Setahun kemudian…
Pasangan itu berjalan berpimpinan tangan mengelilingi York City Centre itu.
Mereka merakam saat-saat manis mereka di situ menggunakan kamera Canon SX400 berwarna merah itu. Kemudian mereka menaiki bas menuju ke Heslington East, salah satu kampus di University of York. Mereka masih lagi melakukan aktiviti yang sama, berjalan sambil menangkap gambar satu sama lain. Tanpa perlu bertanya arah kepada orang lain, mereka menaiki bas untuk ke kampus satu lagi iaitu Heslington West.
“Ambik gambar itik tu. Ikon terbesar kat York ni!” kata Syazana disambut dengan tawa Akif. Akif menurut sahaja apa yang dikatakan isterinya itu.
“Jom pergi Roger Kirk Centre. Abang ada benda nak cerita kat Zana,” ajak Akif lalu tangannya menarik Syazana supaya mendekatinya. Mereka melewati blok Vanbrugh dan berjalan di atas jambatan menuju ke blok James pula. Di universiti ini, setiap bangunan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang berbumbung dan juga beberapa buah jambatan.
Sampai sahaja di Roger Kirk Centre, salah satu dewan makanan di universiti tersebut, Syazana dan Akif duduk di sebuah sofa. Syazana masih lagi kebingungan dan tertanya-tanya cerita apa yang mahu diceritakan Akif.
“Ingat tak kat sini selalu ada event Cultural Performances?” tanya Akif, mengingatkan Syazana kepada salah satu aktiviti yang dianjurkan hampir setiap tahun di universiti ini. Syazana angguk walaupun sejujurnya dia tak pernah menyertai sebarang aktiviti lantaran kesibukannya mencari duit.
“Sebenarnya abang sedar yang abang sayang Zana waktu abang attend event tu..”
“Eh?”
“A ah. Tak tahu kenapa malam tu abang rasa tak sedap hati. Kawan-kawan abang pun perasan. Diorang cakap abang nampak serba tak kena. Lepas tu abang asyik check handphone. Sepanjang malam abang tanya diri abang sendiri, kenapa abang tak enjoy malam tu? Bila balik rumah, nampak Zana pun baru balik kerja, barulah abang okay balik. Waktu tu la abang sedar yang abang dah start sayangkan Zana..” Akif bercerita ringkas tentang berputiknya cinta di hatinya untuk Syazana.
Jika diimbas semula, rasa-rasanya sejak malam itulah Akif mengehadkan aktiviti luarnya dan dia sengaja tidur lewat untuk menunggu Syazana pulang dari kerja. Dilihatnya Syazana sudah tersipu-sipu sendiri.
“Hm.. Kalau macam tu.. Nak tahu satu secret tak? Zana tak pernah share dengan sesiapa tau secret ni.. Abang kena janji takkan gelakkan Zana,” kata Syazana pula. Laju Akif mengangguk terutamanya selepas mendengar perkataan ‘rahsia’.
“Jom..” Syazana bangun lalu menghulur tangan kepada suaminya. Akif menyambut huluran tangan tersebut dengan senyuman lebar.
Pelajar-pelajar antarabangsa di University of York nampaknya semakin ramai berbanding waktu mereka belajar dahulu. Walau ke mana sahaja mereka pergi, pasti ada pelajar yang bukannya pelajar tempatan. Setakat ini pun mereka sudah terserempak dengan beberapa orang pelajar Melayu.
Sampai sahaja di The Quiet Place, mereka suami-isteri berdiri memandang satu sama lain. Seiring dengan namanya, kawasan itu sesuai untuk mereka yang mahukan kedamaian akibat suasana sepi di situ. Pokok-pokok yang tersusun cantik dihiasi dengan beberapa pokok bunga menambahkan lagi seri di kawasan itu.
“Sebenarnya.. Zana sukakan abang dulu..” Syazana membuat pengakuannya dengan pipi yang semakin merah. Akif angkat keningnya, meminta penjelasan lanjut.
“First Zana jumpa abang kat sini. Abang bentang tikar kat belakang pokok tu, lepas tu abang baring. Waktu tu Zana stress, jadi Zana datang sini tapi Zana nampak abang pulak.
Zana ingat lagi.. Abang pakai baju kemeja kotak-kotak, seluar jeans coklat, kasut hitam dengan headphone warna putih. Creepy, kan? Tapi Zana ingat.. Sebab waktu tu for the first time, Zana rasa lain bila pandang lelaki..” Syazana tersipu-sipu malu di hujung bicaranya.
“Tapi.. Kalau Zana suka abang…”
Syazana yang mengerti soalan Akif menarik nafasnya panjang sebelum dia menyambung ceritanya. “Lepas Zana nampak abang, Zana try cari info pasal abang. Sumpah, mula-mula perasaan Zana ikhlas. Tapi lepas Zana tahu abang anak orang kaya dan abang single, barulah Zana try approach abang. Waktu tu pulak mak tak habis-habis mintak duit jadi somehow Zana start ada niat jahat kat abang..”
“Tapi Zana cakap Zana tak ada plan nak kahwin dengan abang mula-mula? Zana cuma nak pergunakan abang je?”
“A ah. Mula-mula Zana cuma fikir nak cut down kos hidup Zana dengan share rumah dengan abang. Zana random fikir yang kalau kita duduk sekali, abang yang akan bayar groceries, sewa rumah pun abang bayar lebih sebab mama kaya.
Jadi Zana pun boleh simpan duit lebih sikit. Tapi bila tiba-tiba mama suruh kita kahwin…” kata-kata Syazana terputus apabila mengenangkan malam pernikahan dia dan Akif. Terasa bagai ditangkap basah pula. Ada sengihan tersungging di bibirnya.
Syazana mara mendekati Akif lalu memeluk tubuh suaminya dengan penuh kasih.
“Zana mintak maaf.. Sebab Zana approach abang untuk duit abang je. Tapi Zana tak tipu bila Zana cakap, Zana sukakan abang waktu Zana nampak abang kat sini. Mungkin lepas tu niat jahat datang tapi bila kita dah nak cerai, baru Zana sedar yang Zana sebenarnya cintakan abang. Ironi, kan? Orang lain bercinta bagai nak rak waktu memula kahwin. Zana pulak baru ada perasaan tu bila kita dah nak cerai..” ujar Syazana. Setiap kali dia teringatkan hubungan mereka berdua, setiap kali jualah perkataan ‘ironi’ muncul di fikirannya.
Untuk pasangan lain, cinta mereka mekar di awal perkahwinan sedangkan untuk Syazana pula, cintanya hanya bersulam di saat mereka mahu berpisah.
Share this novel