BAB 2

Romance Completed 8554

Naufal pula sudah balik dari kelas tambahannya petang itu.

“Oit budak!” Naufal menarik hujung tudung yang dikenakan oleh Nadia. Nadia menepis tangan Naufal yang bermain di kepalanya. “Janganlah. senget tudung Dia ni nanti!” marahnya. Naufal hanya ketawa girang kerana suka dapat mengusik Nadia.

Apa gelak-gelak. Bagi tahu mak nanti, baru tahu." ugut Nadia.

"Bagi tahu lah. Abang ok je." Naufal buat tak tahu.

“Ish. Suka bagi orang naik geram macam ni. Dah lama ke abang balik?”

Nadia memusingkan tubuh menghadap Naufal yang sudah duduk di atas sofa di ruang tamu. Naufal tersengih. Tangan kanannya diangkat bagi membolehkannya melihat jam di pergelangan tangan.

“Adalah dalam 10 minit 5 saat yang lepas,” ujarnya. NAdia ketawa perlahan. Ada-ada saja Naufal nak melawak dengannya.

“Jom?”

Nadia mengerutkan dahi tatkala mendengarkan ajakan Naufal. “Jom? Nak ke mana?” Nadia kerutkan dahi.

Naufal masih lagi tersenyum. Comel sungguhlah adik aku ni buat muka macam tu.
“Jom teman abang lunch ler. Abang tak lunch lagi ni.” Tangannya menarik tangan Nadia supaya mengikut langkahnya.

Terkial-kial Nadia bangun dan mengikut langkah Naufal. “Sekejaplah! Cuba bawa bersabar sikit,” marahku. Tangan Naufal yang kejap menggenggam tangannya di tepuk berkali-kali.

Naufal berhenti melangkah sebaik sahaja mereka melalui bilik mak. Kemdian dia menoleh ke arah Nadia. “Kenapa? Takkan nak mintak teman makan pun tak boleh?” rungut Naufal. Tangan Nadia masih tak dilepaskan.

Nadia tersengih. Kenapa abangnya hari ni terlebih manja dengannya? Sepatutnya abang yang manjakan adik. Ni terbalik pulak? “Bukan tak nak teman...”

“Habis tu?” soal Naufal tak sabar.

“Tu baju abang tu...” Nadia memuncungkan mulut ke arah baju sekolah abangnya yang masih tersarung di tubuh.

“Nanti mak punya dialog keluar...”Tak habis lagi Nadia cakap, Naufal dah potong dulu.

“Kalau ye pun dah lapar, pergilah salin baju tu dulu. Baju sekolah tu dahlah putih. Buatnya tertumpah kuah ke, mak juga yang jenuh nak membasuh.” Sebaik sahaja Naufal menghabiskan kata-katanya, mereka berdua ketawa. Sudah boleh hafal setiap patah yang keluar daripada mulut mak.

“Hah? Mengumpat mak ye?” tegur Puan Zaiton yang sedang menuruni tangga. Nadiadan Naufal berpandangan antara satu sama lain. Tersenyum.

“Hah, Naufal? Baju sekolah tu tak tukar lagi? Nak tunggu kotor baru nak salin? Ni nak ajak Dia ke mana pulak tu?”

Puan Zaiton memandang Naufal. Kemudian pandangan dialihkan kepada Nadiadisebelah. Akhirnya pandangannya jatuh ke arah tangan Naufal dan Nadia yang saling bertaut. Hatinya resah.

“Abang ni ha mak, nak manja-manja pulak suruh Dia teman dia makan. Dia dah makan dah tadi kan,” aduku. Naufal tersengih bagaikan kerang busuk. Tangan Nadia dilepaskan. Kepalanya digaru walaupun tiada rasa gatal.

“Sudah-sudah. Naufal, pergi salin baju dulu apa-apa pun. Dah besar-besar pun nak kena cakap lagi,” bebel Puan Zaiton. Nadia dah mentertawakan abangnya. Kan dah kena... baru je tadi orang pesan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience