Bab 25

Drama Series 1071

Pusat Komuniti. Sebuah pusat yang menempat pelbagai fasiliti untuk orang kampung. Terdapat juga disediakan dewan kecil, gelanggang takraw dan lain lagi. Disitu juga menyediakan perkhimatan wifi secara percuma.

Ramai anak-anak kampung berkumpul disitu. Nadya dan Najhan juga berjumpa disitu. Nadya sudah mendapat tahu yang surat Amal telah hilang.

"Kau cuailah Najhan. Aku dah pesan kan?" kata Nadya. Dia rasa geram pada Najhan. Kalau dia tahu mesti dia terus bagi pada Syakir.

"Sorry Nadya bukan aku sengaja nak hilangkan surat tu. Kau nampakkan aku letak surat tu dalam poket. Tak tahu macam mana surat tu boleh tercicir." kata Najhan. Memang salah dia pun tetapi benda nak jadi dia tak boleh halang.

"Kau patut minta maaf kat Amal bukan aku." kata Nadya. Nak marah lebih-lebih kesian pula kat Najhan. Salah dia juga percayakan Najhan. Dia juga yang bagi surat itu pada Najhan.

"Ye aku tahu." kata Najhan. Dia mengangguk.

"Masalahnya sekarang mana surat tu?" soal Nadya.

"Aku dah cari dengan Syakir semalam tapi tak jumpa." jawab Najhan.

"So, Syakir pun dah tahulah?" soal Nadya.

"Tahu." balas Najhan.

"Hmm.. Kau ni." kata Nadya.

Najhan senyap. Dia tahu yang Nadya akan marah padanya. Semua yang jadi disebabkan kecuaiannya.

"Kau ada tanya siapa-siapa tak pasal surat tu?" soal Nadya. Manalah tahu ada orang yang lalu lalang disitu.

"Tak." Najhan menggeleng.
"Masa aku dengan Syakir kat situ takde siapa pun. Kosong. Jangan kata orang, sampah pun takde. Aku syak acik cleaner dah sapu." kata Najhan.

"Kau sure ke?" soal Nadya. Kalau mak cik cleaner yang sapu tidak mengapalah. Paling tidak pun surat itu sudah masuk ke dalam tong sampah.

"Tak sure." kata Najhan.

"Haish. Kalau cikgu jumpa macam mana?" soal Nadya.

"Hah? Err.. Takkanlah." kata Najhan.

"Manalah tahu. Tapi nasib baik tau Amal kata dia takde tulis nama dia. Dia just tulis awak, saya dengan nama Syakir kat depan surat." kata Nadya.

"Nasib baik. Tapi kalau kelab peminat Syakir jumpa parah juga." kata Najhan.

"Aduh menyampah betullah kelab tu." kata Nadya. Dulu Amal pernah kena 'serang' dengan kelab tu sebab blog 'Hidden Hint'. Mereka tidak suka apabila Syakir ada crush pada Amal.

"Eh Najhan yang pasal blog tu dah settle ke?" soal Nadya.

"Blog?" soal Najhan. Nadya mengangguk.

"Entahlah. Senyap je." kata Najhan.

"Hmm.. Takpelah aku nak balik. Nanti pandai-pandai kaulah cari surat tu balik. Kalau tak jumpa make sure orang lain pun tak jumpa." kata Nadya. Dia pun berlalu pergi.

"Hah??" balas Najhan sendirian. Mustahil betul kata-kata Nadya tu.

"Haish." Najhan mengeluh. Dia pun pulang ke rumahnya. Nak cari kat sekolah tidak boleh. Sekarang hari cuti hujung minggu. Minggu depanlah kalau nak cari pun. Tapi kalau cari pun tak guna sebab surat tu memang dah tidak ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience