Daniel dalam dakapannya. Kedua-dua belah mata anak bujangnya itu ditutup dengan telapak tangannya. “Aha! Daniel tak boleh tengok.. ” Serentak dengan itu pipi Nadia di sebelahnya dikucup lagi. Lama. Tawa si kecil membuatkan kucupan itu beralih pada puterinya, Mikayla . Nadia tergelak perlahan sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Abang, abang.. Rosak budak-budak ni tau..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience