‘’Awak cinta saya sebab apa? Bagi 10 sebab sekarang!’’
Hurmmmmmm…..
‘’Ia terlalu sukar untuk diungkap melalui kata-kata.
‘’Such a lame answer, most guys akan bagi jawapan selamat kan?’’
‘’Terserah, kamu mahu aku memberi sebab yang hanya membuatmu suka untuk mendengarnya atau jawapan tanpa sebab yang bagimu seperti tiada jawapan tetapi ia memenuhi segala apa yang kau perlukan dalam hati.?
**
“Ingat ya, dalam masa seminggu ni jangan ada yang pandai-pandai nak curi-curi balik atau nak tidur tempat lain. Mama tak kira . Korang kena tinggal dalam rumah ni je,” Marianna memberi arahan kepada kedua-dua anak muda di hadapannya itu.
Akif mendekati Marianna, tangannya cuba menarik tangan Marianna tetapi ditepis.
“Jangan nak mengada nak pujuk Mama. Mama tak peduli. Akif tinggal kat sini dengan Zana..”
“Tapi, Ma.. Mama pun tahu kan…”
Tiba-tiba Marianna menutup telinganya seraya menggeleng berkali-kali. “Ahh, Mama tak tahu. Mama tak boleh dengar apa-apa. Mama dah pekak tiba-tiba!” Gaya Marianna persis anak kecil itu nyaris membuatkan Syazana tergelak tetapi jegilan Akif mematikan niatnya. Akif menghantar isyarat kepada Syazana, menyuruhnya memujuk Marianna. Syazana yang mengerti isyarat itu mula mendekati Marianna dengan wajah manisnya.
“Ma.. Janganlah buat kitorang macam ni. Eh? Mama kan baik…” Syazana meleretkan nadanya untuk memujuk Marianna.
Jari telunjuk Marianna bergerak-gerak di depan Akif dan Syazana.
“Mama cakap tidak, tidaklah. Jangan nak mengada lawan cakap Mama eh. Tini! Tini!!” Akif dan Syazana sama-sama mengetap gigi mereka dek kelantangan Marianna. Terkocoh-kocoh Hartini yang merupakan setiausaha Marianna berlari mendapatkannya.
“Kunci mana?”tanya Marianna. Hartini pantas menyerahkan sebatang anak kunci kepada Marianna.
Anak kunci yang sudahpun bertukar tangan itu diletak di atas meja berdekatan dengannya.
“Kunci ni cuma ada satu je. Mama ada kunci spare tapi jangan harap Mama nak bagi korang. Jangan berani lawan cakap Mama eh. Mama pergi dulu, ada meeting lagi sejam. Korang berdua guna masa seminggu tu elok-elok!” Amaran diberi kepada kedua-duanya.
Akif dan Syazana sama-sama tertunduk. Mereka tahu mereka tak akan mungkin dapat melawan kata-kata Marianna. Tanpa sesi bersalaman dan berpelukan, Marianna berjalan keluar dari vila dua tingkat itu sementara Hartini terkial-kial mengekorinya.
Yakin Marianna sudah tiada lagi di situ, Syazana pandang Akif dengan perasaan sebal.
“Kau punya pasallah ni! Aku dah cakap, kita bercerai je elok-elok waktu kat York dulu tapi kau tak nak. Acah-acah nak consult Mama dulu la, takut kena saman kalau jatuhkan talak luar mahkamah la. Duit banyak tapi kedekut. Ni sekarang macam mana?” Syazana meletakkan kesalahan di bahu Akif.
Akif pantas membela dirinya di hadapan Syazana.
“Eh kau ingat aku nak sangat ke duduk dalam rumah ni dengan kau? Serabut tahu tak? Sama je serabut macam kita kat York sebelum ni!”
Tidak mahu mengalah, Syazana turut membalas.
“Kau punya serabut je kau fikir? Aku lagi serabut!”
“Ahh, aku lagi serabut dengan kaulah! Dahlah! Aku nak masuk bilik. Kau jangan mengada-ngada masuk bilik aku eh. Jauhkan diri kau daripada aku. Jangan terhegeh-hegeh nak dekat dengan aku pulak,” Akif memberi amaran kepada isterinya yang dikahwini sejak dua tahun yang lepas itu.
Syazana juihkan bibirnya.
“Aku terhegeh-hegeh kat kau? Memang taklah! Jangan berangan. Vila ni besar. Dua tingkat. Kalau kau kat atas, aku boleh stay kat bawah. Kalau kau kat dapur, aku duduk hall. Kalau kau kat swimming pool, aku boleh duduk dalam biliklah,” kata Syazana dengan angkuhnya.
Tiba-tiba Akif menepuk tangannya diiringi muka berlagak.
“Haa, baguslah.
Bagus. Deal eh. Alaa, seminggu je. Apalah sangat. Kalau kau boleh hadap muka aku dua tahun kat York, takkanlah seminggu ni kau tak boleh, kan? Sama-samalah kita bersabar ye. Dah, aku nak naik bilik. Jangan panggil aku,”
Sempat Akif memberi amarannya apabila dia sudah menaiki anak tangga. Syazana yang masih berdiri di ruang tamu hanya mencemih, langsung tidak berniat untuk membantu suaminya mengangkat bagasi miliknya naik ke atas.
Syazana pula menarik bagasinya ke bilik bawah lalu menghempas pintu dengan kuat, cukup untuk memeranjatkan Akif yang masih mengangkat bagasinya mendaki anak tangga.
“Haa baguslah. Hempas pintu tu kuat-kuat. Baran tu daripada dulu sampai sekarang tak hilang-hilang,” Omel Akif sendirian. Sempat dia menjeling pintu bilik Syazana yang sudahpun tertutup itu.
Share this novel