Part 7.

Romance Completed 36277

Sebaik tiba di hospital, Hafiq dan Kayra terus bergegas ke wad kecemasan.

Hafiq terus mendekati ibu bapa Tania yang sedang menanti di ruang kecemasan. Rafi pula anak yatim piatu. Dia tinggal dengan mak longnya. Tapi mak longnya tiada di Malaysia ketika ini. Dia ke luar negara atas urusan kerja.

" Uncle, auntie. Macam mana keadaan dia orang? " soal Hafiq risau.

" Dia orang masih kat dalam lagi " jawab Encik Hamzah.

Kayra menenangkan Puan Arina. Teresak-esak wanita itu menangis. Sungguh dia sangat risaukan anaknya.

" Sabar ya uncle. Kita doakan yang terbaik untuk Rafi dan Nia " pujuk Hafiq.

Encik Hamzah mengangguk perlahan.

" Macam mana dia orang boleh accident uncle? " soal Hafiq ingin tahu.

" Kereta yang Rafi pandu bertembung dengan kereta lain " jawab Encik Hamzah sayu.

" Uncle dengan auntie pergi lah rehat dulu kat kafeteria. Kalau uncle dan auntie nak balik dulu pun boleh. Fiq dengan Kayra ada " cadang Hafiq.

" Tak apalah Fiq. Uncle bawa auntie pergi kafeteria dulu. Auntie belum makan tu. Sakit pulak dia nanti. Sekejap lagi uncle datang. Kalau ada apa-apa terus call uncle tau? " .

" Okay uncle " Hafiq mengangguk.

" Auntie pergi sekejap ya. Kalau ada apa-apa telefon jer " pesan Puan Arina.

" Baiklah " .

Encik Hamzah dan Puan Arina terus berlalu ke kafeteria.

" Saya risau lah Kayra. Hopefully tak dia orang selamat " Hafiq meluahkan kerisauannya.

" Insya Allah. Kita doakan yang terbaik untuk dia orang " .

Setelah hampir sejam setengah mereka menanti, seorang doktor keluar daripada bilik Rafi dirawat.Hafiq dan Kayra segera mendapatkan doktor itu.

" Doktor, macam mana dengan kawan saya? " soal Hafiq.

Jantungnya berdegup laju menanti jawapan doktor itu. Doktor itu mengambil nafas seketika sebelum menjawab soalan Hafiq.

" Maafkan saya Encik. Kami dah cuba untuk selamatkan dia..tapi kecederaan dia terlalu parah..kami tak dapat selamatkan dia " jawab doktor itu.

Hafiq merasakan dunianya bagaikan terhenti seketika. Dia seakan tidak percaya Rafi sudah tiada. Kelmarin baru sahaja Rafi dan Tania bertunang, hari ini dia sudah menghadap ilahi.

Begitu juga dengan Kayra. Dia terkedu. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

" Kayra...Rafi dah tak ada... " Hafiq hampir rebah namun sempat dia berpaut pada dinding.

" Sabar ya Fiq. Allah lebih sayangkan dia " pujuk Kayra.

Itu sahaja yang mampu dia katakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience