Bab 30

Drama Series 1071

Berita mengenai Najhan suka Syakir telah tersebar satu sekolah. Tetapi Najhan tidak cepat melenting dia tetap bertenang. Tak boleh nak mengelabah sangat.

Hari ini guru bimbingan dan kaunseling, Cikgu Ammar panggil Najhan untuk berjumpa dengannya. Dia perlu mengetahui mengenai hal yang tersebar. Sekiranya betul dia perlu betulkan semula pelajar itu.

"Cikgu." kata Najhan. Dia telan air liurnya. Dia tak salah tapi dia takut bila namanya dipanggil Cikgu Ammar. Cikgu Ammar boleh tahan garang juga.

"Tahu kenapa saya panggil?" soal Cikgu Ammar.

"Tahu cikgu." Najhan mengangguk.

"So macam mana? Betul?" soal Cikgu Ammar.

"Tak betul cikgu." balas Najhan.

"Yakin?" kata Cikgu Ammar.

"Ye. Lagipun cikgu.. Benda tu cuma salah faham. Budak-budak buat cerita." kata Najhan.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" soal Cikgu Ammar.

"Err.. Sebenarnya cikgu ada peminat kawan saya beri surat tu pada saya. Tapi ada orang ambil surat tu. Jadi saya kata saya tulis surat tu dengan alasan nak prank kawan saya sebab tak nak orang tahu sebab asal surat tu. Sebab yang tulis surat tu perempuan. Saya kesian. Dan sebab alasan tu orang tu tuduh saya macam-macam." jelas Najhan. Dia perlu selamatkan diri. Tetapi dia tetap menjaga rahsia.

"Jadi semua tu tak betul?" soal Cikgu Ammar. Cikgu Ammar faham sangat yang budak sekolah tidak lepas dengan kisah cinta monyet. Biasalah kirim-kirim surat.

"Ye cikgu. Salah faham je." kata Najhan.

"Hmm.. Lain kali jangan nak wujudkan cerita macam ni lagi." pesan Cikgu Ammar. Najhan mengangguk.

"Kamu boleh pergi rehat." kata Cikgu Ammar.

"Terima kasih. Minta maaf cikgu." kata Najhan. Cikgu Ammar mengangguk. Najhan pun keluar dari bilik bimbingan dan kaunseling.

"Fuhh. Nasib baik." kata Najhan.

Najhan menyanyi didalam hati dengan gembira sambil menuruni tangga. " Kau hanya perlu bertahan, apabila pihak lawan,
tertawakan kemampuan.. Mentaliti perlu kuat, kualiti kan jadi hebat, jangan kau patah semangat.. Dan jangan.. " (Kejayaan - Orkes A Hizadin.)

"Najhan." panggil Sofi. Kebetulan dia nak pergi bertugas. Najhan berhenti menyanyi.

"Sofi?" kata Najhan.

"Nak apa?" soal Najhan. Malasnya jumpa Sofi.

"Pasal berita tu.." kata Sofi. Dia teragak-agak. Dia rasa musykil apabila ada berita Najhan suka Syakir.

"Tak betul." kata Najhan. Najhan tahu berita itu telah tersebar.

"Tapi.." kata Sofi.

"Tapi apa? Kau nak tahu ke gay tak? Haish memang taklah." kata Najhan. Najhan normal dan dia suka pada perempuan bukan lelaki.

"Oh." Sofi mengangguk. Najhan ingin berlalu.

"Najhan." panggil Sofi.

"Apa lagi? Jap! Kalau kau nak confess baik jangan." kata Najhan.

"Hah? Mana ada." muka Sofi bertukar merah.
"Aku cuma nak minta maaf pasal sebelum ni." kata Sofi. Dia tahu sebab Najhan selalu dingin dengannya.

"Oh. Kau ingat lagi? Tapi takpelah hal dah lama." kata Najhan. Buatlah dia nak berdendam sangat.

"Oh okay. Thanks." Sofi pun berlalu pergi. Memang dia suka Najhan tapi awal-awal dah kena reject tadi. So baik dia lupakan.

Najhan tersenyum. Masalahnya yang dihadapinya sudah selesai. Dia pun sudah terangkan pada ibu bapanya. Maklum sahajalah bapanya ketua kampung. Ada je kaki report. Jadi dia ceritakan kepada ibu bapanya sama seperti dia ceritakan pada Cikgu Ammar terlebih dahulu. Sebab tu dia tenang jawab soalan Cikgu Ammar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience