BAB 4

Humor Completed 9434

HARI INI merupakan hari keempat mereka suami-isteri ‘dikurung’ di vila dua tingkat itu. Akif dan Syazana sama-sama berbaring di atas sofa. Mujurlah ada set televisyen disediakan di rumah itu. Jika tidak, sudah pastinya mereka berdua akan kebosanan.

“Weh, dah hari keempat dah ni. Lagi tiga hari. Mama kau memang tak nak bagi kita keluar ke?”

Akif menggeleng perlahan. Dia menyerahkan iPhone miliknya kepada Syazana. “Kau bacalah mesej kitorang tu. Memang Mama sengaja. Aku mintak kunci rumah je pun dia tak bagi,” katanya sebal.

“Eh apa passcode kau?”

“Birthday kau..” jawab Akif bersahaja membuatkan Syazana terkedu. Apabila rancangan di TV tidak menarik minatnya, Akif menukar ke saluran lain.

“Weh, tak ada cerita best ke kat TV ni? Alaa, aku dah rindu cerita kat sana la weh..” Akif masih lagi mengomel sendirian tanpa menyedari reaksi Syazana.

Lambat-lambat Syazana menekan 1305. ‘Betullah.. Birthday aku..’ getus hatinya. Jarinya menekan iMessages dan selepas membaca mesej-mesej di antara Akif dan Marianna, dia melepaskan keluhan berat.

“Mama kau memang serius ni. Dia memang terbaik,” kata Syazana lemah.

Perut mula berbunyi minta diisi lantas Syazana berlari masuk ke biliknya untuk mengambil beg duit serta telefon bimbit miliknya.

“Aku nak order Pizza Hut la. Kau nak apa-apa ke?” Pertanyaan Syazana nyata membuatkan Akif bahagia. Dia duduk tegak, matanya bersinar memandang isterinya itu.

“Kau ada duit lagi ke? Bukannya dah beberapa hari ni kita order delivery pakai duit kau ke?” tanyanya tidak percaya.

Syazana menyengih memikirkan sikap Akif yang sambil lewa itu. Ternyata lelaki itu jenis yang menerima apa sahaja yang dihidangkan atau diberi, langsung tidak berfikir sebarang kemungkinan buruk yang akan terjadi. Di dalam akaun bank Malaysia milik Akif, tiada langsung sebarang duit. Yang ada hanyalah duit di akaun bank Lloyds, akaun bank di UK. Jika duitnya dipindahkan pun, ianya akan memakan masa selama seminggu.

“Kau ni memang tak ada fikir untuk future, eh? Lelaki jenis apa yang tak ada duit langsung dalam akaun bank dia?”

“Adalah! Dalam Lloyds!”

“Hm ye la. Macamlah duit pound kau tu boleh ganti duit Malaysia, kan?” sinis Syazana berjaya menutup mulut Akif.

“Duit aku tak adalah banyak mana, tapi bolehlah.. Sebab aku dah tutup akaun kat Lloyds kan, jadi duit tu aku dah transfer awal-awal ke CIMB. Nasib baik hari tu aku withdraw duit kat KLIA. Kalau tak, lagi sedih hidup kita ni tau!”

“Terima kasih Syazana. Kalau kau tak ada, entah apalah yang akan jadi kepada gentleman si Akif ni.. Aku nak yang sama macam semalam. Thanks!” kata Akif selamba lalu berjalan ke arah kolam renang. Bunyi air jelas kedengaran di telinga Syazana apabila suaminya itu melompat masuk ke dalam kolam renang itu.

Syazana mengerling sekilas, sempat bibirnya mengomel sementara jarinya mendail nombor servis Pizza Hut Delivery.

“Aku dah cakap dah, pakai baju kalau depan aku. Tapi degil, suka jugak tayang badan dia tu,” omelnya sendiri apabila Akif menanggalkan bajunya lalu dicampak ke luar kolam renang.

Usai menelefon dan memesan pizza, Syazana berbaring di atas sofa. Kali ini dia berbaring menghala ke kawasan kolam renang untuk melihat Akif. Beberapa hari ini, hatinya selalu sahaja memberi respon pelik apabila terpandangkan Akif. Syazana mengangkat tangannya lalu menyentuh bahagian dadanya.

“Aku sukakan dia balik ke?” tanyanya sendiri.

“Tapi kenapa tak daripada dua tahun yang lepas?” tanyanya lagi.

Jika dibandingkan saat ini dan di York, peluang untuk dia jatuh cinta kepada lelaki itu lebih besar. Mereka menyewa di sebuah rumah yang mana hanya ada satu bilik di dalamnya. Mereka turut berkongsi katil yang sama tetapi hingga beberapa hari yang lepas, tak pernah sekalipun Syazana merasakan apa-apa kepada suaminya.

“Zana, tolong ambikkan towel aku kat bilik jap,” pinta Akif. Syazana yang bimbang dirinya ketahuan memerhati suaminya terlompat dari sofa.

“Haa? Towel? Haa, jap..” Serba tidak kena Syazana dibuatnya apabila anak matanya dan anak mata Akif bersatu. Pantas dia membuang pandang ke tempat lain dan berlari naik ke tingkat atas. Syazana masuk ke dalam bilik Akif dan sebaik matanya terpandangkan tuala biru lelaki itu, Syazana panjangkan tangannya untuk mencapai tuala tersebut.

Baru beberapa langkah dia berjalan, langkah Syazana mati. Dia berundur ke belakang perlahan-lahan apabila ada sesuatu menarik perhatiannya. Lambat-lambat Syazana menoleh ke kirinya dan serta-merta hatinya terasa bagaikan dicarik.

Sebingkai gambar yang memaparkan gambar pernikahan mereka berdua terletak elok di meja sisi di bilik Akif. ‘Kenapa… Kenapa gambar tu ada dalam ada bilik Akif?’ Hati Syazana bertanya sendiri.

“Zana! Cepatlah!!” Laungan Akif dari tingkat bawah menyedarkan Syazana dari teka-teki hatinya. Syazana berjalan pantas menuruni anak tangga dan sewaktu dia menghampiri kolam renang, Syazana menghela nafasnya panjang.

“Hisy, suruh ambik towel pun lambat. Baklah sini,” pintanya kasar apabila Syazana masih lagi terpinga-pinga di tepi kolam renang. Mudah sahaja rasa terharu di hati Syazana terpadam sebaik mendengar nada kasar Akif.

“Dah mintak tolong orang lepas tu banyak cakap pulak. Aku tak bagi towel ni kang, kesejukan kau nanti,” ugut Syazana. Tanpa mempedulikan ugutan Syazana, Akif keluar dari kolam renang dan berjalan ke arah Syazana. Hanya tangannya yang bergerak-gerak di depan mata Syazana, tanda meminta tuala tersebut.

“Cakap dulu aku ni baik,”

“Baik? Kenapa pulak?”

“Eh dah beberapa hari ni aku je yang bayar makan untuk kita tau! Kau tak rasa ke aku ni baik?”

Akif mencemih mendengarkan perkataan ‘baik’ dan ‘bayar’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience