Bab 22

Drama Series 1071

Orang ramai sedang menikmati juadah yang disediakan. Ada laksa Johor, bihun goreng, kuih muih dan pelbagai lagi. Semuanya nampak sedap sekali. Syakir dan Najhan pun mengambil pinggan bersedia untuk makan.

Tetapi tiba-tiba mereka terserempak pula dengan Amal dan Nadia. Lalu Najhan pun tegur mereka berdua.

"Hi korang." tegur Najhan kepada Nadia dan Amal. Mereka membalas dengan senyuman.

"Hi." balas Nadia.

"Nadia aku nak cakap sikit." kata Najhan.

Nadia mengangguk. Dia dan Najhan meninggalkan Syakir dan Amal untuk berbual sebentar. Ada sesuatu yang hendak Najhan sampaikan.

"Em.. Sorry pasal sebelum ni." kata Najhan. Entah mengapa dia terasa janggal pula hendak bercakap dengan Nadia.

"Aku pun." kata Nadia. Nadia pun terasa janggal juga. Sejak mereka bergaduh hari tu mereka rasa malu pula nak berbual. Padahal dulu okay sahaja.

"Nah." Najhan menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Nadia.

"Apa ni?" soal Nadia. Dia mengambil kotak tersebut. Dia lihat kotak tersebut tanpa membukanya.

"Keychain kau." kata Najhan.

"Oh.. Thanks weh. Tapi.. Asal letak dalam kotak?" soal Nadia. Pelik pula setahu dia keychain ni tiada kotak. Ini siap diikat dengan reben lagi. Macam hadiah hari jadi pula. Nak buka pun rasa sayang.

"Saje. Kau kata keychain tu pentingkan?" kata Najhan. Entah kenapa dia rasa nak letak keychain tu dalam kotak siap berbalut lagi.

"Ha'ah." Nadia tersenyum. Nasib baik Najhan pulangkan semula keychain kesayangannya ini. Najhan ni tak lah kejam sangat.

"Pergilah makan." kata Nadia. Najhan mengangguk.

.........

"Amal." panggil Syakir. Dia teragak-agak untuk berbual dengan Amal. Ini kali pertama dia bertentangan mata dengan Amal selepas dia meluahkan perasaannya.

"Ye?" balas Amal. Dia terasa janggal bila bersendirian dengan Syakir.

"Pasal.. Yang sebelum ni.." kata Syakir tak habis. Teragak-agak dia nak cakap. Dia pun malu.

"Syakir.. Boleh tak kita cakap pasal tu nanti? Insha Allah Amal bagitahu." kata Amal. Dia belum buat apa-apa keputusan lagi. Sekarang bukan masa yang sesuai.

"Okay." Syakir mengangguk faham. Dia tak nak paksa Amal.

Amal belum bersedia untuk memberi apa-apa jawapan. Sejujurnya Amal masih keliru dengan perasaannya sendiri. Dia mahu habiskan pelajarannya terlebih dahulu.

Lalu mereka pun makan. Bertambah mereka makan. Sedap betul masakan Mak Cik Ita. Mesti Nadia pun ada tolong. Apabila selesai Najhan dan Syakir pun meminta diri untuk pulang.

"Kami balik dulu mak cik." kata Najhan.

"Terima kasih mak cik." kata Syakir.

"Sama-sama. Najhan ucapkan terima kasih kat mak kamu untuk mak cik." kata Mak Cik Ita. Najhan mengangguk. Mereka pun berjalan pulang.

"So macam tadi? Jadi ke tak?" soal Najhan. Mereka bersembang sambil berjalan.

"Amal ke?" kata Syakir.

"Yelah. Siapa lagi?" balas Najhan.

"Belum lagi." kata Syakir. Dia mengeluh sikit.

"Takpelah bro. Nanti dia decide la tu." Najhan menepuk bahu Syakir. Syakir mengangguk.

"Kau dengan Nadia tadi? Ada apa-apa ke?" soal Syakir.

"Hah? Aku? Nadia?" Najhan ketawa. Dia tak balas apa-apa pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience