Bab 27

Drama Series 1071

*Di kelas 5 Dahlia.

"Syakir aku ada berita gembira untuk kau." kata Najhan.

"Berita gembira? Apa dia?" soal Syakir.

"Tara." Najhan keluarkan surat.

"Surat hari tu yang hilang." kata Najhan. Syakir tersenyum. Najhan dah jumpa rupanya surat tu.

"Kau jumpa kat mana?" soal Syakir.

"Nuri. Dia yang jumpa. Nasib baik dia bagi aku." kata Najhan. Dia pandang Nuri. Nuri pandang Najhan dan Syakir. Tetapi alihkan pandangnya semula.

"Dia baca tak?" soal Syakir.

"Malang doh dia baca." kata Najhan.

"Hah?" Syakir terkejut.

"Tapi nasib baik dia kata dia baca sikit je. Lepas tu aku cakaplah surat tu aku yang tulis. Aku saja cakap aku nak prank kau. Kau tahu jelah kalau aku cerita semua nanti kecoh." kata Najhan.

"Oh.. Dia ada kata apa-apa tak?" soal Syakir.

"Tak. Tapi tuduh aku suka kau sebab aku tulis surat ni." kata Najhan.

"Apa? Kau suka Syakir?" Erni ambil surat ditangan Najhan.

Ahli kelas yang lain pandang Erni, Syakir dan Najhan.

"Weh Erni." kata Najhan. Syakir terkejut.

"Najhan, kau suka Syakir?" soal Erni. Dia baca isi surat tu.

"Erni bagi balik surat tu." kata Najhan. Apasal jadi macam ni pulak?

"Tak sangka. Najhan kau gay?" kata Erni.

"Ya Allah." kata hati Najhan.

"Gila kau." kata Najhan. Dia terus ambil surat tu. Tetapi malang surat itu terkoyak. Nuri turut terkejut.

"Koyak?" kata Syakir. Dia paling malang sebab tidak dapat baca surat tu.

"Saya suka awak. Nanti jumpa saya kat bendang tempat yang kita jumpa sebelum ni." Erni baca secebis surat yang masih ada ditangannya.

"Seriuslah Najhan?" Erni ketawa.

"Hei Erni." Najhan ambil surat tu dan dia koyakkan. Itu sahaja yang boleh menyelamatkan semua orang.

"Najhan." kata Syakir.

"Kau ni Erni. Menyibuk betul." marah Najhan. Dia terus keluar kelas. Nasib baik dah masuk waktu rehat.

"Erni kenapa kau buat macam tu?" soal Nuri.

"Aku gurau je." kata Erni. Dia rasa bersalah sedikit. Mereka pandang Syakir.

Syakir kutip surat yang Najhan koyakkan. Dia simpan surat itu dan berlalu mengikut Najhan.

"Najhan." panggil Syakir.

"Syakir aku minta maaf. Aku tak tahu nak buat apa tadi." kata Najhan.

"Aku faham. Tapi.." kata Syakir. Benda ni jadi rumit pula.

"Haih aku tak tahulah. Sekarang ni semua orang ingat aku gay. Aku suka kau. Ei. Gila betul." kata Najhan.

"Haish." kata Syakir. Tidak pasal-pasal hal macam ni pula timbul.

"Tapi nasib baik jugalah sebab dorang tak tahu yang sebenarnya surat tu Amal yang tulis." kata Najhan.

"Tulah. Aku tak sempat langsung baca surat tu." kata Syakir. Najhan rasa bersalah.

"Sorry Kir. Nanti aku explain benda ni pada Nadya dan Amal." kata Najhan.

"Ye kau kena bagitahu dorang." kata Syakir. Mereka pun ke kantin. Tetapi secara berasingan kerana takut berita mengenai Najhan suka Syakir telah tersebar. Nanti bila nampak dorang nampak Syakir dan Najhan bersama lagilah hangat berita tu.

"Najhan betul ke kau gay?" soal Ramzli dari kelas 5 Teratai.

"Kau top ke bottom?" soal Hanif pula. Dia ketawa bersama rakannya yang lain.

"Kepala hotak kau." kata Najhan.
"Aku straight lah setan." marah Najhan. Nampaknya berita itu sudah tersebar. Dan Najhan nampak marah betul. Dia terus berlalu pergi. Tak kuasa nak duduk dikantin.

"Haish." Najhan genggam tangannya. Kenapa jadi macam ni? Semua ni salah Erni. Menyibuk betul minah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience