Bab 23

Drama Series 1071

Hari Isnin. Hari ni Najhan dan Syakir datang ke sekolah bersama seperti biasa. Mereka juga bersama Kira dan Kila. Dah menjadi kebiasaan mereka berempat ke sekolah.

"Morning." tegur Najhan.

"Morning." kata Kira. Kila mengangguk.

"Morning." balas Syakir perlahan. Nampak monyok je mukanya.

"Asal kau ni pagi-pagi lagi dah lemau?" soal Najhan. Mereka berjalan dihadapan Kira dan Kila.

"Takde ah mana ada." kata Syakir.

"Kau still fikir pasal Amal ke?" soal Najhan.

"Shuh. Jangan sebut." kata Syakir.

"Asal?" soal Najhan. Dia mengangkat keningnya.

"Siapa Amal? Yang hari tu ke?" soal Kira, dia menghampiri mereka. Kira siku belakang Syakir. Syakir dan Najhan pandang Syakira.

"Hah? Amal pun tak kenal?" soal Najhan. Syakir dah buat muka. Rasa macam nak tumbuk si Najhan.

"Siapa?" soal Kira.

"Amal tu player bola sepak kat sekolah." kata Najhan. Syakir membulatkan matanya.

"Ye ke? Kelas mana? Tingkatan berapa? Kenapa cakap pasal dia?" soal Kira. Dia macam teruja pula.

"Jangan cakap abang Syakir suka dia.." kata Kira. Dia merenung Syakir.

"Hah?" kata Syakir.

"Ish akak." tegur Kila.

"Bukanlah. Dia sekolah lain. Dia permain terbaik kata sekolah dia." kata Najhan.

"So?" kata Kira.

"Dahlah. Dah lambat ni." kata Syakir. Mereka pun masuk ke dewan perhimpunan.

Usai perhimpunan mereka pun masuk ke dalam kelas.

Tok.. Tok.. Pintu kelas 5 Dahlia diketuk.

"Yes?" kata Najhan selaku ketua kelas.

"Ustazah korang tak datang. Jadi Ustaz Maliki suruh kelas korang gi bilik Pendidikan Islam sekarang." kata Nazri wakil kelas 5 Anggerik.

"Okay. Thanks." ucap Najhan. Nazri pun berlalu pergi.

"Korang dengar kan? Apa lagi gerak gi bilik Pendidikan Islam sekarang. Jangan lupa bawa buku." kata Najhan.

"Okay." kata Erni. Mereka semua pun ke bilik Pendidikan Islam.

"Gabung kelas ke weh?" soal Liana iaitu penolong ketua kelas 5 Dahlia kepada Najhan. Mereka lihat ada banyak kasut yang tersusun dirak.

"Yelah kot." kata Najhan.

"Kaulah masuk dulu." kata Liana.

"Yelah." kata Najhan.

"Assalamulaikum." ucap Najhan. Dia masuk dahulu diikut rakan sekelas yang lain. Mereka lihat ada pelajar kelas 5 Anggerik dibilik itu.

"Waalaikumsalam. Masuk-masuk. Duduk kat tempat yang kosong. Lelaki kat depan, yang perempuan dibelakang." kata Ustaz Maliki. Najhan dan lain mengangguk. Mereka pun duduk.

"Amal." Nadya cuit lengan Amal sambil tunjuk ke depan. Amal mengangguk.

"Untunglah dapat merasa satu kelas dengan ehem." kata Najhan.

"Diam ah." kata Syakir. Dia jadi malu.

Mereka pun fokus menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran. Sesekali Amal ada memandang Syakir yang duduk didepan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience