Bab 4

Drama Series 1071

*Seminggu berlalu.

Syakir kini mula selesa pindah disekolah barunya itu. Baginya sekolah dikampung sama sahaja dibandar. Bezanya disini tiada pusat membeli belah yang boleh dilepak sana sini.

Sungguhpun begitu Syakir sangat terpesona dengan keindahan kampung. Udaranya segar, nyaman sekali. Pokok-pokok menghijau dan juga sawah padi yang kekuningan menandakan padi sudah sedia untuk dituai. Berbeza sungguh dengan bandar yang serba sibuk.

Syakir hanya berjalan kaki ke sekolah. Hal ini kerana jarak ke sekolah hanya beberapa meter sahaja dari rumahnya. Syakir berpindah ke sini bersama keluarganya, papa, mama, Syakira dan Syakila yang merupakan adik perempuannya.

Syakir juga tinggal bersama Opahnya, Mak Esah. Lebih tepat lagi Syakir pindah ke rumah opahnya. Ibu bapanya mengambil keputusan untuk menjaga opah dikampung memandangkan opah pun sudah uzur. Keputusan itu juga dibuat selepas opah jatuh dibilik air.

Mereka bimbang akan tahap kesihatan opah. Seminggu opah berbaring selapas kejadian itu. Opah kelihatan sangat lemah memandang usianya pun sudah lanjut.

Bukan mereka tidak pernah mengajak Opah tinggal dibandar. Cuma Opah sahaja yang enggan menerima cadangan untuk duduk dibandar. Sebelum ini tidak sampai seminggu duduk dibandar Opah menyuruh anaknya Encik Arman menghantar dia ke kampung. Terasa lemas dibandar lama-lama kerana dia hanya terperap dirumah sahaja. Nak keluar takut tidak jumpa jalan pulang.

Oleh yang demikian bapa Syakir pun mengambil keputusan untuk menjaga Opah dikampung. Anak-anak serta isterinya hanya setuju dengan keputusan itu. Mereka juga bimbang dengan keaadaan Opah. Cuma sedikit rasa sedih meninggalkan bandar tercinta.

Kini Opah sudah pun beransur pulih. Kakinya yang terseliuh pun sudah baik. Terpancar sinar kegembiraan dimata Opah apabila anak, menantu serta cucu-cucunya berpindah dan tinggal bersamanya. Syukur alhamdulillah.

"Syakir!" Najhan menepuk bahu Syakir dari belakang. Terkejut beruk juga lah Syakir. Mujur tidak jatuh tersembam. Habis hilang lamunannya sebentar tadi.

Melihat Syakir yang agak terkejut cepat-capat Najhan meminta maaf. "Sorry Kir, aku tak sengaja kejutkan kau." kata Najhan sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

"Takdelah bro." Syakir mengiku perut Najhan. Melihat tindakan Syakir segera dia menjauhkan diri sambil ketawa.

"Macam mana best tak sekolah sini?" Najhan bertanya kepada Syakir.

Syakir tersenyum dan mengangguk.

"Baguslah." kata Najhan. Tidak sangka dia menjadi sahabat baik Syakir. Sangkaannya tentang budak bandar yang sombong serta cerewet meleset apabila dia melihat Syakir.

Mereka pun berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Dari kejauhan terlihat Sofi yang sedang berugas dipintu pagar sekolah.

"Awal datang sekolah?" Sofi memerli mereka. Maklum sajalah tinggal lagi beberapa minit loceng akan berbunyi.

Malas betul Najhan hendak berbicara dengan Sofi. Kenal pun tidak tahu memerli saja kerjanya. Najhan hanya memandang kosong manakala Syakir hanya berkata "Sorry." kepada Sofi.

"Sombong." bicara Sofi didalam hati tatkala melihat Najhan berlalu pergi masuk ke dalam kelasnya tanpa mempedulikan dirinya.

*Dikelas 5 Dahlia.

Syakir melabuhkan punggungnya dan duduk besebelahan Najhan. Tempat duduknya dulu menjadi milik Nuri semula. Syakir duduk disebelah Najhan apabila Razlan pindah sekolah. Setahunya Razlan pindah disebabkan bapanya telah bertukar tempat kerja.

Sejak dari hari tulah Najhan menjadi sahabatnya. Najhan lah yang mengajak Syakir duduk disitu.

"Engkau kenal ke pengawas tadi?" soal Syakir.

Najhan menoleh lalu berkata "Budak kerek tadi tu? Siapa je tak kenal? Kaki report." Muka Najhan masam mencuka.

"Kau benci dia?" tanya Syakir. Pelik melihatkan Najhan begitu tidak suka dengan Sofi.

"Bukan benci cuma tak suka." Najhan membalas sambil membuat muka. Entah apalah yang Sofi buat pada dirinya hingga membuat muka sebegitu.

"Sebab?" soal Syakir lagi.

"Si kaki report tu pernah report kata aku hidu gam kat belakang sekolah." balas Najhan. "Lepastu boleh pulak dia kata aku ponteng sekolah." tambah Najhan lagi.

"Betul ke kau buat semua tu?" Terkejut juga Syakir dengan tuduhan Sofi. Setahu dia Najhan seorang yang baik, ketua kelasnya lagi. Nakal tu biasalah. Tapi takkan sampai menghidu gam pulak?

"Memang tak lah. Aku tengah minum air bungkus kot masa tu." kata Najhan dengan rasa tidak puas hati.

"Lah." kata Syakir sambil menahan ketawa. "Yang kau minum belakang sekolah tu kenapa? Takde tempat lain apa?" Syakir masih terasa lucu.

"Haish. Kantin ramai orang. Serabut aku." jelas Najhan.

"Oh" bicara Syakir.

"Kau tahu aku kena marah dengan cikgu disiplin. Tak cukup dengan tu hampir je nak kena libas helmet bapa aku. Haish." geram pula bila teringat kejadian itu.

"Biar betul?" hampir terbeliak mata Syakir.

"Hmm.." malas Najhan untuk bercerita. Melihat Najhan seolah-olah tidak mahu meneruskan cerita Syakir hanya terdiam.

Ringgg.... loceng berbunyi tanda waktu kelas akan bermula. Kelihatan para pelajar berlari-lari anak masuk ke dalam kelas masing-masing. Syakir hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience