“Aku nak mandi. Kau pun nanti mandi jugak.. Adik dah masakkan untuk kita,” kata Akif.
“Reti pulak kau pakai bathrobe, kan?” sindir Syazana, cuba mengusir kesedihan daripada bermaharajalela di hatinya.
“Farhana ada, memanglah aku pakai. Ke kau nak aku tayang body cantik aku kat dia?”
“Tak payah nak mengada. Histeria adik aku nanti kang,” bidas Syazana selamba. Tawa Akif meledak. Langkah yang tadinya menuju ke pintu berubah arah. Akif menghampiri Syazana lalu memeluk tubuh isterinya untuk kesekian kali.
Akif berbisik ke telinga Syazana, “Don’t worry, sayang.. In shaa Allah, semuanya okay je.. Jangan risau ye..” Dan sehabis bicaranya itu, Akif melangkah keluar dari bilik meninggalkan Syazana terkedu sendiri.
Air mata Syazana bergenang. Masihkah ada sayang di dalam hati Akif untuknya walaupun selepas dia menyaksikan sendiri betapa jahatnya seorang Syazana?
*****
KIRA-KIRA 20 beg pelbagai warna dan isi diletak di atas lantai. Salamah terpegun melihat jumlah beg sebanyak itu di depan matanya. Lima beg lagi diserahkan sendiri kepada Salamah, terkial-kial Salamah menerimanya.
“Dah habis ke?” tanya Marianna kepada Hartini.
Setiausahanya mengangguk.
“Dah. Yang saya bagi personally kat Puan Salamah tu, barang kemas dia.. Beg-beg lain ni semua baju dengan accessories..” kata Hartini disudahi dengan senyuman.
Salamah masih lagi terpinga-pinga melihatkan semua beg-beg itu. Meski dirinya tidaklah sekaya mana, Salamah tahu beberapa jenama mahal. Dipandangnya beg Victoria Secret, Jimmy Choo dan beberapa jenama lain.
“Mak mesti suka, kan?” tanya Farhana riang. Terdetik rasa bangga di hatinya kerana beberapa barangan yang diterima Salamah itu dipilihnya sendiri.
Hilang senyuman di wajah Salamah selepas mendengar suara Farhana, apalagi selepas melihat Syazana yang masih berdiri kaku di sisi Akif.
“Ni korang buat apa kat rumah aku ni? Kau ni siapa pulak?” soal Salamah acuh tak acuh. Dipandangnya Marianna dari atas ke bawah dan tahulah dia wanita itu dari golongan berada. Apa perempuan kaya sepertinya buat di sini?
Marianna senyum, cermin mata hitam yang dipakainya dibuka. Dia mara menghampiri Salamah lalu tangannya menarik lembut tangan Salamah.
“Hi, besan..” katanya ditemani kenyitan mata.
Salamah terkesima dengan perbuatan Marianna itu, pantas dia menarik semula tangannya. Dia pandang Syazana pula, hatinya berapi tiba-tiba.
“Bukannya aku dah halau kau daripada rumah ni ke? Kenapa kau muncul balik? Patutlah berlagak dengan aku.. Rupa-rupanya dapat mertua kaya. Duit yang kau dapat selama ni, dia ni yang bagi ke?!” tanyanya penuh amarah kepada Syazana.
Anak sulungnya itu pamer muka bersahaja. Dilihatnya Syazana menarik tangan Akif untuk mengajaknya pergi tetapi menantunya itu berkeras di tempatnya.
“Dia kan mak kau.. Sampai bila kau nak masam muka dengan mak sendiri?” tanya Akif lembut.
Entah drama apa yang ditayang di depannya saat ini, Salamah tidak tahu. Apa yang ada di fikirannya hanyalah menghalau mereka keluar.
“Dah dah! Korang semua berambus daripada rumah ni. Jangan datang sini lagi. Bawak semua beg-beg ni. Aku bukannya peminta sedekah. Keluar! Keluar!!”
“Hisy, bisinglah kau ni, Lamah!” Marianna tiba-tiba bersuara apabila besannya itu meninggikan suara. Mata Salamah membulat saat mendengarkan gelaran yang diberi Marianna.
“Lamah? Sesuka hati kau je panggil aku Lamah!”
“Alaa, kalau bukan Lamah nak panggil apa? Okay, macam ni. Nama aku Marianna. Kalau kau nak panggil aku Mary ke, Mary Anne ke.. Ataupun Anna pun aku tak kisah. Alaa, janganlah marah-marah.. Kita ni kan besan..” kata Marianna bersahaja. Dia memegang tangan Salamah lagi dan tanpa sempat Salamah menepis, dirinya sudah ditarik ke sofa.
“Duduk duduk..” Marianna pula yang mempelawa Salamah duduk sedangkan ini ialah rumah Salamah. Syazana pandang Akif yang mula tersenyum nakal tetapi Akif hanya meletak jari telunjuknya di bibir.
“Mama memang macam tu.. Tengok je dia pujuk mak kau macam mana..” bisiknya ke telinga Syazana.
“Kita kan tak pernah jumpa selama ni.. Ni first time kita jumpa, kau janganlah bad mood macam ni..” Marianna memulakan perbualannya dengan besan yang baru ditemui untuk kali pertama.
Selepas mendengar cerita Akif tentang perbalahan dua beranak itu, Marianna sendiri tampil untuk menjadi perantara bagi memulihkan hubungan mereka berdua. Selepas sahaja menerima panggilan dari Akif bahawa Syazana sudah sedar, dia menyuruh mereka suami-isteri dan Farhana bersiap-siap untuk ke rumah Salamah. Pada awalnya Syazana menolak tetapi selepas Marianna berkeras dan keluarkan suara petirnya, Syazana terpaksa mengalah. Sebelum mereka ke rumah Salamah, sempat Marianna singgah di beberapa buah butik dan juga pusat membeli-belah.
“Macam ni.. Aku tahu kau marahkan Zana tapi janganlah marah dia sangat.. Aku pun ada anak. Cuba kau tengok Akif ni. Apa yang kau fikir pasal dia?”
“Entah. Nampak macam baik je..” jawab Salamah tanpa mengetahui apa sebenarnya yang sedang dilakukan Marianna itu.
Share this novel