Bab 24

Drama Series 1071

Selesai kelas Pendidikan Islam para pelajar kelas 5 Anggerik dan 5 Dahlia kembali ke kelas masing-masing.

"Najhan." panggil Nadya. Najhan menoleh. Syakir sudah masuk ke kelas terlebih dahulu. Najhan pula membantu Ustaz Maliki sebentar. Tetapi sekarang dia mahu ke kelasnya.

"Apa?" soal Najhan. Dia pandang Nadya dengan penuh tanda tanya.

"Nah surat. Tolong pass kan kat Syakir." kata Nadya. Dia menghulurkan sepucuk surat.

"Surat? Siapa bagi ni?" soal Najhan. Dia lihat sahaja surat ditangan Nadya.

"Amal. Nah ambillah cepat. Make sure terus bagi pada Syakir. Amanah ni. Jangan sampai hilang sudah." kata Nadya.

"Oh Amal ke? Okay-okay." kata Najhan. Dia pun terus ambil surat itu dan masukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Thanks." ucap Najhan.

"Ye welcome." Nadya pun kembali ke kelasnya begitu juga dengan Najhan.

Najhan masuk ke kelasnya. Nasib baik cikgu belum masuk lagi.

"Asal lambat masuk kelas? Kau melencong ke mana?" soal Syakir.

"He.. Sebenarnya aku ada suprise untuk kau." kata Najhan sambil tersengih.

"Suprise apa? Birthday aku dah lepas tau." kata Syakir.

"Bukanlah. Ini suprise lagi best dari suprise birthday." kata Najhan.

"Apa benda kau merepek ni? Cakap jelah terus." kata Syakir. Dia pelik melihat sikap Najhan yang seperti itu.

"Okay jap eh." kata Najhan. Dia seluk kocek seluarnya.

"Eh?" Najhan jadi mengelabah. Dia keluar segala isi dikocek seluarnya.

"Alamak! Mampus aku." kata Najhan. Dia mula berpeluh.

"Asal kau ni?" soal Syakir. Pelik-pelik je si Najhan ni. Mengelabah semacam.

"Hilang weh." kata Najhan. Mukanya berubah.

"Apa yang hilang?" soal Syakir.

"Surat." kata Najhan. Niat dia nak beri kejutan pada Syakir. Tetapi dia yang terkejut ni. Kejutan ni sangat tidak baik. Habislah.

"Surat apa? Boleh tak straight foward je. Aku tak faham." minta Syakir.

"Tadi aku jumpa Nadya. Dia bagi aku surat. Dia kata surat tu Amal yang bagi. Dia suruh aku bagi pada kau. Tapi surat tu dah hilang." cerita Najhan.

"Apa?" Syakir terkejut.

"Kau letak mana surat tu?" soal Syakir. Surat daripada Amal tentu penting.

"Dalam poket." kata Najhan.

"Eih jom kita cari surat tu." ajak Syakir. Mereka pun keluar kelas dan kembali ke bilik Pendidikan Islam. Mereka cari disetiap langkah yang ada.

"Kau jumpa Nadya kat mana?" soal Syakir.

"Er.. Kat sana. Depan pasu bunga besar tu." Najhan tunjuk ke arah pasu besar ditepi tiang. Mereka pun berjalan dan mencari disitu.

"Jumpa tak?" soal Syakir.

"Tak." kata Najhan.

"Aduh macam mana ni?" soal hati Najhan. Dia risau. Takut-takut kalau ada yang ambil dan baca surat tu.

"Boleh kecoh nanti. Lagi-lagi kalau ahli kelab peminat Syakir yang jumpa. Harap-harap Amal tak mention nama sesiapa dalam tu." kata hati Najhan.

"Ish kau ni. Berangan pulak." Syakir teruskan mencari begitu juga Najhan. Setelah beberapa minit mereka berhenti mencari. Lantai disitu bersih tanpa ada sebarang surat, kertas mahupun sampah.

"Takdelah. Aku rasa ada orang ambil kot. Atau pun acik cleaner dah sapu.." kata Najhan. Kalau mak cik cleaner sapu tidak mengapalah. Tapi Najhan tetap rasa bersalah. Nadya sudah ingatkan dia tadi. Habislah nasib Najhan. Mesti kena marah dengan Nadya nanti.

"Kau sure ke?" soal Syakir. Najhan mengangkat bahunya.

"Susahlah macam ni. Haish. Takpelah kita masuk kelas dulu. Nanti kita try cari lagi." kata Syakir. Dia pun rungsing juga. Sudahlah dia tidak tahu Amal tulis apa. Tak sempat nak baca lagi. Tetapi kalau terus mencari pun tiada guna kerana surat tu pun tiada. Nanti tambah satu lagi masalah apabila mereka dicop sebagai pelajar ponteng kelas pula.

"Okay. Sorry tau Kir." Najhan rasa bersalah. Dia gosok belakang lehernya. Kenapalah dia cuai sangat.

"Hm.." balas Syakir. Nak marah pun benda dah jadi. Nak buat macam mana lagi? Mereka pun kembali ke kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience