Bab 21

Drama Series 1071

*Ahad.

"Assalamualaikum, Syakir.." panggil Najhan. Dia dah berjanji dengan Syakir untuk sama-sama pergi ke rumah Nadia hari ni.

"Waalaikumsalam. Err Najhan kan? Kawan abang Syakir?" soal Syakira. Dia melihat Najhan yang memakai kurta berwarna biru. Macam handsome je.

"Ha ye. Syakir ada?" soal Najhan.

"Ada jap." Syakira masuk ke rumah semula.

"Woi abang. Tu kawan abang dah sampai. Ada kat luar." kata Syakira dari luar bilik Syakir.

"Ha yeye." kata Syakir.

Dia pun keluar dari biliknya. Dia berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam. Samping je dia tak pakai. Kalau tak tentu handsome macam orang nak kahwin.

"Thanks." kata Syakir kepada Syakira.

"Hmm." balas Syakira.

Syakir pun keluar rumah.

"Najhan." tegur Syakir.

Najhan mengangguk. "Amboi." tegur Najhan. Syakir tersengih.

"Jom." Najhan dan Syakir pun beriringan jalan ke rumah Nadia.

*Dirumah Nadia.

Mereka melihat selipar yang berselerak didepan pintu rumah Nadia.

"Err.." kata Najhan. Dia mengaru kepala.

"Masuk macam tu je ke? Weh, Najhan bagilah salam." kata Syakir.

"Assalamulaikum..." ujar Najhan.

"Waalaikumsalam. Oh Najhan.. Masuklah." kata Mak cik Ita, mak Nadia.

"Mak cik. Brownies yang mak cik order." kata Najhan dia menghulur satu plastik yang berisi Brownies yang dibuat mak Najhan.

Mak Najhan sememangnya buka tempahan membuat kek. Pelbagai kek yang mak Najhan buat. Semuanya sedap belaka. Mak cik Kasih itu panggilan kepada mak Najhan.

"Terima kasih. Berapa ye?" soal Mak cik Ita mengenai harga brownies yang ditempah.

"Takpe. Mak bagi je." kata Najhan.

"Betul ke? Alhamdulillah." kata Mak cik Ita.

Najhan mengangguk.

"Masuklah." kata Mak cik Ita kepada Najhan dan Syakir. Mereka pun masuk ke dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience