Bab 26

Drama Series 1071

*Di sekolah.

Surat Amal yang sepatutnya Najhan beri kepada Syakir masih belum dijumpai. Najhan rasa amat bingung sekarang ni.

"Najhan." panggil Nuri.

"Nuri? Apa yang dia nak ni?" bisik hati Najhan. Ketika ini dia baru sahaja keluar dari bilik guru untuk menghantar kedatangan pelajar.

"Aku ada benda nak tanya ni. Kau ada hilang something tak?" soal Nuri.

"Hah?" balas Najhan. Dia tidak berapa nak faham. Nak tanya apa? Kenapa tak tanya kat kelas je? Dorangkan satu kelas je.

"Surat ni? Surat kau ke?" soal Nuri. Dia pegang sepucuk surat yang bersampul.

"What? Macam mana surat tu ada pada kau?" soal Najhan. Dia terkejut. Surat Amal tu. Surat yang dia cari selama ni.

"Aku jumpa. Masa tu aku perasan kau naik tangga. Then aku lalu tangga yang sama. Yelah nak pergi kelas. Jumpa surat ni." kata Nuri.

"Surat kau ke ni?" soal Nuri.

"Bak balik." kata Najhan tanpa berlenggah.

"So betullah ni surat kau?" soal Nuri.

"Ye surat aku bagi balik. Kenapa hari ni baru nak pulangkan?" kata Najhan. Dah berhari surat tu hilang rupanya Nuri yang ambil.

"Sorry. Tapi jap. Kau ke tulis surat ni?" soal Nuri.

"Alah minah ni menyibuk betul." bisik Najhan.

"Ye ye aku tulis." kata Najhan. Malas nak explain banyak-banyak.

"Kau suka Syakir?" soal Nuri.

"Hah?" balas Najhan. Gila ke Nuri ni? Ingat Najhan gay ke apa?

"Aku tak sengaja baca surat tu." kata Nuri.

"Kau baca surat tu?" Najhan rasa nak marah. Nuri ni menyibuk betul. Buat apa dia sibuk baca surat tu?

"Aku teringin nak tahu isi sampul surat tu. Mana tahu ada duit ke apa. Tapi tak semua pun. Aku ada terbaca part saya suka awak je." kata Nuri.

"Saya suka awak?" bisik Najhan. Maknanya Amal? Alhamdulillah. Amal pun suka Syakir. Najhan tersenyum. Dia gembira bagi pihak Syakir.

"Kau suka Syakir?" soal Nuri. Sebab Najhan kata tu surat dia. Lepastu dia tersenyum dan surat tu untuk Syakir, maknannya..

"Kau gila ke?" kata Najhan. Dia mula rasa serabut.

"Habis tu siapa yang tulis?" soal Nuri.

"Sibuklah dia ni." kata hati Najhan.

"Aku." kata Najhan. Dia perlu selamatkan nama baik Amal. Semua ni berpunca daripada dia. Apa yang dia mahu hanya surat itu. Lagipun bahaya sebab Nuri yang bocorkan rahsia Syakir sebelum ini. Dia yang bagi cerita pada blog 'Hidden Hint' tempoh hari.

"Kenapa kau tulis surat ni? Motif?" soal Nuri. Dia musykil.

"Saje." kata Najhan. Nuri mengecilkan matanya. Macam tak percaya je.

"Surat ni Amal yang tulis kan? Jadi betullah yang dorang suka sama suka?" soal Nuri.

"Taklah mana ada. Aku yang nak prank Syakir." kata Najhan. Itu saja yang dia boleh fikirkan.

"Prank?" soal Nuri.

"Ye. Prank. Saje nak kenakan." kata Najhan.

"Buat apa?" soal Nuri.

"Ada sebab ke orang buat prank?" soal Najhan.

"Err.. Tapi kalau kau tak prank pun Syakir memang selalu dapat surat kan?" balas Nuri. Syakir kan ramai peminat. Nuri sendiri pun peminat Syakir.

"Suka hati akulah. Dah bak balik." kata Najhan. Dia hulurkan tangannya. Nuri pun beri surat itu kepada Najhan. Kalau dia simpan pun nak buat apa?

"Tapi.. Aku ada benda nak cakap ni." kata Nuri.

"Apa?" soal Najhan.

"Pasal blog tu.. Aku nak minta maaf aku tak sengaja nak bocorkan rahsia Syakir." kata Nuri.

"Aku rasakan bagus juga kau bocorkan sekurang-kurang Syakir boleh jujur pada Amal. So okay je kot asalkan kau janji tak sumbang cerita kat blog tu lagi. Better kita move on je." kata Najhan.

"Yeke?" soal Nuri. Najhan mengangguk.

"Okay.." balas Nuri. Nampaknya selamanya dia hanya kekal sebagai ahli kelab peminat Syakir. Hati Syakir milik Amal. Nuri redha dan akan move on. Dia tidak mahu kerana seorang lelaki sikapnya berubah.

"Thanks." kata Najhan. Dia gembira dan terus berlalu ke kelasnya. Nuri juga begitu, dia ke tandas sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience