“I love you, abang. Terima kasih sebab tak lepaskan Zana setahun yang lepas.
Terima kasih sebab abang dengan mama tolong pulihkan hubungan Zana dengan mak.. Zana tak tahu macam mana nak balas semua kebaikan abang tapi Zana janji, Zana takkan tinggalkan abang..” kata Syazana panjang lebar sekaligus mengucapkan terima kasih dan rasa cintanya kepada Akif.
Kerana kesabaran Akif, mereka berdua masih lagi bergelar suami isteri.
Kalaulah Akif jenis yang berfikiran pendek sepertinya dan menjatuhkan talak, sudah pastinya dirinya akan kerugian kerana kehilangan suami sebaik Akif.
Akif membalas pelukan isterinya. Perasaan gembira dan terharu bercampur-baur di dalam dirinya setelah mengetahui Syazana menyukai dirinya dahulu sebelum memutuskan untuk mempergunakannya.
“Tak apa.. Abang tak salahkan Zana. Kan abang dah cakap, abang memang tak ada niat nak ceraikan Zana. Lagipun abang sayang Zana! Zana kena janji dengan abang, jangan cakap pasal cerai lagi. Nanti abang merajuk dengan Zana, baru padan muka Zana!”
“Zana janji..” kata Syazana bersama senyuman.
Akif melepaskan sebuah ciuman di dahi isterinya seraya mengucapkan “I love you too, sayang. Abang sayang Zana jugak..” Dan pelukan semakin dieratkan.
“Tapi kan…”
“Hm?”
“Tak apa ke kalau kita biarkan mak shopping dengan mama kat London tu? Tak habis ke duit mama nanti?” Tiba-tiba Syazana teringatkan ibu kandung dan ibu mertuanya yang turut ada di bumi England itu. Akif ketawa kecil sebelum dia menggeleng perlahan.
“Tapi mak tu kuat shopping jugak tau!” Syazana masih lagi menyuarakan kebimbangannya.
Sejak hubungan mereka anak-beranak kembali jernih, rajin pula Marianna dan Salamah berjumpa. Salamah rajin menjamu besannya dengan pelbagai makanan manakala Marianna pula rajin mengajak Salamah berjalan atau membeli-belah.
Setiap majlis yang dihadiri Marianna sudah pastinya ditemani Salamah dan begitu juga sebaliknya hinggakan kadang-kala Syazana tertanya sendiri, apakah yang menyebabkan mereka berdua rapat bagai belangkas.
“Entahlah. Mungkin mama tak ada kawan selain business partner dia so bila dia jumpa mak, dia rasa selesa? Haha entahlah. Abang pun tak tahu sebenarnya. Tapi biarlah. Asalkan mak dengan mama bahagia. Kita pun bahagia jugak..” kata Akif yang disambut dengan tawa Syazana.
Syazana memandang redup mata suaminya dan berjuta kesyukuran diucapkan kepada-Nya.
“I love you…” ucapnya untuk kesekian kalinya.
‘’I love you too for no reason, without reason. I love you as a whole person. You can’t define love to someone and explain to that person why you’re in love with them. Love is undefined, its one of those magical thing that Allah created to HIS servants.’’ Terang suaminya pula.
Dah sudah kenapa laki aku speaking London ni? Tapi ada benar juga katanya. Cinta itu adakalanya tak punya sebab, kerana jika ia bersebab maka akan ada expectations, dan bila ia tidak berjalan seperti yang kau mahu, akan ada frustrasi mengikut di belakangnya dan seterunya berlakulah kitaran krisis demi krisis baik kecil mahu besar yang akan menghimpitnya. Jadi, cintalah tanpa syarat, tanpa sebab dan tanpa ekspektasi.
Tamat
Share this novel