Bab 1

Drama Series 1071

"Bangun.. selamat pagi cikgu." ucapan ketua kelas.

"Selamat pagi cikgu." Seluruh kelas 5 Dahlia bergema dengan ucapan selamat kepada Cikgu Azahari.

Cikgu Azahari merupakan cikgu Bahasa Melayu sekali gus merangkap guru kelas bagi kelas 5 Dahlia. Kelas yang sebelum ini riuh rendah menjadi sunyi dengan kehadiran Cikgu Azahari.

"Okay kelas, hari ni kita ada student baru." kata Cikgu Azahari.

"Siapa cikgu? Hehe lelaki ke perempuan?" soal Najhan yang juga merupakan ketua kelas tersebut.

"Tengoklah." balas Cikgu Azahari pendek.

Setiap pelajar didalam kelas 5 Dahlia setia menanti gerangan siapakah pelajar baru yang akan masuk ke kelas mereka. Hal ini kerana kelas hanya akan bermula selepas kedatangan pelajar baru tersebut.

Akhirnya penantian berakhir apabila terlihat sosok pemuda bergerak masuk ke dalam kelas mereka.

"Assalamualaikum.." bicara pelajar tersebut lantas masuk ke kelas.

"Ha.. Syakir masuk, kenalkan diri kamu." perintah Cikgu Azahari.

"Hi, nama saya Syakir Irshad. Boleh panggil Syakir." bermulalah sesi suai kenal Syakir dengan rakan sekelas barunya.

"Okay, Syakir kamu boleh pilih dimana sahaja tempat duduk kamu." kata-kata Cikgu Azahari menandakan tamatnya sesi suai kenal.

Syakir senyum dan bergerak ke belakang kelas dan duduk di meja paling hujung bersebelahan dengan tingkap. Diluar tingkap dengan jelas Syakir nampak padang bola agak luas saiznya. Dia tersenyum sendiri.

"Alright class. Keluarkan buku latihan semalam." bicara Cikgu Azahari untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sedang Cikgu Azahari sibuk memberi penerangan, tiba-tiba pintu kelas ditolak dengan kuat.

"Assalamualaikum.." terlihat sosok seorang gadis yang termegah-megah.

"Nuri lambat lagi hari ni? Alasan apa pulak hari ni?" Cikgu Azahari bicara dengan sedikit tegas. Langsung tidak mempamerkan senyuman.

Cuak Nuri dibuatnya. Kali ni sahaja dah masuk 5 kali dia lewat datang ke sekolah. 3 kali lewat masa kelas Matematik dan 2 kali lewat ke kelas Bahasa Melayu, kelas Cikgu Azahari.

"Sa..saya.." teketar-ketar Nuri memberi jawapan. Otaknya ligat berfikir, berkira-kira untuk memberi alasan.

"Takpelah masa rehat nanti jumpa saya dibilik guru." kata Cikgu Azahari.

"Alamak mati aku..." bicara Nuri didalam hati sambil tersenyum kelat. Kata-kata cikgunya itu hanya disambut dengan anggukan perlahan. Termati kata-kata ketika ini.

Dengan pantas Nuri bergerak menuju ke tempat duduknya. Baharu sahaja hendak duduk ditempat favourite nya. Langkahnya terhenti dek terlihat seorang pemuda telah pun duduk tempatnya.

"Ehem, Assalamualaikum.." kata Nuri dengan nada sedikit sinis. Pemuda tadi mengangkat mukanya. Alamak hensemnya mamat ni. Siapa pulak dia ni? Jantung Nuri berdegup laju.

"Yes?" soal Syakir. Terhenti seluruh lamunan Nuri yang seakan-akan hanyut dengan ketampanan pemuda dihadapannya ini.

"Excuse me, actually ni tempat saya." kata Nuri sambil menunjukkan contengan namanya yang tertulis dimeja tersebut. Selamba je dia buat harta kerajaan itu seperti dia yang punya.

"Oh yeke?" bicara Syakir sambil tersenyum menunjukkan baris gigi putihnya. Aduh tak boleh ni, boleh cair aku gara-gara mamat ni. Nuri berasa resah.

"Yelah!" balas Nuri kasar.

"Kesah?" balas Syakir dengan nada kasar. "Tak kesah la duduk jelah manapun sama je." bicara Syakir sambil mengangkat keningnya.

Malas berperang mulut dengan Syakir akhirnya Nuri berpindah tempat dia duduk bersebelahan Khaireen. Nasib baiklah hari ni Erni tak datang. Bolehlah dia duduk disebelah Khaireen.

Nuri sekali sekala menjeling kearah Syakir yang berjarak dua meja sahaja darinya. Terasa geram sungguh dengan mamat itu. Manakan tidak lelaki itu telah merampas tempat kepunyaannya. Dari awal tahun lagi dia duduk disitu. Ingin sahaja memaki hamun lelaki tersebut. Hmph! Dengan gaya coolnya itu ingat macho sangatlah tu. Nuri mengomel sendirian.

"Haish manalah aku nak duduk esok? Taknak lah aku duduk sebelah mamat poyo tu!" rungsing Nuri berfikir.

Didalam kelasnya hanya terdapat dua sahaja tempat kosong. Pertama bersebelahan Syakir, kedua bersebelahan dengan Fuad.

Fuad sememangnya digelar lelaki misteri dikelasnya. Jarang sekali dia melihat jejaka itu berbual dengan rakan sekelasnya yang lain. Sombong. Kebanyakan masanya dihabiskan dengan melukis sahaja. Entah apa lah yang dilukisnya pun tak tahu. Tak mesra alam betul. Dah la jarang senyum. Garang je muka tu. Amboi kali ni Nuri mengumpat Fuad pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience