Part 12.

Romance Completed 36277

" Oh Nia dah dah discharge? Macam mana keadaan dia sekarang? Saya tak boleh ikut lah awak. Lepas ni saya kena hantar order customer " .

" Uncle cakap dia dah okay sikit. Cuma tu lah, dia masih tak boleh terima hakikat Rafi dah tak ada. Makan pun dia tak nak. Asyik termenung jer " jelas Hafiq.

" Oh takpalah. Nanti saya free, saya pergi lawat dia " .

" Betul awak tak nak ikut ni? " soal Hafiq meminta kepastian.

Kayra mengangguk.

" Awak sampaikan salam saya pada uncle dengan auntie ya " pesan Kayra.

" Okay. Saya pergi dulu lah ea. Take care. Nanti saya mesej kalau dah sampai " .

" Alright. Drive carefully " .

Kayra menghantar pandang sehingga bayang Hafiq hilang.

" Ehem ehem sweetnya " tegur Laila yang baru keluar daripada dapur.

Sengaja dia duduk di bahagian dapur. Tidak mahu menganggu Hafiq dan Kayra.

" Ada-ada jer lah kau ni " .

" Aku dah terbau nasi minyak ni Kayra. Cepat-cepat lah ea " usik Laila.

" Insya Allah Laila, kalau ada jodoh. Kalau tak, kau pergi lah cari nasi minyak kat kedai " jawab Kayra selamba.

Laila ketawa kecil.

" Sweet lah aku tengok kau dengan Fiq tu. Bagai pinang dibelah-belah " .

Kayra menjeling tajam.

" Pandai ea kau kena kan aku. Siaplah kalau kalau encik abang CEO kau tu datang, teruk aku kenakan nanti " .

" Amboi-amboi. Ni kes nak balas dendam ke apa? " .

" Lebih kurang macam tu lah " .

" Eh Kayra tadi aku dengar kau orang sebut nama Tania. Macam mana dengan dia sekarang? " .

" Oh kau curi-curi dengar perbualan orang ea? Tania dia dah discharge daripada hospital. Fiq ajak aku pergi rumah dia kejap lagi. Tapi tu lah, aku nak pergi hantar order customer sekejap lagi " jelas Kayra.

" Rajin betul Fiq tu kan " .

" Yelah Nia tu kan tunang arwah Rafi. Fiq pun dah anggap Nia tu macam kawan dia jugak " .

" Bagus lah tu. Harap lah Nia tu tabah. Mungkin dia perlukan masa untuk terima semua ni " .

" Tu lah. I hope so. Fiq pun mula-mula berat nak terima hakikat yang kawan baik dia dah tak ada. Tapi lepas tu dia dah mula redha. Yang pergi tetap pergi kan. Kita tangisi pun, dia tetap tak akan kembali " .

" Hmm betul tu " terangguk-angguk kepala Laila.

" Eh dah lah. Aku nak pergi hantar order. Lambat pulak nanti. Aku pergi dulu ea " .

" Alright. Take care ea " pesan Laila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience