Part 9

Romance Completed 36277

" Ap..apa maksud papa Rafi dah tak ada? " soal Tania.

" Rafi dah meninggal dunia sayang " .

Air mata Tania laju mengalir. Dia seakan tidak percaya.

" Papa, papa tipu Nia kan? Mama, Rafi masih hidup kan? " soalnya.

Puan Arina tidak dapat menahan sebak di dada. Air matanya juga mengalir.

" Jawab pa! Jawab! Rafi masih hidup kan? " soal Tania lagi.

" Nia, tolong terima hakikat. Rafi dah tak ada. Dia dah tinggalkan kita semua. Allah lebih sayangkan dia " tegas Encik Hamzah.

" Papa tipu! Nia tahu Rafi tak akan tinggalkan Nia! Bawa Nia jumpa Rafi. Bawa Nia jumpa Rafi pa! " Tania sudah terjerit-jerit.

Pintu biliknya terbuka. Muncul Hafiq di muka pintu.

" Fiq, Rafi mana? Bawa Nia jumpa Rafi " pintanya pada Hafiq pula.

" Nia, Rafi dah meninggal dunia. Dia dah tak ada " jawab Hafiq sebak.

" Penipu! Kenapa semua orang nak tipu Nia? Nia nak jumpa Rafi. Bawa Nia jumpa Rafi! " Tania meronta-ronta.

" Fiq, tolong panggilkan doktor " arah Encik Hamzah.

" Baik uncle " Hafiq terus berlalu keluar untuk memanggil doktor.

Beberapa minit kemudian, muncul seorang doktor perempuan. Dia menyuntik ubat tidur pada Tania. Perlahan-lahan Tania melelapkan matanya.

" Abang, macam mana ni ? Macam mana kita nak terangkan pada Nia bang? " soal Puan Arina.

" Abang pun dah buntu Rina. Nak atau tak, Nia kena terima kenyataan Rafi dah tiada " .

" Fiq, Kayra terima kasih banyak-banyak sebab sudi bantu kami. Auntie terhutang budi pada kau orang berdua " ucap Puan Arina.

" Tak ada apa lah auntie. Lagipun Rafi tu kawan saya " jawab Hafiq.

" Betul tu auntie. Tak ada apalah " sokong Kayra.

" Kau orang berdua baliklah berehat dulu. Mesti penat kan. Terima kasih banyak-banyak. Nanti apa-apa uncle telefon ya " .

Hafiq dan Kayra mengangguk. Selepas bersalaman, Hafiq dan Kayra terus beredar meninggalkan wad.

Lemah sahaja langkah Kayra. Sejak daripada semalam dia berjaga. Terlalu penat. Sebentar lagi dia perlu ke kedainya pula. Ada tempahan yang perlu disiapkan.

" Awak okay tak ni Kayra? " soal Hafiq risau.

" Saya okay " Kayra mengangguk perlahan.

" Thank you sebab tolong saya. Maaf sebab dah susahkan awak " .

" Tak ada apalah Fiq. Saya okay jer. Awak terus hantar saya balik rumah ya? " .

" Tak nak makan dulu? Sekarang dah pukul 2.00 petang tau. Nanti masuk angin pulak perut awak tu " .

" Takpa. Nanti saya makan. Saya kena masuk kedai hari ni. Ada tempahan yang perlu saya siapkan " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience