Part 3.

Romance Completed 36277

Selepas mandi Kayra duduk di birai katil seketika. Jam sudah menunjukkan pukul 10.15 malam. Matanya terpandangkan hadiah daripada Hafiq sebentar tadi. Dia mengambil kotak itu.

Dalam keadaan cermat dia membuka balutan kertas hadiah. Dia tersenyum sendiri melihat kotak baldu berwarna merah itu. Tidak sabar ingin mengetahui isi di dalamnya.

Senyuman lebar terukir di bibir Kayra saat membuka kotak baldu itu. Ada seutas gelang pandora. Sangat cantik! Sudah lama dia impikan gelang ini tapi Kayra tahan daripada membeli kerana ingin mengumpul duit kahwin.

IPhone 6s yang berada di meja solek pantas dicapai. Jarinya terus mendail nombor Hafiq. Tidak sampai beberapa saat, Hafiq terus menjawab panggilan itu.

" Hello. Kenapa Kayra? Awak rindu saya ke ? Kita baru jer jumpa tadi. Masih rindu ? " .

" Ish awak ni. Bukanlah. Saya telefon ni sebab nak ucapkan terima kasih pada awak. Saya dah buka hadiah awak " .

" Awak suka tak hadiah tu? " .

" Oh my god Fiq. Mestilah saya suka. Suka sangat-sangat. Macam mana awak tahu yang saya memang dah lama nak beli gelang tu " .

" Tania yang beritahu. Saya tanya dia hadiah yang sesuai untuk beri pada awak. Saya tak tahu nak hadiahkan awak apa. Jadi saya beli lah gelang tu. Baguslah kalau awak suka " .

" Thank you again. Dah lah gelang ni mahal. Awak tak rasa membazir ke belikan untuk saya ? " .

" Kayra, jangan lah cakap macam tu. Awak kan bakal isteri saya. Tak salahkan kalau saya nak hadiahkan orang yang saya sayang hadiah istimewa? Soal harga tu tak penting. Yang penting kasih sayang " .

" Ececeh sweetnya awak. Saya hargai sangat. Okaylah awak, saya nak tidur dah ni. Esok kita jumpa okay? Good night and sweet dream " .

" Okay sayang. Good night and sweet dream too. Mimpikan saya tau. I love you " .

Kayra ketawa kecil.

" I love you too " panggilan terus ditamatkan.

Kayra terus merebahkan badannya di atas katil. Hari ini adalah hari paling gembira buatnya.

Seperti biasa, Kayra tiba di kedai kek Kayla Bakery. Kayla Bakery ialah kedai kek miliknya dan kawan baiknya Laila. Mereka berkongsi modal untuk membuka kedai kek itu.

Sejak daripada zaman sekolah mereka berkongsi minat yang sama. Tamat sahaja pengajian dalam bidang pastry dan bakery, mereka sama-sama membuka Kayla Bakery. Kini sudah hampir 2 tahun Kayla Bakery beroperasi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience