BAB 3

Romance Completed 8554

Nadia belum mahu tidur lagi dan duduk di hadapan televisyen untuk menonton rancangan televisyen yang ada. Sedang dia mencari saluran yang ingin ditonton kedengaran Naufal juga datang ke arahnya.

“Lambat tidur, bang?” tegur Nadia.

Naufal melangkah ke arah Nadia dan kemudian dia turut sama duduk di atas sofa yang sama dengan adiknya itu.

“Tak boleh tidur. Lagipun esok kan tak ada kelas. Boleh skip baca buku sekejap malam ni. Asyik menghadap buku je. Otak pun boleh jam,” balas Naufal. Tangannya menarik remote controller dari tangan Nadia.

“Ada tengok cerita Korea membohong ni? Baik layan movie mat saleh kat HBO.”

Nadia tersengih. Ok apa cerita Korea. Hero dan heroin sama-sama comel. Malam ni tak ada cerita best pulak. Naufal khusyuk melayan movie manakala Nadia membiarkan fikirannya terbang melayang.
Sesekali tangannya menggosok matanya. Mengantuk!

“Nak tidur, pergi naik biliklah,” tegur Naufal. Bukan dia tak perasan beberapa kali adiknya itu menggosok matanya dan menguap. Nampak sangat diri tu dah mengantuk.

“Mana ada.” Elok je dia menghabiskan kata-katanya, mulutnya terbuka luas. Menguap lagi.

Naufal yang melihat perlakuan adiknya tertawa kecil. “Tu tak mengantuk lagi tu? Dahla, pergi naik bilik. Menguap tak sudah-sudah abang tengok.”

Nadia menggeleng. “Nanti kejaplah. Nak tengok tv sekejap lagi. Nanti Dia naiklah ke bilik.”

“Hah, tengoklah sangat! Dari tadi abang nampak Dia tak tengok pun?” tingkah Naufal. Tudung Nadia yang dipakai tak siap itu ditarik-tarik sedikit.

“Janganlah! Tertanggal nanti!” marah Nadia. Suka sangat main dengan tudung aku. Masalah betul.

Naufal ketawa tatkala melihatkan muka Nadia yang berkerut-kerut menahan marah. Comel! Suka sungguh dia melihat wajah adiknya itu. Tudung adiknya itu lagi satu perkara yang dia suka. Suka dia menarik tudung. Dia sukakannya.

“Nadia, kalau awak tidur sini, abang tak nak angkat bawa masuk bilik. abang biar je nanti kesejukan kat luar ni,” ugut Naufal. Nadia mencebik. Pandangannya dihalakan ke kaca televisyen. Bukannya dia nak tidur sini pun. Naufal tu yang bising sangat.

“Iyalah! Nanti dah nak tidur orang naik ke bilik,” rungutnya.

Jam dah menunjukkan ke angka 1 pagi. Naufal memandang Nadia disebelah. Patutlah senyap. Dah selamat terbang ke London! Dia tertawa kecil melihat Nadia yang tidur tersengguk-segguk. Tadi orang suruh naik bilik tak nak. Dengan lembut kepala Nadia diletakkan ke pangkuannya. Filem yang ditontonnya tadi masih belum tamat. Matanya sendiri sudah terasa pedih. Mengantuk! Tapi masih ditahan untuk menghabiskan jalan cerita yang ditonton.

Sudahnya dua-dua hanyut...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience