“Sepanjang akak belajar kat York, tak sekalipun akak balik Malaysia sebab nak jimat duit. Bulan puasa dengan raya pun akak tak balik. Adik ada terserempak dengan seorang kawan akak. Diorang sama-sama belajar kat sekolah rendah lepas tu jumpa lagi kat York. Kawan akak tu cakap, dia jealous dengan akak. Even kerja jadi cleaner kat hotel waktu pagi, jadi cashier waktu malam pun, result akak tetap bagus. Duit-duit tu la yang kitorang guna, lagi-lagi mak. Tak habis-habis dengan MLM, skim cepat kaya semua tu.. Kesian akak.. Duit kerja dia kumpul penat-penat, hilang macam tu je kat kitorang berdua..”
Akif tewas dengan perasaannya sendiri apabila membayangkan betapa cekalnya hati seorang Syazana. Dalam masa yang sama dia turut rasa bersalah kerana tidak pernah sekalipun dia terniat untuk membawa isterinya pulang ke Malaysia. Dibiarkan sahaja isterinya itu seorang diri di York sedangkan dia berbahagia menyambut Ramadan dan Syawal di Malaysia.
“Tapi.. Bila akak call mak bagitau yang dia nak kahwin.. Adik happy sangat. Adik harap akak happy dengan suami dia. Adik cakap kat dia, tak payah kirim duit lagi. Adik dah besar tapi dia tetap kirim jugak. Abang boleh janji tak? Tolong bahagiakan akak.. Jangan susahkan dia lagi. Cukuplah kitorang satu family susahkan dia. Kalau ada at least seorang pun untuk teman akak, ada kat sisi dia pun dah cukup…” Dan permintaan Farhana diakhiri dengan tangisannya sendiri.
*****
SYAZANA membuka matanya perlahan-lahan dan sebaik sahaja wajah Akif memenuhi ruangan matanya, mata Syazana terbuntang besar.
“Ak.. Akif.. Bangunlah..” Syazana cuba menolak tubuh Akif yang sedang memeluknya.
“Hmm…” Lain yang disuruh, lain pula yang dibuat. Akif semakin mengeratkan pelukannya.
“Akif! Bangunlah!”
“Hm.. Good morning..” ucap suaminya sebelum melepaskan sebuah ciuman di pipi Syazana. Mulalah Syazana hilang sabar lantas dia mengumpul kekuatannya untuk menolak Akif.
“Tak payah nak good morning sangat. Bangunlah! Hisy, dia ni!” omel Syazana sebaik pelukan terlerai. Dia melompat turun dari katil lalu mencari telefon bimbitnya. Sebaik matanya terpandangkan iPhone Akif di atas meja sisi, Syazana mencapai iPhone tersebut. Terbeliak matanya apabila terpandangkan dua perkara – Pertama, skrin kunci iPhone itu ialah gambarnya sewaktu kecil dan kedua, tarikh! Jika tidak salah kiraannya, tarikh yang terpampang itu menandakan hari ini hari ke-7 mereka dikurung!
“Comel kan lock screen tu?” tanya Akif yang sudahpun berdiri di sisinya. Tak sempat Syazana mahu membetah, Akif memeluk isterinya dari belakang.
“Kau ni kecik-kecik dah comel. Patutlah dah besar cantik..” puji Akif ikhlas. Jutaan terima kasih diberikan kepada adik iparnya yang membawa album gambar mereka sekeluarga.
“Akif..” Syazana cuba untuk meleraikan pelukan Akif tetapi tidak berjaya.
“Betul ke date ni?”
“A ah. Betullah. Kau terkejut ke? Tu la, semalam seharian kau tak sedar tau! Aku dengan Farhana dah cuak, risau apa-apa jadi kat kau. Aku call mama suruh bawak doktor datang check kau, doktor cakap tak ada apa-apa..”
“Maksudnya hari ni hari ketujuh, kan? Hari ni…”
“Kau ingat tak bila kau tanya pasal parents aku cerai?” Akif memotong bicara Syazana. Lambat-lambat isterinya mengangguk dan Akif mula membuka cerita.
“Sebenarnya.. Diorang kahwin sebab parents diorang suruh. Marriage diorang more to business matter sebenarnya. Diorang cerai waktu aku habis secondary school..”
“Oh..” Hanya itu yang terluah dari bibir Syazana. Sungguh, dia tidak tahu bagaimana caranya untuk memberi respon kepada cerita Akif itu.
Pelukan Akif dieratkan lagi, jemarinya menggenggam jemari Syazana yang tidak pula menolak atau membantah.
“Sepanjang malam aku temankan kau tidur, aku terfikir sendiri. Marriage kita ni sama macam parents aku ke? Sejarah tengah berulang balik ke? Ataupun sebenarnya ada happy ending untuk cerita kita?”
Sehari suntuk Akif habiskan dengan memikirkan nasib hidupnya ini. Dalam masa yang sama, dia turut memikirkan perihal Syazana. Mungkin benar Syazana bersikap biadap terhadap Salamah malam itu tetapi Syazana juga seorang manusia yang mempunyai had kesabaran. Akif yakin, Syazana sendiri rasa bersalah di atas ketelanjurannya itu.
Mungkin juga niat asal Syazana ialah untuk menggunakan Akif dari segi wang memandangkan Syazana memerlukan banyak wang untuk diberi kepada Salamah dan Farhana. Tetapi kemungkinan besar niat Syazana terhadapnya sekarang ialah suci. Akif teringatkan perbualannya dengan Marianna semalam, selepas dia menceritakan segala-galanya kepada ibunya itu.
Kata Marianna, “Mungkin mula-mula niat dia tak elok tapi lepas dia kenal siapa Akif, mustahil rasa sayang tu tak ada. Mama kenal anak mama. Siapa yang kenal Akif confirm sayangkan Akif.. Akif tahu tak kenapa mama berkeras nak korang kahwin malam tu? Sebab mama nampak keikhlasan kat mata dia. Mama tahu, she is the one for you. It’s not about apa yang dia nak buat. It’s more to apa yang dia dah buat dan apa yang dia buat kita rasa..”
Selepas perbualannya dengan Marianna, Akif semakin yakin dengan kata hatinya.
“Aku cuma nak tahu satu je.. Waktu mula-mula kau approach aku, kau memang berniat nak kahwin dengan aku ke?”
Pantas Syazana menggeleng. Itu bukanlah niatnya sama sekali.
“Okay, aku nak tahu tu je..” Dan semerta pelukan Akif terlerai. Dia mencapai tuala dan jubah mandinya.
Share this novel