Bab 31

Drama Series 1071

"Najhan." tegur Nadya.

"Nadya." Najhan tersenyum.
"Ye?" kata Najhan.

"Nak ingatkan hari ni ada latihan. Kau tahu kan minggu ni last kita practise sebelum hari guru minggu depan." kata Nadya. Dalam kesibukan belajar mereka masih lagi membuat latihan.

"Ye tak ye. Okay-okay." kata Najhan. Nadya pun berlalu pergi. Dia tak nak hadap muka Najhan lama-lama. Dia jadi malu bila teringat tentang hal tempoh hari.

"Syakir hari ni ada latihan." kata Najhan. Dia jumpa Syakir dikantin sekolah. Berita pasal dia gay dan suka Syakir telah tamat. Jadi mereka berkawan seperti biasa.

"Okay." balas Syakir.

Petang itu, semua ahli kumpulan band sekolah hadir untuk membuat latihan. Mereka membuat membuat latihan dengan bersungguh-sungguh. Lagi pula persembahan ini khas untuk guru-guru disekolah.

"Good semua cikgu harap nanti you guys dapat buat yang terbaik. Ingat give all your best." pesan Cikgu Ann.

"Baik cikgu." balas Najhan dan rakannya yang lain.

"One more thing, jangan nervous just relax. Enjoy the performance." kata Cikgu Ann.

"Okay cikgu." kata Natasha.

"Fatin dan Syakir, kamu berdua vokalis untuk band ni. Make sure jaga suara kamu." pesan Cikgu Ann.

"Baik cikgu." balas Syakir dan Fatin.

Hari tu mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh. Apa yang mereka mahu adalah yang terbaik.

Kini tibalah hari guru. Seperti yang ditunggukan hari ini merupakan persembahan kali kedua daripada kumpulan band sekolah dihadapan semua pelajar dan guru. Kali pertama adalah semasa Pengetua mereka bersara dan digantikan dengan pengetua baru.

"Nervousnya." kata Natasha.

"Ye. Aku pun Tash." kata Daniel. Mereka lihat ada ramai pelajar. Mereka sedikit gementar dengan penerimaan mereka apabila melihat persembahan nanti.

"Relaxlah. Ingat pesan Cikgu Ann." kata Najhan.

"Ha'ah." kata Syakir.

"Kau tak nervous ke Syakir? Kau vokalis kot." kata Daniel.

"Ish kau ni nak takutkan Syakir ke apa?" kata Najhan.

"Takdelah aku tanya je." kata Daniel.

"Aku nervous. Tapi buat bodoh jelah." kata Syakir. Dia pernah juga menyanyi depan orang sebelum ini. Jadi dia tak nervous sangat.

"Oh.." balas Daniel.

"Dan sekarang persembahan yang dinanti semua. Persembahan daripada band sekolah yang akan mempersembahkan lagu 'Guruku' ciptaan khas daripada Cikgu Ann. Dipersilakan.." kata pengacara majlis.

"Good luck korang." kata Nadya.

"Okay." kata Najhan dan Natasha. Yang lain mengangguk.

"Good luck Amal." kata Nadya.

"Terima kasih." kata Amal.

Mereka pun keluar dari pentas. Mereka bersedia untuk membuat persembahan. Para pelajar menepuk tangan dan mereka pun membuat persembahan. Segalanya lancar dan ia merupakan persembahan yang terbaik.

Apabila mereka selesai membuat persembahan, mereka menerima tepukan yang gemuruh. Semua orang teruja dengan persembahan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience