Akif pandang wajah Syazana dengan teliti. Daripada dahi, matanya jatuh kepada kening, bulu mata, mata dan seterusnya bahagian wajah Syazana yang lain. Dia seolah tenggelam dalam dunianya sendiri dan tanpa disedari bibir Akif mengulum senyum.
“Dah 3 minit ke belum? Tapi macam dah boleh makan je.. Makan je la,” suara Syazana menyedarkan Akif pantas dia membuang pandang ke tempat lain. Mujurlah Syazana membawa pulang alat tulisnya maka mereka mempunyai sebilah gunting untuk digunakan. Harapkan Akif? Seingat Syazana, bagasi Akif dipenuhi baju-baju dan barangan penjagaan tubuh miliknya sahaja. Dasar lelaki metroseksual.
“Aku dah check pintu rumah tadi. Mama tipu kita. Yang dia bagi tu bukannya kunci rumah,” kata Akif dalam nada mendatar. Syazana yang baru menyuap mi ke mulutnya lantas meluahkan semula isinya sekaligus membuat Akif kegelian sendiri. “Ew, pengotorlah kau ni!”
“Weh, seriuslah? Kenapa Mama kau buat kita macam ni weh? Kenapa dia yang emotional kalau kita nak cerai pun? Bukannya dia tak tahu yang kita pun bukannya kahwin sebab cinta. Kita kahwin pun sebab nak halalkan hubungan kita duduk serumah kat York dulu,” ujar Syazana mulai bengang dengan tindakan ibu mertuanya itu. Sudahlah dia meninggalkan mereka berdua di rumah yang serba tidak sempurna ini, kunci yang diberi pula bukan kunci rumah. Tiba-tiba Syazana teringatkan sesuatu dan lantas mulutnya bertanya kepada Akif.
“Eh Akif. Parents kau bercerai eh?”
“Mana kau tahu?”
“Tadi dalam kereta.. Kau ada cakaplah..” ujar Syazana menyedarkan Akif tentang ketelanjurannya berbicara.
Akif terdiam sejenak sebelum dia angguk perlahan. Barulah Syazana mengerti kini. Sudah dua tahun dia dan Akif bernikah dan sepanjang pernikahannya itu, hanya Marianna yang rajin melawatnya di York. Dia pernah bertanya tentang ayah Akif tetapi Marianna bijak mengelak dengan menukar topik perbualan.
‘Oh.. Mungkin Mama buat macam ni sebab dia tak nak kitorang pulak yang bercerai..’ Syazana membuat kesimpulannya sendiri. Mata Akif yang sayu meyakinkan Syazana yang lelaki itu masih terkesan dengan perceraian kedua-dua ibu bapanya.
“Okay. Since Mama kau buat macam ni, kita tak boleh nak elak pun. Jom set rules untuk kita berdua,” ujar Syazana dalam nada sedikit ceria. Walaupun dia tidak mengasihi Akif tetapi dia masih seorang manusia. Mustahil dia akan biarkan Akif tenggelam dalam kesedihannya.
“Rules?” tanya Akif dengan dahinya yang berkerut. Anggukan Syazana membuatkan kening Akif terangkat.
“Iyalah. Kita tak boleh keluar sebab kunci tak ada…”
“Eh siapa cakap? Aku boleh je keluar rumah. Kau stay kat rumahlah, kunci pintu dari dalam,” tukas Akif bersahaja. Sememangnya dia mempunyai niat untuk keluar berjalan. Mustahil dia akan terkurung di dalam vila ini seperti seekor burung di sangkar emas.
Syazana gigit bibir bawahnya geram. Garfu plastik di tangannya diangkat lalu diunjuk di depan Akif.
“Kau punya selfish memang tak habis-habis, kan? Aku pun nak keluar jugaklah! Kaulah stay rumah!”
“Ahh, ni rumah Mama aku. Suka hati akulah!”
“Haa baguslah. Kalau kau keluar, aku keluar je la. Kalau Mama marah, biarlah kena marah sama-sama. Kalau rumah ni kena rompak pun, kaulah yang rugi. Aku memang tak ada apa-apa, I have nothing to lose,” kata Syazana selamba sekaligus membangkitkan rasa bengang Akif.
Dia sedar apa yang dikatakan Syazana itu benar. Sudahnya mereka berdua tidak dapat membuat sebarang kata putus berkaitan siapa yang harus tinggal di rumah memandangkan kedua-duanya tidak mahu mengalah.
Suasana sepi seminit sebelum Syazana tiba-tiba bersuara, “Kau. Kalau nak mandi, bagitau aku dulu. Lepas mandi, pakai bathrobe. Mana perginya bathrobe kau waktu kita kat York dulu? Pakailah. Jangan jalan half-naked dalam rumah ni,” ujar Syazana. Dalam tegasnya, suara Syazana sedikit bergetar apabila teringatkan tubuh Akif sebentar tadi.
“Kat York tu memanglah kena pakai bathrobe lepas mandi weh. Sana sejuk kot, lagi-lagi winter. Ini Malaysia. Panas. Memanglah aku pakai towel je,” Akif membela dirinya sendiri di depan Syazana.
Muncul niatnya untuk mengusik Syazana lantas dia dekatkan mukanya ke muka Syazana seraya berkata, “Kau turn on tengok body aku tadi eh? Tapi nak buat macam mana, body aku memang cantik. Siapa yang tengok memang confirm tergoda!” ujar Akif seraya tangannya mula menarik t-shirt yang dipakai ke atas.
“Kau.. Kau.. Kau nak buat apa tu?” Tergagap-gagap Syazana dibuatnya apabila t-shirt yang dipakai Akif berada di paras dadanya.
“Nak tunjuk kat kau la. Kau kan suka tengok, kan? Tengoklah lagi,” kata Akif mengusik, sengaja pula dia berdiri lalu mendekati Syazana. Hampir terhambur tawa Syazana namun dalam masa yang sama dia terasa cuak. Dia pantas berdiri lalu melarikan diri daripada Akif tetapi lelaki itu masih galak mengusik.
“Akif! Kau jangan nak mengada-ngada eh! Weh, Ya Allah.. Tak payahlah. Akif!”
“Hahaha, kau lari buat apa? Tengoklah!”
Dan ruang rumah itu dihiasi dengan gelak tawa mereka.
Share this novel