Part 13.

Romance Completed 36277

" Assalamualaikum " laung Hafiq daripada luar.

Mujur sekejap sahaja dia melawat site tadi. Sempatlah dia singgah ke rumah Tania.

" Waalaikumsalam. Haa Fiq rupanya. Masuklah " pelawa Encik Hamzah.

Hafiq melangkah masuk ke dalam rumah selepas bersalaman dengan Encik Hamzah.

" Auntie mana? " soal Hafiq.

Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

" Auntie ada dekat dalam bilik Nia. Tengah pujuk Nia makan lah tu agaknya " .

" Pujuk Nia makan? Nia masih tak nak makan ke uncle? " .

" Ha'ah. Uncle pun sampai dah buntu. Tak tahu nak buat apa lagi " jelas riak gusar di wajahnya.

" Takpa nanti Fiq cuba slow talk dengan Nia " .

" Terima kasih Fiq. Uncle minta tolong sangat, harap lah Fiq dapat pujuk Nia. Uncle kesian tengok auntie. Tiap-tiap hari menangis tengok Nia macam tu. Makan tak nak, asyik menangis jer " cerita Encik Hamzah.

" Insya Allah uncle. Fiq akan cuba. Yelah bukan senang kan kita nak terima kenyataan orang yang kita sayang dah tak ada lagi. Fiq faham. Nia perlukan masa untuk terima semua ni " .

Encik Hamzah mengangguk tanda setuju.

" Kayra tak ikut sekali ke? " soal Encik Hamzah.

" Oh Kayra memang nak ikut tapi tu lah dia kena hantar order customer. Dia minta saya sampaikan salam pada uncle dengan auntie " .

" Waalaikumsalam " .

" Nia nak Rafi! Nia nak Rafi! Rafi masih hidup! " .

Hafiq dan Encik Hamzah terkejut mendengar jeritan Tania daripada bilik. Mereka bergegas ke bilik Tania untuk melihat apa yang terjadi.

" Ya Allah Nia, apa Nia dah buat ni? " mengucap panjang Encik Hamzah melihat Tania sudah pun terjatuh daripada kerusi rodanya.

Makanan yang dibawa oleh Puan Arina juga bertaburan di lantai.

" Nia nak mati! Nia benci hidup ni! Arghhhh! " jeritnya.

Puan Arina sudah menangis teresak-esak. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan lagi.

" Papa dengan mama dah penat Nia. Apa lagi yang kami mampu buat supaya Nia jadi macam dulu balik ? Tolonglah Nia. Terima kenyataan Rafi dah meninggal dunia. Allah lebih sayangkan dia. Yang pergi tetap pergi Nia. Kita tangisi macam mana pun, Rafi tak akan kembali lagi. Papa dah tak tahu nak buat apa lagi. Nia seolah-olah menyalahkan takdir Allah. Tolong lah Nia, jangan seksa papa dan mama lagi " ujar Encik Hamzah sayu.

Matanya berkaca. Dia terus berlalu keluar daripada bilik Tania. Tania terkedu mendengar kata-kata Encik Hamzah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience