Bab 28

Drama Series 1071

*Pondok ditepi sungai.

"Is anybody there? Can you hear me? I'm surrounded by devils in the face of old men you know what I'm talking about? I'm Alright, Too Great To Die, Baby it's Alright!.." Najhan menyanyi lagu kumpulan kegemarannya iaitu Oh Chentaku yang bertajuk Anugerah of The Year sementera menunggu rakannya sampai. Dia orang pertama yang sampai disitu.

"Najhan apa yang dah jadi ni? Betul ke kau gay? Tak sangka betul kau suka Syakir. Kau nak bersaing dengan Amal pulak ke ni?" tegur Nadya yang baru sampai. Najhan pandang Nadya.

"Kau gila ke? Aku straight. Tak teringin aku. Dosa besar tu kena laknat." kata Najhan. Dia tahu dosa pahala dan yang paling penting berita tu langsung tak betul.

"Habis tu?" soal Nadya.

"Erni. Dia yang buat cerita. Dia pergi baca surat tu." kata Najhan.

"Dia baca?" soal Amal. Amal pun ada disitu. Mereka datang bersama.

"Sorry Amal. Tapi aku dah koyak surat tu." kata Najhan.

"Kau koyak?" soal Nadya.

"Ye aku koyak sebab Erni rampas surat tu dari aku. Sebelum dia dapat baca semua aku terus koyak." kata Najhan.

"Ye. Aku pun tak sempat baca lagi." kata Syakir. Dia baru sahaja sampai. Nadya pandang Syakir tetapi dia pandang Najhan semula.

"Asal jadi macam ni?" soal Nadya.

"Aku tak tahu." kata Najhan.

"Mana kau jumpa surat tu?" soal Nadya.

"Nuri yang bagi. Dia jumpa." kata Najhan.

"Nuri?" soal Nadya.

"Jangan risau. Dia takkan bocorkan. Dia pun dah minta maaf pasal hal sebelum ni." kata Najhan.

"Hal apa?" soal Syakir. Dia pandang Najhan.

"Takdelah." kata Najhan. Dia dan Nadya saling berpandangan. Nadya mengangguk.

"Then sekarang ni macam mana?" soal Nadya.

"Err.. Entahlah tapi Amal selamat sebab aku mengaku aku yang tulis surat tu." kata Najhan.

"Asal kau mengaku kau tulis?" soal Nadya.

"Aku tak nak orang tahu surat tu dari Amal." kata Najhan.

"Terima kasih Najhan." ucap Amal.

"Sama-sama." kata Najhan.

"Tapi sebab kau cakap macam tu dia tuduh kau gay." kata Syakir.

"Tulah pasal." kata Najhan.
"Tapi takpelah sekurang-kurang rahsia yang lain tak terbongkar." kata Najhan.

"Tapi berita gay ni?" soal Nadya.

"Ha'ah." kata Syakir. Dia pun terlibat ni. Lebih tepat sekali mangsa keadaan.

"Nanti aku tahulah settlekan macam mana. Korang jangan risau. Aku tahulah nanti." kata Najhan.

"Syakir kau takde benda ke nak beritahu Amal?" soal Najhan.

"Hah? Err.." balas Syakir.

"Jom Nadya." ajak Najhan.

"Pergi mana?" soal Nadya.

"Jom jelah." kata Najhan.

Mereka pun berlalu pergi. Tinggalkan Syakir dan Amal. Mereka diberi peluang untuk bercakap.

"Amal.. Err.." kata Syakir. Amal memandang Syakir.

"Syakir minta maaf." ucap Syakir.

"Takpelah benda dah jadi." balas Amal. Dia pandang ke arah sungai.

"Betul ke?" soal Syakir.

"Apa yang betul?" soal Amal.

"Amal susuka Syakir." Syakir tergagap.

"Hah?" balas Amal. Dia jadi malu. Tetapi dia mengangguk.

"Ye?" soal Syakir. Dia tersenyum.

"Terima kasih Amal." kata Syakir. Amal mengangguk.

"Tapi kita habiskan sekolah dulu tau. Nanti baru kita ke next level." kata Syakir. Mereka SPM tahun ni. Nak bercinta tu boleh tapi biarlah habis sekolah dulu.

"Ye." kata Amal. Mereka pun tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience