BAB 12

Humor Completed 9434

“Aku tahu niat kau baik bila kau join MLM tu semua. Sebab kau nak dapatkan duit, sebab kau nak anak-anak kau happy.. Tapi sayang, kau tersalah.. Anak-anak kau sebenarnya lebih perlukan kau. Aku yakin, kalau korang hidup macam ni sampai bila-bila pun, anak-anak kau takkan salahkan kau. Diorang sayang kau, Lamah.. Kita ni ego melampau. Tak pernah cakap sayang tapi hati tu, Allah je yang tahu..” Marianna berkata lagi sekaligus memberi penjelasan mengapa Salamah begitu taksub dengan aktiviti tidak berfaedah itu.

Pada Salamah, itulah cara termudah untuk dia dapatkan duit demi mengubah nasib mereka anak-beranak. Benar kata Marianna. Meski mulutnya selalu marah-marah, hatinya selalu menyayangi dan mengingati kedua-dua anaknya itu.

“Zana tidur, tak terjaga langsung dua malam sejak korang bergaduh besar kelmarin. Orang kata, tidur je satu-satunya cara untuk lari daripada realiti.

Aku yakin, Zana betul-betul rasa bersalah kat kau.. Kau maafkan dia, eh?” ujar Marianna.

Mata Syazana dan Salamah bersatu, serta-merta hati Salamah rasa bagai dicarik. Itulah wajah yang dirinduinya selama ini tetapi dek ego dan baran masing-masing, dibiarkan sahaja rasa rindu itu.

“Okay.. Dahlah, tersedih pulak mood kita ni,” kata Marianna sambil mengesat air matanya.

“Ni.. Kitorang belikan semua ni untuk kau. Beg-beg yang tadi Tini bagi kat kau tu semuanya jewelleries. Kau tak payahlah beli lagi daripada Kamisah tu. Tu rantai tiruan. Ni rantai emas betul. Kalau kau tak suka, nanti kita pergi beli lagi. Aku temankan kau. Kita jadi shopping buddies mulai sekarang. Okay?”

“Haa?”

Farhana segera mencapai satu beg kertas lalu diserahkan kepada Salamah.

“Mak, tadi adik pilihkan baju ni untuk mak. Mak suka tak?” Dalam pada Salamah masih terkial-kial, Farhana dan Marianna menyerahkan beg lain pula kepadanya.

“Mak, dalam ni ada handbag. Abang Akif yang pilihkan. Mesti lawa kalau mak pakai..” kata Farhana sambil menyerahkan beg berjenama Chanel kepada ibunya.

“Eh, Lamah! Ni bukan rasuah tau. Ni lebih pada hadiah kitorang untuk kau..”

“Hadiah? Untuk apa?”

“Hm.. Sebagai tanda maaf daripada anak-anak kau dan jugak… Untuk celebrate kau masuk family kitorang!!” ujar Marianna ceria sambil menepuk tangan. Salamah terpempan untuk beberapa saat sebelum dia mengulum senyumnya. Ada-ada sahaja besannya ini.

“Aku masuk bilik sekejaplah..” kata Salamah tiba-tiba apabila merasakan tubir matanya hangat. Tanpa menunggu jawapan Marianna, Salamah berlalu masuk ke biliknya. Salamah duduk di birai katil lalu air matanya yang ditahan sejak tadi jatuh berjuraian.

Terbayang-bayang di mindanya tentang layanan buruknya kepada Syazana dan Farhana. Teringat pula dia pada senyuman Syazana yang sentiasa melekat di bibirnya namun semakin hilang apabila dia meningkat dewasa. Salamah teringat pula betapa Syazana dan Farhana bersabar dengannya setiap kali dia marah-marah akibat duit dilarikan rakannya. Satu persatu kenangan itu seakan mencucuk hatinya lantas dia menangis teresak-esak sendirian.

“Ya Allah, jahatnya aku.. Kenapa aku teruk sangat Ya Allah.. Aku tak pernah jadi mak yang baik untuk diorang.. Astaghfirullahal’azim.. Ampunkanlah aku Ya Allah.. Aku berdosa..” tangis Salamah sendiri. Terasa bahunya disentuh, Salamah menoleh dan semerta dia menarik Farhana ke dalam pelukannya.

“Maafkan mak, dik.. Maafkan mak.. Mak pentingkan diri selama ni. Maafkan mak..”

“Mak.. Janganlah cakap macam tu.. Adik tak salahkan mak pun.. Mak maafkan adik jugak eh.. Sebab adik tinggalkan mak, adik ikut akak.. Mak maafkan adik, eh.. Adik mintak ampun mak..” kata Farhana yang juga sudah menangis teresak-esak di pelukan ibunya. Farhana menarik tangan Salamah lalu diciumnya sebelum Salamah mencium dahi dan pipinya pula. Inilah anak yang pernah dia abaikan ketika anaknya itu mengalami masalah hati.

“Mak..” Satu suara menegur Salamah dan sekali lagi Salamah mengogoi persis anak kecil.

“Anak aku, Zana.. Maafkan mak, Zana..”

“Mak.. Zana mintak maaf..”

“Tak.. Mak yang salah.. Betul kata Marianna.. Mak bukannya Tuhan. Mak cuma lahirkan korang je tapi mak tak jaga korang.. Macam mana mak boleh harapkan yang bukan-bukan daripada korang berdua.. Zana maafkan mak.. Mak bersalah kat Zana.. Mak bersalah kat adik..”

“Mak…”

“Mak mintak maaf, sayang.. Mak betul-betul mintak maaf..” kata Salamah seraya menarik kedua-dua puterinya itu ke dalam pelukannya.

Akif dan Marianna yang memerhati dari luar saling berbalas senyuman.

“I love you, Mama..” kata Akif lalu dia melentokkan kepalanya di bahu Marianna.

“I love you too, son..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience