Part 15.

Romance Completed 36277

" Terima kasih sebab sedarkan saya Fiq. Saya dah buat mama dan papa sedih. Saya cuba untuk lawan takdir Allah " .

" Takpa Nia. Awak masih ada peluang untuk berubah. Paling utama yang perlu kita ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti akan datang. Bila? Bagaimana? Di mana? Hanya Allah yang maha mengetahui " .

Hafiq sedikit lega kerana Tania sudah boleh menerima sedikit demi sedikit nasihatnya. Dia harap Tania akan berubah menjadi Tania yang dulu.

" Fiq, boleh awak janji dengan saya sesuatu? " soal Tania tiba-tiba.

" Apa dia? " Hafiq menumpukan perhatian kepada Tania.

" Tolong jadi kawan saya sampai bila-bila? Beri semangat pada saya. Saya perlukan awak untuk terus beri semangat pada saya. Boleh? " .

Hafiq tersenyum nipis.

" Boleh Nia. Saya janji saya akan jadi kawan awak " .

" Terima kasih " ucap Tania.

" Sama-sama. Jom kita balik, dah nak maghrib dah ni. Nanti esok saya bawa awak datang sini lagi. Okay? " .

Tania mengangguk setuju. Hafiq terus menolak kerusi roada Tania menuju ke kereta.

Sampai di kereta, dia mendukung Tania masuk ke dalam kereta. Kemudian kerusi roda dilipat lalu disimpan ke dalam bonet kereta.

Enjin kereta dihidupkan. Keretanya terus meluncur laju pulang ke rumah Tania.

Kayra mengeluh perlahan. Berkali-kali dia cuba mendail nombor telefon Hafiq tapi tiada jawapan.

" Mana dia pergi ea? Cakap nak mesej aku " katanya sendirian.

Kayra baru teringat, esok hari ulang tahun Hafiq.

" Ya Allah macam mana aku boleh lupa ni? " dahinya ditepuk perlahan.

Kayra mencapai kunci keretanya dan tas tangan lalu terus keluar daripada bilik. Selepas meminta izin ibu dan ayahnya, Kayra terus memandu ke kedai keknya.

Dia ingin membuat kek special untuk Hafiq. Jam sudah menunjukkan pukul 11.55 malam. Walaupun ada rasa takut, Kayra tetap memberanikan dirinya demi membuat kejutan untuk Hafiq.

Sampai sahaja di kedai keknya, Kayra terus masuk ke dapur. Apron dipakai. Beberapa bahan untuk membuat kek red velvet dikeluarkan.

Tangan Kayra pantas membancuh bahan-bahan untuk membuat kek. Sementara menunggu kek siap dibakar, Kayra duduk di meja sambil memikirkan suprise yang ingin dibuat untuk Hafiq esok.

Selepas kek siap dibakar, Kayra terus menghias kek tersebut dengan krim. Siap sahaja kek red velvet itu, Kayra terus menyimpan kek itu ke dalam fridge.

Kayra melihat jam di tangan, sudah pukul 2.45 pagi. Dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah selepas subuh nanti. Sementara itu, dia tidur dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience